Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL 2014

PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN 
 KOLEJ VOKASIONAL 2014 

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Syarat Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional / SMT

Para pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia bagi sesi pengambilan tahun 2014 

Syarat Umum.
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik




  Tarikh Tutup Permohonan : 25 DISEMBER 2013  


CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

     i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)


KEMUDAHAN ASRAMA

Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.




KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.


SYARAT MEMOHON

1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.

2. Kesihatan

    i. Sihat tubuh badan

  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.

3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.


Sila baca entry saya sebelum ini, Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional, sila klik di sini

 Di sini saya akan cuba membuat sedikit penerangan berkaitan SM Teknik dan Kolej Vokasional KPM.


Bermula tahun 2013,  kesemua Sekolah Menengah Vokasional akan dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional.  Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dipilih untuk menjadi program rintis  pada tahun 2012.  Pelajar  di Kolej Vokasional akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik


Info Ringkas Kolej Vokasional.
  • Pengajian selama 4 tahun (  8 semester )
  • Guna sistem semester.
  • Pelajar Kolej Vokasional tidak akan menduduki peperiksaan SPM.
  •  Menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia ( DVM)
  •   Kolej Vokasional akan menawarkan kursus Kolej Vokasional sahaja.
  •  
  • Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR)  boleh terus mendapat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tanpa mengambil SPM.  

 Bidang Teknikal.

  • Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)

Bidang Vokasional.

  •  Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)

  • Sekolah Menengah Teknik akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja.







Kelayakan memohon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik.

  • Bagi kemasukan ke Kolej Vokasional, bidang Vokasional permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan.

  • Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga PeperiksaanMalaysia).

 
Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Pendidikan Teknikal dan Vokasional dihasratkan member peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal da kejuruteraan.

OBJEKTIF

Menghasilkan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional yang berkualiti melalui:

  1. Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti
  2. Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid
  3. Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan
  4. Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawa

Kolej Vokasional

Penerangan Bidang Vokasional


Bidang Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional. Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.


Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.



Kursus yang ditawarkan:
A. Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  1. Teknologi Elektrik (Electrical Technology)
  2. Teknologi Elektronik (Electronics Technology)
  3. Teknologi Mekatronik (Mechatronics Technology)
B. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

  1. Pemesinan Industri (Industrial Mechining)
  2. Teknologi Kimpalan (Welding Technology)
  3. Teknologi Automotif  (Automotive Technology)
  4. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (Air Conditioning  And Refrigeration Technology)
  5. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
  6. Pembuatan Peralatan – Mould
C. Teknologi Kejuruteraan Awam

  1. Teknologi Pembinaan (Construction Technology)
D. Hospitaliti

  1. Seni Kulinari (Culinary Arts)
  2. Bakeri dan Konfeksionari (Bakery and Confectionary)
  3. Fesyen Dan Pembuatan  Pakaian  (Fashion And Dressmaking)
  4. Kosmetologi (Cosmetology)
  5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak (Child Care Services)
  6. Pelancongan (Tourism)
E. Perniagaan

  1. Pengurusan Perniagaan (Business Management)
  2. Kesetiausahaan Pentadbiran (Administrative Secretary)
  3. Perbankan (Banking)
  4. Insuran (Insurance)
  5. Pemasaran (Marketing)
  6. Pengurusan Peruncitan (Retailing Management)
  7. Perakaunan (Accountancy)
F. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

  1. Sistem Komputer Dan Rangkaian (Computer System And Networking)
  2. Multimedia Dalam Pengiklanan (Multimedia Advertising)
  3. Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web (Database Management System And Web Application)
G. Pertanian

  1. Agroindustri Tanaman (Plants Agro -industry)
  2. Agroindustri  Ternakan Ruminan (Ruminant Agro-industry)
  3. Agroindustri Ternakan Poltri (Poultry Agro-industry)
  4. Mekanisasi Agro (Agro Mechanisation)
  5. Herba (Herb)
  6. Bioteknologi (Biotechnology)
  7. Akuakultur (Aquaculture)
  8. Holtikultur Hiasan (Ornamental Horticulture)
  9. Landskap (Landscape)
  10. Pemprosesan Hasil Pertanian  (Agriculture Products Processing)
  11. Florikultur  (Floriculture)


Syarat Khusus Ke Kolej Vokasional

 Pendidikan Vokasional

 KATEGORI A

1.Teknologi Mekatronik
2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan

 PENCAPAIAN MINIMUM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

 Kategori B

1. Teknologi Elektrik
2. Teknologi Elektronik
3. Teknologi Automotif
4. Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan – Mould
 
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
KATEGORI C


1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Pemesin  Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan  Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan

 Syarat:

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

Bidang Teknikal di SMT

Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6. 
Kursus yang ditawarkan:

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Elektrik
  3. Kejuruteraan Awam
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian
Syarat-syarat Khusus ke SM Teknik:


Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.




SENARAI KOLEJ VOKASIONAL DI MALAYSIA
  1. KV ARAU
  2. KV KANGAR
  3. KV KULIM
  4. KV PULAU LANGKAWI
  5. KV ALOR SETAR
  6. KV SG. PETANI 1
  7. KV SG. PETANI 2
  8. KV NIBONG TEBAL
  9. KV BUTTERWORTH
  10. KV BATU LANCHANG
  11. KV BALIK PULAU
  12. KV SEBERANG PERAI
  13. KV GERIK
  14. KV IPOH
  15. KV SERI MANJUNG
  16. KV SERI ISKANDAR
  17. KV SLIM RIVER
  18. KV TAIPING
  19. KV KUALA KANGSAR
  20. KV LEBUH CATOR
  21. KV KERIAN
  22. KV TELUK INTAN
  23. KV SUNGAI BULOH
  24. KV SHAH ALAM
  25. KV KLANG
  26. KV KAJANG
  27. KV KUALA SELANGOR
  28. KV GOMBAK
  29. KV SEPANG
  30. KV SETAPAK
  31. KV (ERT) SETAPAK
  32. KV MELAKA TENGAH
  33. KV DATUK SERI MOHD ZIN
  34. KV JASIN
  35. KV PORT DICKSON
  36. KV AMPANGAN
  37. KV KUALA KLAWANG
  38. KV JUASSEH
  39. KV DATO’ LELA MAHARAJA
  40. KV DATO’ UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP
  41. KV BATU PAHAT
  42. KV SEGAMAT
  43. KV KOTA TINGGI
  44. KV MUAR
  45. KV KLUANG
  46. KV TANJUNG PUTERI
  47. KV PERDAGANGAN
  48. KV (ERT)AZIZAH
  49. KV (ERT) PUTERI
  50. KV TENGKU AMPUAN AFZAN
  51. KV SULTAN AHMAD SHAH
  52. KV SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH
  53. KV MUADZAM SHAH
  54. KV TEMERLOH
  55. KV KUANTAN
  56. KV PERTANIAN CHENOR
  57. KV KUALA KRAI
  58. KV PENGKALAN CHEPA
  59. KV PASIR MAS
  60. KV TANAH MERAH
  61. KV BACHOK
  62. KV KUALA TERENGGANU (WAKAF TEMBUSU)
  63. KV KEMAMAN
  64. KV BESUT
  65. KV DUNGUN
  66. KV KUDAT
  67. KV KENINGAU
  68. KV LABUAN
  69. KV SANDAKAN
  70. KV LAHAD DATU
  71. KV TAWAU
  72. KV LIKAS
  73. KV BEAUFORT
  74. KV KUCHING
  75. KV MATANG
  76. KV BETONG
  77. KV SIBU
  78. KV BINTULU
  79. KV MIRI




SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI MALAYSIA
  1. SMT ALOR SETAR
  2. SMT TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA
  3. SMT MELAKA
  4. SMT KUALA LUMPUR
  5. SMT TUANKU JAAFAR
  6. SMT JOHOR BAHRU
  7. SMT KUANTAN
  8. SMT KUALA TERENGGANU
  9. SMT SEJINGKAT





1. C01 - KOLEJ VOKASIONAL PUTERI TEMERLOH
2. C91 - SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
3. C92 - KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN, BENTONG
4. C93 - KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH, ROMPIN
5. C94 - KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH, LIPIS
6. C95 - KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
7. C96 - KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
8. C97 - KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
9. C98 - KOLEJ VOKASIONAL CHENOR
10. CS1 - MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY



Sila klik di sini untuk memohon,




SEGALA MASALAH SILA HUBUNGI;


Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5&6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Telefon: 03-8884 5154
Faks: 03-8884 5033
Email: info@bptv.edu.my


Entry ini telah disiarkan pada 18/9/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 30/9/2013/






10 Comments:

Anonymous said...

hello, adik saya pmr this year, then dia berminat nak masuk kolej vokasional next year. dia nak blaja bidang penyelenggaraan pesawat. so,kursus ape yang sesuai dia mohon kat sekolah 2?

Anonymous said...

hello, adik saya pmr this year, then dia berminat nak masuk kolej vokasional next year. dia nak blaja bidang penyelenggaraan pesawat. so,kursus ape yang sesuai dia mohon kat sekolah 2?

Anonymous said...

hello, adik saya pmr this year, then dia berminat nak masuk kolej vokasional next year. dia nak blaja bidang penyelenggaraan pesawat. so,kursus ape yang sesuai dia mohon kat sekolah 2?

Anonymous said...

saya nak mohon penyelenggaraan pesawat tapi tak boleh nak hantar sbb dia suruh pilih kursus kedua..tetapi dekat malaysian aviation training academy ada satu kursus je???

Unknown said...

Sy nak mohon seni kulinari pilihan pertama...yg kedua tak pasti apa yg sesuai...sy di shah alam...kolej vokasional mna yg terdekat.tq

Anonymous said...

Hai, nama saya Nazmi. Saya berminat untuk masuk ke kolej vokasional. Saya ada beberapa soalan nak ditanya, kursus pelancongan kursus apa? Kursus kulinari dan pelancongan ada di kolej vokasional mana? Dan berapa had maksimum permohonan untuk ke kolej vokasional? Harap sangat dibalas segera kerana tarikh tutupnya sudah hampir. Hantarkan jawapan ke e-mail saya nazmi_nonsense@yahoo.com . Terima kasih ya.

Anonymous said...

Hai, nama saya Nazmi. Saya ada beberapa soalan yang nk diajukan. Kursus pelancong kursus apa? Kolej vokasional mana yang mengajar kursus kulinari dan pelancongan? Kolej vokasional ert setapak lelaki boleh masuk ke? Boleh tolong hantarkan jawapan ke e-mail saya, nazmi_nonsense@yahoo.com . Terima kasih yaa

Anonymous said...

Hello . Nak tanye , klu result 2A 1B 5C boleh masuk teknik tak ??

Anonymous said...

Cikgu..boleh saya tahu tajuk lagu di blog cikgu..sangat mendamaikan hati yang serabut

Anonymous said...

Saya dpt keputusan Pmr 6b (bm,bi,sc,sej,kh&agama) , 1c utk geo dan 1d utk math. Dgn keputusan ini layak ke saya memohon disek teknik. Tq

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .