Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2
Assaalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2 di atas kejayaan kelulusan 100% dalam SPM 2010. Antara berita yang tersiar di akhbar Sinar Harian, edisi Pahang...
"“Selain itu, prestasi kategori sekolah Felda juga meningkat iaitu SMK Jengka 10, Maran dan SMK Jengka Pusat 2, Maran yang mencatat seratus peratus lulus,” katanya."
Sumber daripada akhbar Sinar Harian, klik sini.
KUANTAN - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mencatatkan peningkatan dalam pencapaian semua A sebanyak 0.27 peratus atau 64 calon berbanding 317 pada 2009 kepada 381 calon.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, peningkatan jumlah pelajar cemerlang itu menunjukkan situasi positif yang dicapai di peringkat negeri.
Menurutnya, secara keseluruhan, keputusan SPM tahun ini menunjukkan prestasi membanggakan apabila Gred Purata (GP) negeri yang dicapai adalah 5.04 mengatasi pencapaian tahun lalu iaitu 5.19 sekaligus mengatasi GP peringkat nasional iaitu 5.09.
“Pencapaian ini secara tidak langsung menunjukkan prestasi calon di negeri ini melebihi sasaran awal.
“Malah pencapaian layak mendapat sijil juga meningkat sebanyak 00.30 peratus iaitu seramai 21,367 selain pencapaian sekolah yang mendapat semua A meningkat kepada 40 sekolah berbanding 35 sekolah tahun lalu,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena pengumuman keputusan SPM 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, di sini.
Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Zainuren Mohd Nor dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Hashim Zayat.
Mazlan berkata, prestasi Sekolah Menengah Luar Bandar juga menunjukkan peningkatan malah jurang antara Sekolah Menengah Bandar juga berjaya dikurangkan kepada 0.23 peratus.
“Sebanyak 26 Sekolah Menengah Luar Bandar lulus seratus peratus manakala 11 Sekolah Menengah Luar Bandar lulus seratus peratus.
“Sebanyak tujuh daripada 175 sekolah memperoleh pencapaian cemerlang iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 2.25 antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (1.71), Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub (1.77) diikuti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pekan (1.88).
“Selain itu, prestasi kategori sekolah Felda juga meningkat iaitu SMK Jengka 10, Maran dan SMK Jengka Pusat 2, Maran yang mencatat seratus peratus lulus,” katanya.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
berita sekolah
,
Foto
,
kisah kejayaan
,
SMK Jengka Pusat 2
,
SMKJP2
,
SMKJP2 Dalam Media
,
SPM
» Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2
Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2
Related Posts:
Soalan SPM bocor disiasat Soalan SPM bocor disiasat Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Ke… Read More
Permohonan Program Kejururawatan HUSM 2015Permohonan program Kejururawatan HUSM 2015 PANDUAN PERMOHONANPANDUAN PERDAFTARAN BARU 1.Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USMhtt… Read More
34 pelajar Sekolah Tinggi Kluang memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM 34 pelajar Sekolah Tinggi Kluang memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM 34 pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Rozali (de… Read More
TARIKH KEPUTUSAN SPM 2013 DIUMUMKANTARIKH KEPUTUSAN SPM 2013 DIUMUMKAN PETIKAN KENYATAAN AKHBAR TARIKH KEPUTUSAN SPM 2013 DIUMUMKAN Halatuju Selepas SPM, Antara bahan yang dikongsikan di blog ini, sila klik 1) Biasiswa dan Pinjaman Pela… Read More
MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013 MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013 MOTIVATOR RAZALI BERSAMA PELAJAR, IBUBAPA PELAJAR DAN GURU SMKLH Majlis restu ilmu diadakan bagi merestui segala ilmu yang telah dicurahkan para … Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment