Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

TIP TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN SPA JURURAWAT

TIP TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN SPA JURURAWAT 





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anda dijemput temuduga latihan separa perubatan bertaraf diplomaTahniah kepada yang berjaya terpilih. Sujud syukur adalah pekara pertama yang digalakkan untuk anda lakukan jika anda seorang Muslim.




Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan kesihatan. Jururawat perlu bekerjasama dengan doktor, pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet. 

Para pembaca blog cikgukaunseling yang dihormati. Marilah kita insafi setiap permulaan pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan, biarlah segalanya kerana ALLAH. Samada sebagai petani moden, peladang jaya, nelayan, doktor, polis, tentera, guru, peniaga, usahawan, juruterbang dan sebagainya. 

Maka, begitu jua sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati semata mata kerana ALLAH SWT.

Dalam kitab karangan yang bernama Matan Arbain, Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan niat sebagai yang pertama iaitu:

'Dari Amirul Mukminin Umar Al Khatab R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- Bahawasanya amalan amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Sebelum memulakan langkah pertama, sematkan di dalam diri bahawa pemilihan bidang ini semata mata kerana ALLAH, dan galakan kedua orang tua sebagai asbabnya. Khas kepada anda yang bakal menghadapai temuduga dalam masa terdekat ini,(khabarnya bermula Isnin, 26 Oktober 2015) antara yg ditanya dalam temuduga ialah:

1) Kod Pakaian Yang Sesuai-Etika pemakaian penjawat awam yang kemas dan tertib. Bahagian ni ramai yang terlepas pandang.Penampilan kita adalah ‘First Empression’ bagi penemuduga di luar sana.Pastikan anda memakai baju yang bersesuaian Penemuduga akan tengok dari atas sampai bawah semasa temuduga dijalankan.

Penampilan kita adalah ‘First Empression’ bagi penemuduga di luar sana.Pastikan anda memakai baju yang bersesuaian.Bagi lelaki,pastikan anda memakai kemeja lengan panjang atau pendek berwarna cerah dan tidak terlalu terang.Tali leher pastikan diikat dengan betul dan kasut berwarna hitam berkilat.Manakala bagi perempuan pula,pastikan anda memakai baju kurung bagi Muslim atau pakaian formal yang bersesuaian bagi Non-Muslim.Jangan terlalu ghairah memakai tudung yang berbelit-belit.Cukup sekadar pakai tudung bawal atau tudung sarung yang simple.Jangan makeup yang keterlaluan.


2) Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.


3) Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan kedua belah tangan. Usah beri sebelah tangan kerana anda kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk ditemuduga.

4) Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk. Usah duduk sebelum diizinkan. Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel. Jangan silang kaki kerana akan kelihatan seperti tidak sopan.

5) Perkenalkan diri dan latar belakang akademik. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Cakap dengan lantang dan bertenaga.Mengapa anda pilih bidang Separa Perubatan? Jawapan yang diperlukan ialah bergantung pada bidang latihan yang anda pilih.


  1. Anda akan disoal mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan Separa Perubatan contohnya body mechanism. Pilih satu tajuk yang mudah dihuraikan seperti blood clotting atau digestive system. Maklumat ini anda boleh cari di internet.

  1. Anda akan diberikan beraneka jenis soalan termasuk soalan yang melibatkan situasi sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya, anda mempunyai masalahdi rumah, dengan keluarga, suami atau anak-anak kemudian di tempat kerja berhadapan pula dengan pelbagai ragam pesakit, bagaimana anda menjalankan tugas bila menghadapi situasi berkenaan?
  1. Soalan-soalan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti nama Menteri Kesihatan dan nama-nama individu yang berada dalam organisasi tersebut.
  1. Semasa menjawab soalan, elakkan daripada memberikan respon seperti tidak tahu, kurang pasti atau rasa-rasanya. Berikan jawapan sebaik yang boleh. Rujuk kepada fakta yang sahih.
  1. Percakapan anda mestilah selari dengan gerakan tangan. Usah bergerak secara berlebih-lebihan. Ingat bahawa tindak-tanduk anda sedang dinilai.

11. Seterusnya,sediakan 1 salinan bagi setiap dokumen (untuk mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku). 

12. Di samping itu, practice cara present diri especially communication skill. Kurangkan "Aaaa. Aaaaa" ketika menjawab soalan. Cuba untuk senyum selalu dan paling penting suara kena kuat dan jelas. 

13.Akhir sekali, bagi jawapan yang tak cliché. Ingat! Penemuduga bukan hanya interview anda seorang sahaja. Ramai lagi. Bagi jawapan yang tidak membosankan. Add some humour masa interview tapi jangan bagi lawak bodoh. (sumber dari :http://www.pojiegraphy.com/2015/01/pengalaman-temuduga-spa-separa.html)

Tip lain:

1.       Perkenalkan Tentang Diri Kita Dalam BM @ BI Terpulang Pada Keadaan…
-  Kelulusan Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja
·         Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di tempat belajar dulu…
·         Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

    Biasanya Jika Anda Masih Belum Bekerja Mereka Akan Tanya Benda Yang Biasa-biasa sahaja…
3.       Siapakah Menteri Kesihatan Kita Sekarang ??  Baca Juga Menteri2 Lain Yang Agak Berkaitan…           
                            ·         Menteri kesihatan  
                            ·         Timbalan menteri
                            ·         Pengarah kesihatan negeri (ikut tmpt temuduga) 
                            ·         Objektif kkm
                            ·         Visi dan misi kkm 
                            ·         Apa itu wawasan 2020

4.       Handwashing Concept Msti Tahu ..

5. Bilakah Hari Jururawat Sedunia dan Apakah Tema jururawat bagi tahun 2013?

Jawapan:

~ Nurses day: 12 May

~ Tema Tahun 2013 - "Closing Gap : Millenium Development Goal 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1"

Info:

Goal 1: Eradicate extreme poverty and hunger
Goal 2: Achieve universal primary education
Goal 3: Promote gender equality and empower women
Goal 4: Reduce child mortality
Goal 5: Improve maternal health
Goal 6: Combat HIV/AIDS, malaria and other diseases
Goal 7: Ensure environmental sustainability
Goal 8: Develop a global partnership for development

Tema tersebut jelasnya bertujuan untuk menjadi 'countdown' ke arah tahun 2015, sebagai tahun mencapai semua target Matlamat Pembangunan Milenium khususnya memberi penekanan terhadap pencapaian yang berkaitan dengan kesihatan.

Antara matlamat dan objektif sambutan pada tahun ini jelasnya adalah untuk menggalakkan jururawat dan bidan dalam melibatkan diri bagi menyumbang ke arah mempromosi kesihatan, pencegahan, rawatan dan penghapusan penyakit terutamanya dalam kalangan ibu-ibu dan kanak-kanak, dan di semua peringkat masyarakat amnya melalui kaedah pendekatan secara inovatif dan penyampaian perkhidmatan dalam suasana kerja yang berlainan.


6.       7R : Rt Pt Rt Drug, Rt Dose, Rt Route, Rt Time, Rt Documentation, Rt To Refuse
7.       10 S : Senyum, Segera, Sensitif, Sopan, Segak, Selidik, Selia, Semangat, Salam dan Sentuh
8.       Jenis2 Position Of Patient
              ·         Recumbent / Supin
              ·         Dorsal
              ·         Semi Prone 
              ·         Fowler’s
              ·         Lateral Trendeleburg
              ·         Kardiak 
9.       Apakah kadar normal bagi nadi, tekanan darah dan pernafasan?
A : 60-100 beat/min,120/80mmHg, 16-20/min
10.       Jenis2 Bandage,
11.   Dressing Concept Dia Kena Penting ( Ni Time Osce ) Jangan Sampai Hilang Strile…
12.   Isu Semasa (kesihatan atau bukan kesihatan)
           ; TIBI
 ;Chikungunya 
;Kepialu
ü  Keracunan Makanan 
ü  Cholera
ü  Strok
ü  Diabetes
ü  Obesity
ü  Malaria
ü  Denggi
ü  BR1M, NKRA,SL1M, TRANSFORMASI NEGARA,KLINIK 1malaysia ( isu semasa bukan kesihatan ) 
12.   Cpr

13.   Ambu Bag,

15.   Equipmnt Atas Trolley Dressing
16.   How To Insert NGT
17.   Face Mask Dan O2 Yg Sesuai
18.   Health education bergantung pada soalan dia
19.   Intervensi bergantung pada keadaan yang diberi
20.   Medication yang famous
21.   Drug calculation
22.   Iv drip pengiraan , jenis cecair,
23.   Cara insert branula
24.   Beza glove strile dengan glove biasa

Tip tambahan:
1.gred gaji u29
2. cti n mc brape ari sthun
-Berapa harikah cuti tahunan yang layak dapat untuk seorang SN?
Jawapan: 25 hari, jika perkhidmatan melebihi 10 tahun diberi 30 hari cuti.
-
3.ngtube
4.position
5.bp
6.medication
7.pengetahuan am.

Tips Temuduga Jururawat u29 untuk markah tinggi:
Soalan fav: Matron akan tanya anda, sebab apa nak jadi jururawat?
Jawapan:
First skali bagi Muslim jawab kerana ianya satu ibadah,
2. Kerana minat
3.(paling penting) sbb nk membantu ibu bapa. ini antara markah paling tinggi..

JOM Ulangkaji | Koleksi Soalan Lazim

 Temuduga Jururawat:

Apakah Visi dan Misi KKM?


Jawapan:
VISI : Negara mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI: Memastikan kesihatan rakyat ditahap yg maksima dan berkualiti.

Deskripsi Tugas JURURAWAT GRED U29:
  • Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

    1. Perawatan Kesihatan Keluarga
    i. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
    ii. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
    iii. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
    iv. Perkhidmatan perancang keluarga.
    v. Pendidikan kesihatan.

    2. Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

    3. Menyelia
    i. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
    ii. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

    4. Pentadbiran i. Mentadbir klinik.
    ii. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
    iii. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
    iv. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
  • Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
    1. Penjagaan Pesakit
    i. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
    ii. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
    iii. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
    iv. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

    2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
    3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
    4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
    5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Demikian pembahagian tugas seorang Jururawat u29, semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu anda untuk mengetahui bidang tugas sebenar yang perlu anda lakukan di lapangan kejururawatan. Selamat melakukan tugas dengan penuh dedikasi dan karisma. Majulah kejururawatan untuk negara. 



Artikel selanjutnya, Cara Menjadi Jururawat Selepas 

SPM, Klik di sini.

Kenali Ciri Kerjaya Diri  Anda, klik di sini.

Baca juga pengalaman bloggers ini ditemuduga, klik di sini, http://srnzw.blogspot.my/2013/10/pengalaman-dan-tips-temuduga.html


Apakah syarat kelayakan anda dan umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma supaya tidak berlaku kesalahpahaman.
Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .