Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pengambilan Pelajar Bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan Sesi 2015

  • Pengambilan Pelajar Bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan Sesi 2015   
Pengambilan Pelajar Bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP)


Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Darul Quran Jakim  http://www.darulquran.gov.my/   atau klik pada pautan berikut : http://goo.gl/srw8dj


Program Diploma Tahfiz Al-Quran


Kelayakan Masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam :

i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikas
iiv) Lulus Bahasa Inggeris, atau;
      Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga

Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:
i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
b) Syukbah Dakwah
c) Syukbah Syariah
d) Syukbah Hadith
e) Syukbah Muamalat
Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Yuran Pengajian & Biasiswa
Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.


Prospek
 Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Kemudahan Pembelajaran 

 i. Kemudahan Asas - Dewan kuliah, makmal komputer, makmal al-Quran, makmal bahasa, perpustakaan , surau, asrama lelaki dan perempuan, dewan makan, auditorium dan lain- lain.
ii. Kemudahan Riadah - Padang permainan untuk sepak takraw, bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging.

Pengiktirafan
 Diploma Tahfiz al-Quran yang dikeluarkan oleh Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara khususnya di Timur Tengah. Graduan dari Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya :
  • Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
  • Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera, Indonesia
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .