Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SKOP PERKHIDMATAN KAUNSELING SECARA UMUM

SKOP PERKHIDMATAN KAUNSELING SECARA UMUM

 

1. Kaunseling Sekolah
- Kaunseling kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin,
tekanan rakan sebaya, kecewa cinta, gagal peperiksaan dan sebagainya.
- Pelajar berkeperluan khas
- Kaunseling remaja dan seksualiti
- Proses pencegahan, intervensi dan motivasi belajar
- Latihan dan Kemahiran kaunselor sekolah

2. Psikologi kaunseling dan terapi
- Teori, program dan pengalaman mendiagnosis, merawat dan memulih
klien
- Aspek terapi dan kaedah-kaedah terapi seperti hipnotism, yoga dan
sebagainya

3. Kaunseling perkahwinan, keluarga dan kanak-kanak
- Perkhidmatan kaunseling dalam aspek perkahwinan, perceraian,
keganasan rumahtangga
- Isu penderaan kanak-kanak, mangsa rogol, kesedihan kerana kematian,
anak yatim, wanita mengandung luar nikah
- Kaunseling pengurusan kredit
- Aplikasi kaunseling keluarga dalam mencegah dan merawat klien




4. Kaunseling keagamaan
- Program-program kaunseling keagamaan
- Intervensi keagamaan bagi memulih dan merawat pelbagai masalah
seperti ketagihan dadah, penyakit kronik, histeria, kecenderungan
membunuh diri dan sebagainya.

5. Kaunseling dalam Kesihatan Mental
- Kaunseling kesihatan mental
- Isu kemurungan, trauma, kecacatan otak
- Kaunseling warga emas dan ibu tunggal

6. Bimbingan dan kaunseling kerjaya
- Perancangan kerjaya pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian
tinggi
- Perancangan kerjaya pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta serta
membuat keputusan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat

7. Kaunseling genetik
- Kaunseling kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya,
cacat semasa dilahirkan, autism, ADHD, talasemia, cerebral palsy dan
sebagainya

8. Kaunseling di tempat kerja / organisasi
- Meliputi kaunseling dalam aspek meningkatkan produktiviti kerja,
hubungan rakan sekerja, gangguan seksual di tempat kerja, tekanan kerja
dan sebagainya

9. Kaunseling Penyalahgunaan Dadah
-Merangkumi aspek pencegahan dan pemulihan dadah, pendekatan rawatan matrik untuk penagih dadah, modul rawatan dan pemulihan dadah, kementerian dan agensi-agensi yang terlibat seperti KDN, PDRM, AADK, PEMADAM dan sebagainya.


10. Intervensi Krisis
-Menjalankan intervensi krisis/trauma akibat kematian orang tersayang, mengalami bencana yang tidak diduga seperti tsunami, peperangan, tanah runtuh dan sebagainya. Membincangkan langkah-langkah dan praktis khusus untuk membantu masyarakat menghadapi krisis.

Related Posts:

  • Anugerah dan Amanah Anugerah dan Amanah (Al Fatihah untuk Adik Aaliyah Aiman Hussin Abdullah, 3,)  Anugerah dan Amanah Kasihan, anak kecil belum pun sampai  usia persekolahan rendah. Anak kecil itu..dibaling,didera fizi… Read More
  • SKOP PERKHIDMATAN KAUNSELING SECARA UMUM SKOP PERKHIDMATAN KAUNSELING SECARA UMUM   1. Kaunseling Sekolah- Kaunseling kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin, tekanan rakan sebaya, kecewa cinta, gagal peperiksaan dan sebagainya.- Pelaj… Read More
  • JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 580 AKTA KAUNSELOR 1998JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 580 AKTA KAUNSELOR 1998 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan kaunselor dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG… Read More
  • Bila Masanya Kaunseling Diperlukan? Rasional Perkhidmatan Kaunseling Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.Ketidakseimbangan emosi.Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.Konflik per… Read More
  • Modul Prodigy bantu tangani masalah pelajar Modul Prodigy bantu tangani masalah pelajar Ramai pihak pas­tinya pening kepala menangani masalah disiplin pelajar yang hingga kini masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Biarpun diperkenalkan dengan pelbagai mekan… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .