Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik 2016

Permohonan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik 2016













Makluman: Pengambilan pelajar baru Kemasukan ke Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik 2016:
Iklan: 4 okt 2015  PERMOHONAN Online: 5 okt 2015

Memetik kata-kata Guru Kaunselor UBK SMK Kajang Utama;

"SESIAPA YANG PENCAPAIAN BAIK NAMUN SANGAT BERMINAT ALIRAN TEKNIKAL BOLEH LANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT KIRA MACAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL. SISTEM PEMBELAJARAN JUGA DIKATAKAN BERLAINAN. 

NAMUN KALAU RASA NAK SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA MACAM KE JEPUN DALAM ALIRAN TEKNIKAL INI, KENALAH AMBIL SPM DI SM TEKNIK. KALAU RESULT CEMERLANG BOLEH DAPAT TAJAAN JPA DLL. LEPAS DAPAT RESULT PMR NANTI BOLEH PILIH KURSUS YANG PALING SESUAI. MINTA PENDAPAT CIKGU2. OK JOM KITA BUAT HOMEWORK SKET TENTANG PEMILIHAN KURSUS NI.."




Sumber: Blog UBK  SMK Kajang Utama, di sini.

Sila klik http://www.bptv.edu.my/v4/

Sila klik https://sptv.moe.gov.my/pt3.cfm
untuk memohon.

Tutup permohonan: 20 dis 2015
Proses oleh BPM: 21/12- 5/1/16
semakan online: 18/1-25/1/16
Pendaftarn: 26/1/16
Rayuan: 27/1-29/2/16

1)PANDUAN PERMOHONAN
Sila KLIK  https://sptv.moe.gov.my/perdana/Panduan_Permohonan_SPTV_PERDANA.pdf
2) SENARAI KOLEJ VOKASIONAL DAN KURSUS YANG DITAWARKAN
Sila klik 
3.a.) 
Syarat Umum.

i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2015
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik


SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL 
(MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
 (Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

3.a.1    SYARAT UMUM
SYARAT UMUM 
3.1) Calon adalah Warganegara Malaysia;
3.2) Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan; 
3.3)  Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ; 
3.4)  Calon sihat tubuh badan ; 
3.5) Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali); 
3.6) Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA. 
3.7) Calon bebas daripada masalah mental ; dan 
3.8) Calon berminat dengan program dipohon. 
3.1.b)    SYARAT KHUSUS
 3.b.1) Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan 
3..b.2) Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)

3.2.a. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS 
KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) - ALIRAN TEKNIKAL 
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM : 
 Calon adalah Warganegara Malaysia;  Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;  Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);  Calon sihat tubuh badan ;  Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);  Calon bebas daripada masalah mental;  Calon berminat dengan kursus dipohon; dan  Calon bidang *Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.

SYARAT KHUSUS KURSUS
 i. Calon memperoleh sekurangkurangnya C bagi mata pelajaran berikut iaitu :
  Bahasa Melayu 
 Bahasa Inggeris
  Matematik
  Kemahiran Hidup 

ii. Calon memperoleh sekurang kurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains; *Kejuruteraan Mekanikal *Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik *Kejuruteraan Awam Sains Pertanian Perdagangan


3.3.a   SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS 
PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
 (Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
Calon adalah Warganegara Malaysia;
  Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJSK), Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi); 
 Calon sihat tubuh badan ; 
 Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali); 
 Calon bebas daripada masalah mental;
  Calon berminat dengan program dipohon;  Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan 
 Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
3.4.a)   SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS 
PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL 
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)


Calon adalah Warganegara Malaysia; 
 Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  Calon sihat tubuh badan ;
  Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali); 
 Calon bebas daripada masalah mental;
  Calon berminat dengan program dipohon;
  Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu 
dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

4) info kurus perdana sila klik di sini


Alamat BPTV:
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

No. Telefon : 03-88845154

3 Comments:

Anonym said...

Salam. Mohon pengesahan. Apa betul jika murid PT3 bersekolah swasta maka secara otomatik tidak layak memohon ke sekolah vokasional? Terima kasih

Puan Ummi said...

waalaikumussalam.maaf saya tidak pasti akan hal itu
tuan boleh hubungi kolej vokasional terdekat untuk kepastian

Anonymous said...

salam, saya seorg murid tingkatan 3 dari selangor, saya memang berminat utk belajar di kolej vokasional dalam bidang reka bentuk grafik (print media) di penang , akan tetapi saya masih teragak agak sama ada mahu ke kolej vokasional ataupun ke sekolah harian biasa, kerana ramai yg menganggap sekolah vokasional itu utk pelajar yg mendapat keputusan yg tidak bagus, dan saya juga ingin tahu adakah tidak mengapa sekiranya tidak mengambil spm?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .