Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tahniah Anggota PGU selamatkan mangsa luncur udara yang hilang

Tahniah  Anggota PGU  selamatkan mangsa luncur udara yang hilang




Anggota PGU puas dapat selamatkan mangsa hilang


Ucapan tahniah kepada Anggota PGU PDRM kerana dapat menyelamatkan mangsa hilang ketika meluncur udara di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Petikan daripada Berita Harian Online:


ANGGOTA Pasukan Gerakan Udara PDRM yang bertanggungjawab menyelamatkan mangsa yang hilang, semalam. (Dari kiri): Pemerhati Udara, Koperal Muhamad Rizal Zainudin; Juruterbang, ASP Muhammad Jeffri Jaafar dan Juruterbang, ASP G Devindran.

KUALA KUBU BHARU: "Kami gembira dan puas kerana dapat menemui mangsa dan menyelamatkannya. Sudah menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan dan menyelamatkan nyawa," kata juruterbang helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan G Devindran.
Beliau bersama seorang lagi juruterbang, Asisten Superintendan Muhammad Jeffri Jaafar dan Pemerhati Udara, Koperal Muhamad Rizal Zainudin adalah tiga kru helikopter jenis Eurocopter AS355 yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat Mohamad Rosely Azli, 53, yang hilang ketika melakukan aktiviti luncur udara di Taman Millenium di sini, petang tadi.
Mangsa ditemukan ketika helikopter terbabit terbang menghala ke arah Bukit Fraser untuk melakukan pencarian pada jam 3.30 petang.
"Ketika terbang ke arah utara dari Stadium Millenium pada ketinggian 300 meter, kami terlihat payung terjun digunakan mangsa di kawasan berhampiran kaki bukit sebelum melihatnya duduk sambil melambai-lambaikan tangan.
"Kami rasa lega kerana nampak mangsa dalam keadaan selamat dan berpatah balik mengambil anggota bomba di subtek (pusat operasi sementara) di Stadium Millenium sebelum kembali ke lokasi menaikkan mangsa.
"Sebagai anggota penyelamat, kami gembira kerana dapat menyelamatkannya. Akhirnya dia dapat disatukan semula dengan keluarganya selepas 24 jam hilang," katanya.
Katanya, lebih menarik apabila kerja menyelamat Mohamad Rosely dilakukan bersama dua anggota bomba dengan salah seorangnya yang turun ke bawah dan mengikat mangsa sebelum menariknya ke dalam helikopter menggunakan teknik 'winching'.
Pasukan PGU PDRM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Sungai Besi itu adalah antara tiga helikopter SAR yang terbabit dalam operasi itu bersama dua lagi helikopter, masing-masing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .