PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Syarat Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional / SMT
Para pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia bagi sesi pengambilan tahun 2014Syarat Umum.
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
Tarikh Tutup Permohonan : 25 DISEMBER 2013
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;
ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK
Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.
SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
i. Sihat tubuh badan
ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis,
sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid
daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.
Sila baca entry saya sebelum ini, Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional, sila klik di sini
Sila baca entry saya sebelum ini, Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional, sila klik di sini
Di sini saya akan cuba membuat sedikit penerangan berkaitan SM Teknik dan Kolej Vokasional KPM.
Bermula tahun 2013, kesemua Sekolah Menengah Vokasional akan dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional. Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dipilih untuk menjadi program rintis pada tahun 2012. Pelajar di Kolej Vokasional akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik
Info Ringkas Kolej Vokasional.
- Pengajian selama 4 tahun ( 8 semester )
- Guna sistem semester.
- Pelajar Kolej Vokasional tidak akan menduduki peperiksaan SPM.
- Menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia ( DVM)
- Kolej Vokasional akan menawarkan kursus Kolej Vokasional sahaja.
-
Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh terus mendapat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tanpa mengambil SPM.
Bidang
Teknikal.
- Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
Bidang
Vokasional.
- Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
- Sekolah Menengah Teknik akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja.
Kelayakan
memohon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik.
- Bagi kemasukan ke Kolej Vokasional, bidang Vokasional permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan.
- Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga PeperiksaanMalaysia).
Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Pendidikan Teknikal dan Vokasional dihasratkan member peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal da kejuruteraan.
OBJEKTIF
Menghasilkan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional yang berkualiti melalui:- Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti
- Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid
- Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan
- Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawa
Kolej Vokasional
Penerangan Bidang Vokasional
Bidang Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang
berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran
bercorak vokasional. Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30%
teori dan 70% praktikal. Objektif aliran ini adalah untuk membantu
melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang
kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid
berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta
atau terus ke alam pekerjaan.
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian
baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran
bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan
bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang.
Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional
(juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan
kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS,
dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam
pekerjaan.
Kursus yang ditawarkan:
A. Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik- Teknologi Elektrik (Electrical Technology)
- Teknologi Elektronik (Electronics Technology)
- Teknologi Mekatronik (Mechatronics Technology)
- Pemesinan Industri (Industrial Mechining)
- Teknologi Kimpalan (Welding Technology)
- Teknologi Automotif (Automotive Technology)
- Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (Air Conditioning And Refrigeration Technology)
- Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
- Pembuatan Peralatan – Mould
- Teknologi Pembinaan (Construction Technology)
- Seni Kulinari (Culinary Arts)
- Bakeri dan Konfeksionari (Bakery and Confectionary)
- Fesyen Dan Pembuatan Pakaian (Fashion And Dressmaking)
- Kosmetologi (Cosmetology)
- Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak (Child Care Services)
- Pelancongan (Tourism)
- Pengurusan Perniagaan (Business Management)
- Kesetiausahaan Pentadbiran (Administrative Secretary)
- Perbankan (Banking)
- Insuran (Insurance)
- Pemasaran (Marketing)
- Pengurusan Peruncitan (Retailing Management)
- Perakaunan (Accountancy)
- Sistem Komputer Dan Rangkaian (Computer System And Networking)
- Multimedia Dalam Pengiklanan (Multimedia Advertising)
- Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web (Database Management System And Web Application)
- Agroindustri Tanaman (Plants Agro -industry)
- Agroindustri Ternakan Ruminan (Ruminant Agro-industry)
- Agroindustri Ternakan Poltri (Poultry Agro-industry)
- Mekanisasi Agro (Agro Mechanisation)
- Herba (Herb)
- Bioteknologi (Biotechnology)
- Akuakultur (Aquaculture)
- Holtikultur Hiasan (Ornamental Horticulture)
- Landskap (Landscape)
- Pemprosesan Hasil Pertanian (Agriculture Products Processing)
- Florikultur (Floriculture)
Syarat Khusus Ke Kolej Vokasional
Pendidikan Vokasional
KATEGORI A
1.Teknologi Mekatronik2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan
PENCAPAIAN MINIMUM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup.
Kategori B
1. Teknologi Elektrik2. Teknologi Elektronik
3. Teknologi Automotif
4. Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan – Mould
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup.
1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Pemesin Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan
Syarat:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup.
Bidang Teknikal di SMT
Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik
pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu
melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan
kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di
SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej
komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau
Tingkatan 6.
Kursus yang ditawarkan:- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Awam
- Perdagangan
- Sains Pertanian
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup.
SENARAI
KOLEJ VOKASIONAL DI MALAYSIA
- KV ARAU
- KV KANGAR
- KV KULIM
- KV PULAU LANGKAWI
- KV ALOR SETAR
- KV SG. PETANI 1
- KV SG. PETANI 2
- KV NIBONG TEBAL
- KV BUTTERWORTH
- KV BATU LANCHANG
- KV BALIK PULAU
- KV SEBERANG PERAI
- KV GERIK
- KV IPOH
- KV SERI MANJUNG
- KV SERI ISKANDAR
- KV SLIM RIVER
- KV TAIPING
- KV KUALA KANGSAR
- KV LEBUH CATOR
- KV KERIAN
- KV TELUK INTAN
- KV SUNGAI BULOH
- KV SHAH ALAM
- KV KLANG
- KV KAJANG
- KV KUALA SELANGOR
- KV GOMBAK
- KV SEPANG
- KV SETAPAK
- KV (ERT) SETAPAK
- KV MELAKA TENGAH
- KV DATUK SERI MOHD ZIN
- KV JASIN
- KV PORT DICKSON
- KV AMPANGAN
- KV KUALA KLAWANG
- KV JUASSEH
- KV DATO’ LELA MAHARAJA
- KV DATO’ UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP
- KV BATU PAHAT
- KV SEGAMAT
- KV KOTA TINGGI
- KV MUAR
- KV KLUANG
- KV TANJUNG PUTERI
- KV PERDAGANGAN
- KV (ERT)AZIZAH
- KV (ERT) PUTERI
- KV TENGKU AMPUAN AFZAN
- KV SULTAN AHMAD SHAH
- KV SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH
- KV MUADZAM SHAH
- KV TEMERLOH
- KV KUANTAN
- KV PERTANIAN CHENOR
- KV KUALA KRAI
- KV PENGKALAN CHEPA
- KV PASIR MAS
- KV TANAH MERAH
- KV BACHOK
- KV KUALA TERENGGANU (WAKAF TEMBUSU)
- KV KEMAMAN
- KV BESUT
- KV DUNGUN
- KV KUDAT
- KV KENINGAU
- KV LABUAN
- KV SANDAKAN
- KV LAHAD DATU
- KV TAWAU
- KV LIKAS
- KV BEAUFORT
- KV KUCHING
- KV MATANG
- KV BETONG
- KV SIBU
- KV BINTULU
- KV MIRI
SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK DI MALAYSIA
- SMT ALOR SETAR
- SMT TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA
- SMT MELAKA
- SMT KUALA LUMPUR
- SMT TUANKU JAAFAR
- SMT JOHOR BAHRU
- SMT KUANTAN
- SMT KUALA TERENGGANU
- SMT SEJINGKAT
1. | C01 - KOLEJ VOKASIONAL PUTERI TEMERLOH | ||
2. | C91 - SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN | ||
3. | C92 - KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN, BENTONG | ||
4. | C93 - KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH, ROMPIN | ||
5. | C94 - KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH, LIPIS | ||
6. | C95 - KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH | ||
7. | C96 - KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH | ||
8. | C97 - KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN | ||
9. | C98 - KOLEJ VOKASIONAL CHENOR | ||
10. | CS1 - MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY |
Sila klik di sini untuk memohon,
SEGALA MASALAH SILA HUBUNGI;
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5&6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Telefon: 03-8884 5154
Faks: 03-8884 5033
Email: info@bptv.edu.my
Entry ini telah disiarkan pada 18/9/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 30/9/2013/
10 Comments:
hello, adik saya pmr this year, then dia berminat nak masuk kolej vokasional next year. dia nak blaja bidang penyelenggaraan pesawat. so,kursus ape yang sesuai dia mohon kat sekolah 2?
hello, adik saya pmr this year, then dia berminat nak masuk kolej vokasional next year. dia nak blaja bidang penyelenggaraan pesawat. so,kursus ape yang sesuai dia mohon kat sekolah 2?
hello, adik saya pmr this year, then dia berminat nak masuk kolej vokasional next year. dia nak blaja bidang penyelenggaraan pesawat. so,kursus ape yang sesuai dia mohon kat sekolah 2?
saya nak mohon penyelenggaraan pesawat tapi tak boleh nak hantar sbb dia suruh pilih kursus kedua..tetapi dekat malaysian aviation training academy ada satu kursus je???
Sy nak mohon seni kulinari pilihan pertama...yg kedua tak pasti apa yg sesuai...sy di shah alam...kolej vokasional mna yg terdekat.tq
Hai, nama saya Nazmi. Saya berminat untuk masuk ke kolej vokasional. Saya ada beberapa soalan nak ditanya, kursus pelancongan kursus apa? Kursus kulinari dan pelancongan ada di kolej vokasional mana? Dan berapa had maksimum permohonan untuk ke kolej vokasional? Harap sangat dibalas segera kerana tarikh tutupnya sudah hampir. Hantarkan jawapan ke e-mail saya nazmi_nonsense@yahoo.com . Terima kasih ya.
Hai, nama saya Nazmi. Saya ada beberapa soalan yang nk diajukan. Kursus pelancong kursus apa? Kolej vokasional mana yang mengajar kursus kulinari dan pelancongan? Kolej vokasional ert setapak lelaki boleh masuk ke? Boleh tolong hantarkan jawapan ke e-mail saya, nazmi_nonsense@yahoo.com . Terima kasih yaa
Hello . Nak tanye , klu result 2A 1B 5C boleh masuk teknik tak ??
Cikgu..boleh saya tahu tajuk lagu di blog cikgu..sangat mendamaikan hati yang serabut
Saya dpt keputusan Pmr 6b (bm,bi,sc,sej,kh&agama) , 1c utk geo dan 1d utk math. Dgn keputusan ini layak ke saya memohon disek teknik. Tq
Post a Comment