Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI 2018

ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI 2018




ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI 2018


ANUGERAH BIASISWA MELANGKAH CEMERLANG KE HADAPAN
Anda mencari biasiswa? Anda lepasan STPM? Anda Lepasan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia? Anda sedang belajar di Institusi Pendidikan Tinggi? Selamat datang ke blog ini. :)
Tawaran Anugerah Program Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sesi tahun 2018 kini dibuka untuk permohonan. 
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa mereka yang cemerlang, berwawasan dan berdedikasi untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan membina kerjaya yang mencabar bersama kami. 
Jika anda seorang yang bijak, bercita-cita tinggi, mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan ingin mengikuti pengajian dalam bidang :
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Kewangan dan Perbankan Islam
  • Pelaburan Perbankan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Perakaunan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Undang-Undang

  • Accounting, Behavioural Economics, Communication, 
  • Cyber Security, Data Analytics/Data Science, Digital Technology,
  •  Financial Economics, Financial Engineering, Finance & Investments, 
  • Mathematics, Islamic Finance/Shariah Studies and Law,


Rebutlah peluang untuk memohon Biasiswa SC hari ini!
KELAYAKAN
Pemohon hendaklah di kalangan pelajar Malaysia yang akan menerima tawaran atau yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda atau yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang yang tertera seperti di atas.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI
Jom semak syaratnya, jika Anda Lepasan Pra-U:
  • 3A dan 1B+ dalam STPM atau
  • 3A dalam A-Levels atau
  • 40 mata dalam International Baccalaureate atau
  • CGPA 3.5 dalam Diploma / Matrikulasi / Asasi atau
  • Lain-lain pencapaian yang setaraf
Anda Peringkat Ijazah Sarjana Muda?
     Kepujian kelas kedua atas, cemerlang, CGPA 3.5 atau lain-lain pencapaian yang setaraf
PEMBIAYAAN
Perbelanjaan yang akan dibiayai dengan Biasiswa SC adalah:
  • Yuran pengajian penuh
  • Elaun buku
  • Elaun sara diri
  • Lain-lain elaun yang berkenaan
IKATAN BON
Pemohon akan terikat untuk berkhidmat dengan SC setelah tamat pengajian.

KAEDAH PERMOHONAN
  1. Permohonan adalah secara online. Semua permohonan hendaklah dihantar dalam talian melalui https://careersatsc.seccom.com.my/career/publiclogin02.jsp. Hanya permohonan dalam talian akan dipertimbangkan.
  2. Permohonan dibuka bermula 02 April 2018 dan ditutup sebelum 5.00 petang pada 16 April 2018.
  3. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.
HUBUNGI
Untuk pertanyaan berkenaan Biasiswa SC, sila hubungi:
Berkenaan biasiswa : 03-6204 8272/8385/8522
Berkenaan sistem permohonan biasiswa : 03-6204 8155/8320
E-mel : scscholarship@seccom.com.my
Talian Am SC : 03-6204 8000


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .