Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 2018

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 2018




Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon–calon berkelayakan yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan (Fakulti Pendidikan) ambilan September 2016 & September 2017 dan bidang Kepakaran Pendidikan Khas (Fakulti Sains Sosial/ Sains Kesihatan) ambilan September 2017 untuk memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah KPM. 



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN

IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM 

TAHUN 2018


1.  Calon mestilah Warganegara Malaysia;

2.  Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2018 (tahun permohonan);

3.  Calon   memiliki   Sijil   Penuh   bagi   Sijil   Pelajaran   Malaysia   (SPM)   untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu  dan  Ujian  Lisan  pada  peringkat  SPM  atau  kelulusan  yang  diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4.  Bagi   calon   Pendidikan   (Fakulti   Pendidikan),   calon   sedang   mengikuti pengajian tahun pertama dan kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di  bawah  ambilan  September  2016  dan  September  2017.  Calon  perlu mendapat   sekurang-kurangnya   PNGK   3.5   dan   ke   atas   bagi   keputusan semester terkini untuk memohon;
5.  Bagi  calon  Skim  Latihan  Tenaga  Kepakaran  Pendidikan  Khas  (bidang Pendidikan  Khas,  Fakulti  Sains  Sosial/Sains  Kesihatan),  calon  sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di  bawah  bagi  ambilan  September  2017.  Calon  perlu  mendapat  sekurang- kurangnya  PNGK  3.0  dan  ke  atas  bagi  keputusan  semester  terkini  untuk memohon;
6.  Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki  Ujian  Kelayakan  Calon  Guru  (UKCG)  dan menghadiri  sesi  temu duga;
7.  Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
8.  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.



BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN YANG LAYAK MEMOHON


1.  Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu/Bahasa Malaysia

2.  Bahasa Inggeris/TESL/TESOL

3.  Sejarah

4.  Ekonomi Rumah Tangga

5.  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

6.  Seni Visual

7.  Geografi

8.  Kimpalan dan Fabrikasi Logam





BIDANG-BIDANG SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS –  BIDANG PENDIDIKAN KHAS YANG LAYAK MEMOHON


1.  Audiologi

2.  Terapi Pertuturan

3.  Terapi Cara Kerja

4.  Psikologi

5.  Fisioterapi

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di alamat https://epenawaran.moe.gov.my 

Permohonan dibuka mulai 1 April 2018 dan ditutup pada 30 April 2018.




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .