Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE IKM DAN KKTM MARA 2016

PERMOHONAN KE IKM DAN KKTM MARA 2016 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN TEKNIKAL

 DI IKM & KKTM







Assalammualaikum Datuk/Datin,Tuan/Puan.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN TEKNIKAL DI IKM & KKTM

Program-program yang ditawarkan untuk peringkat Sijil & Diploma di 13 Institut Kemahiran MARA (IKM) & 11 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Pelajar dikenakan Yuran Pendaftaran & yuran sampingan sahaja. Manakala, yuran pengajian ditaja oleh MARA. Pelajar juga akan diberikan elaun bulanan RM250.00 utk sijil & RM300.00 utk diploma. Pihak kami juga akan membantu kebolehpasaran graduan nanti (menjadi usahawan, sambung belajar & bekerja).



Jika ada anak-anak tuan/puan, anak murid & anak-anak kawan2 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam teknikal & vokasional MARA.
 Permohonan Secara Online Ke IKM/ KKTM/ MJII hingga 20 Disember 2015 sila layari & memohon terus di http://apponline.mara.gov.my/spupim/   http://www.ekemahiran.edu.my/



SYARAT MINIMUM KEMASUKAN (SPM)
TAHAP SIJIL:
Kepujian - mana2 satu subjek.
Lulus - B. Melayu, Matematik & Sejarah.
TAHAP DIPLOMA:
Kepujian - B. Melayu, Mathematik & salah satu subjek sains.
Lulus - Sejarah & English.
Pihak tuan/puan boleh juga menghantar scanned dokumen kpd emel Timbalan Pengarah , 

Tn Shabudin bin Said
Timbalan Pengarah I
Caw. Perhubungan Luar & Antarabangsa (CPLA)
Bhg. Kemahiran & Teknikal MARA (BKT)

shabudin@mara.gov.my:-
1. Keputusan SPM.
2. IC pelajar, ibu & bapa
3. Sijil lahir pelajar, ibu & bapa
4. Nyatakan 3 pilihan program diminati.
5. Nyatakan alamat & no HP terkini.
Surat tawaran kemasukan akan diberikan dlm masa 1 hari (mengikut kelayakan & kekosongan yg ada).*Mohon juga dipanjangkan email@info ini kepada saudara-mara dan rakan-taulan. Kerjasama & sinergi dari semua amat dihargai.
Terima kasih












1 Comments:

Unknown said...

Salam. Maaf, saya telah mendapat tawaran ke KKTM Sesi Januari 2016 tetapi saya mempunyai masalah untuk mencetak surat tawaran tersebut. Harap puan dapat membantu saya.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .