Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2011, anda mungkin telah membuat semakan Keputusan Permohonan  Rayuan ke Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO Sesi Ambilan 2012.

Semakan Keputusan Permohonan/Rayuan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Ambilan 2012
  1. Semakan keputusan permohonan/rayuan boleh dibuat mulai Jumaat, 01 Jun 2012
  2. Calon-calon boleh mencetak surat tawaran mulai Jumaat, 01 Jun 2012.
  3. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada setiap Khamis hingga 19 Ogos 2012
 Sila Buat semakan di sini.

     Pada posting ini, saya ingin berkongsi berkaitan Politeknik METrO.  Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. 

   Mungkin anda mempunyai pelbagai sebab musabab anda memilih untuk tidak mahu melanjutkan pengajian anda secara sepenuh masa di mana-mana IPT, samada IPTA mahupun IPTS. Oleh itu, sebenarnya, Politeknik METrO ini membuka ruang dan peluang kepada lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas alam persekolahan tamat.

   Kepada lepasan SPM, SMK Jengka Pusat 2, dan lepasan SPM SMK Jengka 2, yang telah bekerja, dan ingin meningkatkan kerjaya anda, sedangkan punya kekangan tertentu, maka ketepikan kekangan itu.

   Kepada bekas pelajar Tingkatan 5 Aliran 5 MPV 2011 Di SMK Jengka Pusat 2, eloklah jika anda apply kursus di sini. Rebut peluang dan ruang yang ada. Tambahan pula, Politeknik METrO  ini ada ditawarkan di Kuantan. 

 Gambar Politeknik METrO Kuantan, Pahang.

Pelajar ini menjual tempe. Menariknya tempe ini dihasilkan sendiri 
oleh Unit MPV dan para pelajar MPV di SMK Jengka Pusat 2.



Ini pula tapai ubi, yang turut dihasilkan oleh Unit MPV SMK Jengka Pusat 2. 
Ada juga mee kuning dan air cincau yang dihasilkan oleh Unit MPV.

Cuba baca print screen petikan akhbar ini:



Malaysia kurang pakar industri halal. Adakah anda akan menjadi salah seorang pakar yang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal di Malaysia? InshaALLAH, anda boleh. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan Produk Halal di negara kita?

      Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).  Sila baca entry ini selanjutnya bagi mendapatkan pencerahan selanjutnya berkaitan Program Yang Ditawarkan dan lain-lain lagi. Boleh klik Fan Page Facebook Rasmi Politeknik METrO Kuantan di sini.

 POLITEKNIK METRO

Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem pengangkutan awam mencukupi.   

Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional. Oleh itu, keperluan tenaga pakar dalam bidang teknikal sangat diperlukan. Ia berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri. 

Peneroka Felda Tenang Nyaris Dibelit Ular Sawa

Peneroka Felda Tenang Nyaris Dibelit Ular Sawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di Felda Tenang, Labis, Segamat berlaku kejadian seorang peneroka nyaris dibelit ular sawa. Inilah asam garam kehidupan seorang peneroka yang menoreh pokok getah. Mari kita ikuti laporan akhbar Kosmo di bawah ini:

Selangkah dibelit ular



LABIS - Seorang penoreh getah di tanah rancangan Felda Tenang di sini trauma selepas dia nyaris dibelit seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter ketika bekerja di kebunnya semalam.

Narizan Ali, 41, memberitahu, kelibat reptilia gergasi itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi ketika dia menoreh dari satu pokok ke satu pokok di kebun getah berkeluasan 3.2 hektar itu.

"Bila saya beralih ke satu pohon lain, saya terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang hanya selangkah dari kedudukan saya.

Cara Menjadi Kaunselor Therapeutic

Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic?



 Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic:


Effective counselors have an identity
They respect and appreciate themselves
They able to recognize and accept their own power
They are open to change

Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita

 Pakar Dietetik Diperlukan di Negara Kita

 Gambar Piramid Makanan


Tugas Ahli Dietetik

Pernahkah anda mendengar tentang kerjaya pakar pemakanan atau ahli dietetik? Pasti anda pernah mendengarnya kan?

Kepada para pelajar STPM dan Matrikulasi, anda yang berminat menceburi kerjaya ini eloklah membaca lebih lanjut entry ini.

Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik. Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Ahli-ahli dietetik atau dietition amat diperlukan di hospital-hospital kerjaan dan swasta. Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun merancang supaya semua hospital di negara ini mempunyai ahli-ahli dietetik sendiri. 

      Langkah ini adalah untuk menentukan semua pesakit yang mempunyai penyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik di hospital berkenaan.

Bagi mereka yang sihat, ahli dietetik boleh membantu memberi saranan dan cadangan. Langkah ini diambil dengan menyampaikan maklumat tentang makanan yang bersesuaian kepada orang dewasa, kanak-­kanak, warga tua dan wanita mengandung.

 Gambar Hiasan: Pameran Pendidikan yang diadakan
 di ruang legar Bangunan Klinik Pakar HTAA

Pameran pendidikan kesihatan juga sering diadakan. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang. Pameran pendidikan Kesihatan dengan pihak sekolah juga diadakan. Ahli dietetik dapat memberi khidmat nasihat dan segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

        Secara mudahnya ahli dietetik ini adalah  ‘penterjemah’ daripada ayat kepada makanan. Contohnya bagi seorang pesakit diabetis atau kencing manis, biasanya akan dirujukkan kepada Doktor Perubatan (MOPD). Doktor perubatan akan memberitahu seseorang penghidap kencing manis makanan yang perlu dielakka.

         Kemudian pesakit berkenaan biasanya akan dirujukkan kepada Unit Dietetik. Maka di sinilah, ahli dietetik pula akan mengesyorkan pengambilan makanan supaya individu itu dapat mengikutinya dengan lebih mudah.

        Ahli dietetik biasanya akan merujuk laporan perubatan pesakit berkenaan yang dibuat olehdoktor serta keputusan ujian makmal terlebih dahulu untuk ditafsirkan kepada pengambilan makanan seseorang pesakit.

Kepentingan Ahli Dietetik Masakini

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri akan mempertingkatkan bilangan pakar dietetik di negara ini berdasarkan keperluan semasa dalam usaha membendung penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini. 

     Sejak kebelakangan ini, bilangan pesakit NCD semakin meningkat. Kalau dilihat pada statistik, bilangan pesakit diabetes meningkat daripada 11 peratus kepada 15.1 peratus di kalangan rakyat dari 2006 hingga tahun lalu

       Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan sosial-ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat, telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. 

       Perubahan ini memberi kesan ke  atas corak pola atau kadar morbiditas dan kematian di Malaysia yang kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes, obesiti, dan tekanan darah tinggi.

           Memandangkan masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat menerima ataupun mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kesihatan, diet dan pemakanan. 

Bagaimana Untuk Layak Sebagai pakar diet?

Pakar diet dilatih profesional yang mempunyai kelayakan yang boleh dipercayai untuk menjalankan penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan dan pemakanan campur tangan dalam menetapkan dan menyesuaikan diet, sama ada biasa atau dengan pengubahsuaian konsisten atau nutrien (s) untuk memenuhi keperluan individu berdasarkan masalah perubatan.  

Sijil kemahiran Malaysia Bagi Lepasan SPM

Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Lepasan SPM

Halatuju Selepas SPM. 

"Apakah bidang yang harus saya pilih, cikgu selepas SPM ini?", 
seorang bekas pelajar lelaki, lepasan SPM tahun sebelumnya,
yang datang Ke Bilik Kesihatan/ Bilik kaunseling bertanya kepada saya.

"Result SPM saya biasa-biasa je cikgu. Saya dah kerja lepas SPM. Tapi bila dah kerja, saya rasa nak sambung belajar pula. Apa bidang yang sesuai dengan saya cikgu?" seorang pelajar perempuan menghantar SMS di hand phone saya.

"Bidang kemahiran ni, saya rasa saya boleh pergi lah cikgu. Saya nak masuk bidang kemahiran lah, cikgu. Tapi, tak tahu, bidang apa yang sesuai dengan aliran yang saya ambil saya sekarang ye cikgu?" tanya seorang pelajar lelaki calon SPM, beberapa tahun lalu.

"Saya minat bidang jahitan, cikgu. Tapi saya Budak Sains. Macam mana ya cikgu?" soal seorang pelajar lelaki Tingkatan 4, suatu masa dahulu.

Ini adalah sebahagian persoalan yang dikemukakan kepada Dunia Cikgu Kaunseling.

HALATUJU SELEPAS SPM. Selepas SPM hendak ke mana? Sebenarnya, banyak pilihan. InshaAllah.

Pada entry ini, saya muatkan maklumat berkaitan Program Sijil Kemahiran Bagi Lepasan SPM.

Pesan saya buat anak didik dan bekas anak didik, sambunglah pengajian anda, walau dalam bidang apa. Rebutlah peluang dan ruang yang ada. Jika ada masalah, misalnya maasalah kewangan, mohonlah kepada Allah, semoga Allah memberi petunjuk kepada anda bagi menyelesaikan masalaah anda.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

 Printscreen Petikan 30 Julai 2010 Berita Harian


Perbandingan di antara program akademik dengan program kemahiran boleh dilihat dari rajah di atas.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. SKM kini menawarkan lapan (8) tahap persijilan iaitu :

Permohonan Kursus Sijil Teknologi Getah Lepasan SPM

Permohonan Kursus Sijil Teknologi Getah Lepasan SPM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM,  Permohonan Kursus Sijil Teknologi Getah di  Akademi HEVEA Malaysia, Lembaga Getah Malaysia sudah dibuka.

Pemohon adalah dipelawa bagi calon yang berminat.

Kursus Sijil Teknologi Getah Sesi Pengajian September 2012 Hinga Mac 2014.

Tarikh tutup permohonan:
5 Ogos 2012

Akademi Hevea Malaysia
 
Lembaga Getah Malaysia (LGM) di dalam usahanya menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh industri getah akan menjalankan pelbagai kursus dalam sektor perladangan, pemprosesan dan pembuatan getah untuk pembangunan serta kemajuan Negara ke arah pencapaian dan kecemerlangan wawasan 2020.

Bagi melaksanakan peranan tersebut dengan lebih berkesan, LGM telah menubuhkan Akademi Hevea Malaysia (AHM) pada 1 Oktober 2006. Penubuhan AHM adalah selaras dengan matlmat negara iaitu untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dalam bidang getah. Objektif utama penubuhan AHM adalah :
  • Memberi latihan kemahiran secara ’industry oriented’ untuk industri getah
  • Membantu meningkatkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan
  • Menggalakkan pemindahan teknologi melalui latihan teknikal

Tempat

Kursus-kursus akan dijalankan di Akademi Hevea Malaysia, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan yang dilengkapi dengan sebuah kilang pemprosesan SMR, makmal, bilik-bilik kuliah berhawa dingin, auditorium, perpustakaan, lodge, kemudahan rekreasi dan alat pandang dengar yang canggih. Akademi Hevea Malaysia terletak hanya 5km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Selangor.

FELDA Nitar Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012

FELDA Nitar Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012 




Pengurus FELDA Nitar 2, Abdul Aziz Talib (tengah) bersama penduduk Wilayah Segamat, Johor meraikan kejayaan selepas merangkul Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012 dengan membawa pulang RM1 juta pada sambutan Hari Peneroka 2012, di Kuala Lumpur.

Rancangan-rancangan Felda yang muncul Juara  Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF)  dengan membawa pulang wang tunai RM1 juta  ialah; 

Sijil Tahfiz Al-Quran Untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan

Sijil Tahfiz Al-Quran (6 Juzu’) untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) 

 Gambar Masjid Darul Quran 
Kredit kepada klik http://raredour.blogspot.com/


Program Persijilan Tahfiz al-Quran Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) Darul Quran JAKIM

Bidang Tahfiz al-Quran bukan sahaja dikhususkan kepada golongan tertentu malahan menjadi tanggungjawab kepada sesiapa yang mampu dan yang benar-benar iltizam untuk melaksanakannya.

Sejarah telah mencatatkan golongan huffaz di zaman Rasullullah SAW menghafaz kalam Allah secara mushafahah tanpa melihat mashaf. Kaedah ini menjadi wasilah (cara) yang mampu dipraktikkan oleh Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) untuk menghafaz al Quran.

 Namun di Negara kita masih belum terdapat Insitut Pengajian Tinggi Kerajaan yang menawarkan kursus tahfiz al-Quran kepada OKUMP. Di atas kesedaran ini, JAKIM melalui Darul Quran mengambil inisiatif mewujudkan program Persijilan al-Quran bagi OKUMP agar dapat memberi peluang kepada mereka menceburkan diri dalam bidang tahfiz secara normal dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 
 
Objektif
  1. Memberikan pendidikan tahfiz dan ilmu yang berkaitan dengan ilmu al-Quran kepada golongan OKUMP
  2. Melahirkan huffaz, qurra dan du’at dikalangan OKUMP
  3. Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang tahfiz dikalangan OKUMP
  4. Melahirkan ummah yang berkualiti di kalangan OKUMP
TEMPOH PENGAJIAN

 Sijil Tahfiz untuk Orang Kurang Upaya masalah Penglihatan (OKUMP) adalah 6 bulan.

Syarat Kelayakan Masuk
  • Terbuka kepada semua warga orang kurang upaya masalah penglihatan yang boleh membaca al-Quran Braille.
  • Mempunyai minat dan semangat yang tinggi untuk belajar
  • Berumur 18 tahun dan 30 tahun dan belum berkahwin
  • Bersedia mengikuti kursus ini selama 6 bulan berturut-turut.
  • Lulus ujian kelayakan
Kemudahan Pengajian
  • Bilik kuliah dan tutorial
  • Bahan rujukan Braille seperti al Quran dan alat Bantu mengajar
  • Kemudahan KO-kurikulum 
  • Biasiswa disediakan 
  • Kos pengajian ditanggung oleh JAKIM
Penganugerahan Sijil

Tingkatan 6 Guna Sistem Peperiksaan Modular

Tingkatan 6 Guna Sistem Peperiksaan Modular



Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).

Ini kerana, tingkatan enam ibarat pra-universiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.

Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih program pengajian Asasi, Matrikulasi, Diploma atau di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.

Mana tidaknya, walaupun dikatakan pra-universiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.

Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT.

Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.

Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.

Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.

Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.

Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti. Artikel di bawah dipetik daripada BERNAMA, dari Akhbar Sinar Harian bertarikh 8 Julai 201.

Sekolah menengah atas guna peperiksaan Sistem Modular tahun ini

Kementerian Pelajaran akan memperluas Sistem Modular iaitu peperiksaan mengikut semester di peringkat sekolah menengah atas ke seluruh negara mulai tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
 

Permohonan Ke ADTEC Batu Pahat Lepasan SPM Sesi Julai 2012

 PERMOHONAN KEMASUKAN KE ADTEC BATU PAHAT SESI JULAI 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM, LELAKI dan PEREMPUAN,  REBUTAH peluang keemasan ini.

Permohonan kemasukan ke adtec batu pahat sesi julai 2012 Untuk Lepasan SPM

Segera mohon!!! Tarikh Tutup: 8 Julai 2012

SYARAT KEMASUKAN:

Syarat kemasukan adalah :
1) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan minima 3 kredit : - 
-Matematik/Matematik Tambahan 
- Subjek Sains/Fizik/Kimia/Subjek Teknikal 
- Lain-lain Matapelajaran 
Tempoh pengajian selama 3 tahun .

KURSUS YANG DITAWARKAN

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 3 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012.

Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Permohonan hanya menggunakan kaedah atas talian sahaja ( Internet). Pelajar-pelajar perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI)  di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM6.00 bagi tujuan tersebut.

Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon.

Para pelajar boleh berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing jika tidak faham, atau meninggalkan pertanyaan di ruang komen di bawah posting ini atau boleh menghubungi terus pihak Pengambilan Pelajar Bahagian Matrikulasi KPM.

Kebanyakan pelajar yang saya temui sebelum ini, mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM.

Contohnya apabila saya tanya kenapa taknak mohon matrikulasi;

"Saya rasa result peperiksaan saya nanti tak baguslah cikgu. Sebab sebelum ni result tak berapa nak bagus, jadi malas nak apply Matrik lah ,cikgu," omel seorang pelajar. Tapi bila result SPM keluar, Alhamdulillah, cemerlang juga.

Jadi, usah rasa putus asa, usah rasa rendah diri, usah rasa tak layak nak masuk IPT dan rasa tak yakin. Anda belum menempuh peperiksaan sebenarnya lagi, kan? Jadi, buang dan campakkan jauh-jauh rasa negatif dan pemikiran tak boleh berjaya tu jauh-jauh.

 InshaAllah, anda boleh berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dengan syarat usaha yang berterusan dan sistematik, tak pernah kenal erti jemu dan putus asa daripada rahmat Allah bagi pelajar Muslim, rajin buat kerja sekolah yang cikgu berikan, rajin bertanya guru, hormati guru anda, hormati ibubapa anda dan lain-lain lagi tip kejayaan insan cemerlang, boleh anda search di google atau search sahaja di blog ini.

Oklah. Sila ambil perhatian ya pelajar. Sebelum memohon Matrikulasi KPM ni, anda kena ada No Pin dulu. Hanya di Bank Simpanan Nasional sahaja dijual No Pin ini.

Jualan No PIN BSN Mulai 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012 bagi pengambilan sesi 2013/2014.Oleh itu jangan lepaskan peluang ini.

Sejarah Matrikulasi KPM Secara Ringkas

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ).

Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Untuk sesi pengambilan 2009 / 2010 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).

Kini, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012  iaitu permohonan melalui internet (PMI).

KONSEP

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam.

 Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu
  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa
  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua (2) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains dan Aliran Teknikal) dan Jurusan Perakaunan. 

    2.      Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

 Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang dilaksanakan dalam empat (4) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains sahaja) . Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal tidak terlibat.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

SEMAKAN TAWARAN KE CIAST AMBILAN SEPTEMBER 2012

Cara Memohon CIAST 
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan Shah Alam



PENGUMUMAN: 

INGIN BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE CIAST UNTUK AMBILAN SEPTEMBER 2012 DAN JANUARI 2013? 
SILA SEMAK DI SINI.



Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru CIAST 
bagi sesi Ambilan September 2012 akan diadakan pada hari Rabu, 5 September 2012, 9.00 pagi 

 CIAST

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN 

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor.

CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga 1991.

CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007. 

Kursus yang ditawarkan di CIAST:

1) Sijil Pengajaran Vokasional (VTO3)

2)  Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga dengan Sijil Pengajar Vokasional (SKMT3+VTO )

 3) Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV)


SYARAT KELAYAKAN

1) Sijil Pengajaran Vokasional (VTO3)

1. Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM)
2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4.
 

Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Malaysia

Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Malaysia



Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Malaysia

 Gamabr Hiasan:
Pintu masuk ke Kolej Matrikulasi Perlis

Program Matrikulasi dijalankan di tiga belas (13) buah Kolej Matrikulasi PREMIER KPM,  3 DI KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL dan dua (2) buah kolej Mara seperti berikut:

KOLEJ MATRIKULASI PREMIER

Kolej Matrikulasi Melaka
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel: 06-3847778, 06-3832000
Fax: 06-3887190
Email: kmm@kmm.matrik.edu.my
Website: http://www.kmm.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel: 06-4841825
Fax: 06-4841821
Website: http://www.kmns.matrik.edu.my/

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel: 04-5756090 , 04-5750836
Fax: 04-5757389, 04-5757597
Website: http://www.kmpp.matrik.edu.my/

Akademi Binaan Malaysia Melatih Tenaga Mahir

Akademi Binaan Malaysia Melatih Tenaga Mahir 
Berkualiti Dalam Personel Binaan



SEORANG pelajar jurusan pereka blok menyediakan projek sempena Pertandingan Kemahiran Malaysia ke-21, di Johor Bahru, Johor, 30 JUN 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan PMR,  siswazah dari institut pengajian tinggi (IPT) dan para penggiat industri pembinaan, anda dialu-alukan untuk hadir ke Karnival Kemahiran untuk mengetahui prospek yang lebih luas dalam sektor pembinaan ini.

CIDB dengan kerjasama ABM dan Kementerian Kerja Raya bakal menganjurkan Karnival Kemahiran sempena Pertandingan Kemahiran Malaysia yang ke-21. 


Ia berlangsung selama tiga hari bermula 5 Julai ini di Kompleks CIDB Johor, Jalan Tampoi, Johor Bahru dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Ibu bapa juga boleh hadir ke karnival ini bagi mendapat idea dan persepsi awal serta lebih luas berkaitan industri pembinaan dan kepentingan tenaga mahir dalam bidang ini.

AKADEMI BINAAN MALAYSIA 
Mengenai ABM

Akademi Binaan Negara (ABM) adalah sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan CIDB yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguji dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan
MISI ABM
 “MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA BAGI MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA”




“TO DEVELOP HUMAN RESOURCES FOR IMPROVING THE QUALITY AND PRODUCTIVITY OF THE MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY”

 
PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH
Siapa yang layak untuk Program Latihan Kemahiran Belia?

Program latihan kemahiran belia lepasan sekolah terbuka kepada golongan belia yang berusia 16 tahun keatas.
 
Terbuka kepada semua golongan belia warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Bagi program latihan kemahiran ini, pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM) seluruh Negara dan pusat latihan bertauliah CIDB.
PERSIJILAN
Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan.

PROGRAM DI ABM

Terdapat 2 jenis latihan kemahiran di ABM iaitu:
  • Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah
  • Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan

Apakah syarat-syarat bagi mengikuti kursus di Akademi Binaan Malaysia?

Program Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah

Syarat permohonan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan adalah berbeza dan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipohon.  Terdapat 49 jenis bidang kemahiran yang ditawarkan di 6 lokasi ABM di seluruh negara dengan tempohnya 1 bulan hingga 24 bulan mengikut bidang.  Walau bagaimanapun, syarat umum bagi Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah adalah seperti berikut:-
  1. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  2. Warganegara Malaysia; dan
  3. Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
PEMBIAYAAN PENGAJIAN

Pelatih yang diterima untuk menjalani latihan ini di ABM dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.

SENARAI PROGRAM

Maklumat terkini mengenai tred yang ditawarkan sila rujuk Senarai Program Latihan Kemahiran Belia di pejabat CIDB/ABM yang berhampiran.

CARA MEMOHON

Sila dapatkan risalah dan borang permohonan UPLK1 Pin. 1/2006 daripada mana-mana pejabat CIDB atau mana-mana ABM (sila layari  www.cidb.gov.my)

Muat turun borang di sini.

PROGRAM KEDUA:
Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan 

Biasiswa Yayasan Proton

Biasiswa Yayasan Proton
 Biasiswa Proton


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Untuk permohonan biasiswa kepada bakal calon program ijazah, Anugerah Biasiswa Yayasan Proton bagi tahun 2012 telah pun ditutup pada April yang lalu.

Artikel ini dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan. Khususnya bagi pelajar yang sedang merancang membina kecemerlangan dalam pelajaran di peringkat Matrikulasi KPM,  dan Pelajar Tingkatan 6.Khususnya Pelajar Tingkatan 6 di SMK Jengka 2.

Kepada para pelajar, semoga anda lebih bersungguh-sungguh dan bermotivasi meraih kecemerlangan.

LATAR BELAKANG

Yayasan PROTON telah ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Memorandum Persatuan (MOA) - Akta Syarikat 1965 dengan objektif utama adalah untuk menyediakan satu program jangka panjang pembangunan tenaga manusia untuk bekalan bakat untuk memenuhi keperluan masa depan PROTON. 

 Yayasan menerima dan mentadbir dana untuk pendidikan, saintifik dan amal tujuan termasuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan pendidikan semua jenis yang diluluskan di bawah undang-undang Pendidikan Malaysia dan selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Akta Pelajaran, 1961.Anugerah Biasiswa Yayasan Proton ditawarkan di bawah Yayasan Proton. Ia adalah salah satu skim biasiswa terbaik yang disasarkan untuk pelajar cerdas, pelajar yang layak dari keluarga berpendapatan rendah serta kanak-kanak para pekerja PROTON.

 Anugerah ini direka bentuk untuk pelajar yang mengikuti program ijazah yang berkaitan dan diiktiraf daripada universiti awam dan swasta yang terpilih di Malaysia. Program ini telah kisah kejayaan setakat ini dalam membangunkan dan menyediakan bakat, dan mereka akhirnya menjadi aset modal insan yang bangga Kumpulan PROTON. 

 Anugerah biasiswa yang ditawarkan pada setiap tahun dan kami menggalakkan semua rakyat Malaysia yang layak untuk memohon skim ini. Selain biasiswa, pelajar yang mengikuti program ijazah juga mempunyai peluang untuk mengalami tangan mengenai pendedahan teknikal bersama PROTON melalui Program magang.
 
PROGRAM BIASISWA

KATEGORI
ANUGERAH

    1)
Pelajar Cemerlang
   
2) Pelajar dari keluarga yang layak
    3)
Kanak-kanak Pekerja PROTON

Diploma Seni Mushaf Restu College

Permohonan Diploma Seni Mushaf Restu College
Pendaftaran Program Diploma Seni Mushaf 
untuk Sesi 2012-2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, InshaAllah antara prospek kerjaya anda selepas Peperiksaan SPM ialah anda boleh melanjutkan pengajian ke Kolej Restu dalam Bidang Diploma Seni Mushaf. 

Pada post ini dijelaskan juga hala tuju kerjaya anda selepas melanjutkan pengajian dalam Diploma Seni Mushaf di Kolej Restu.

Selain itu, Program Diploma Perbankan Islam turut ditawarkan di Kolej Restu. Kepada lepasan SPM 2011, khususnya calon SPM 2011 di SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2, rebutlah peluang keemasan ini.

Restu College merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kolej ini  didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) [KPT (JPS) 600-03/849(07)]

Hak untuk menubuhkan kolej telah diberikan kepada Restu Holdings Sdn Bhd bagi pihak Restu Foundation.

Kolej Restu terletak di  Shah Alam, Selangor.

BIASISWA KEPADA YANG LAYAK!



5 BIASISWA oleh Restu Yayasan  masih dibuka!! Sila hubungi 03-55119001/2/3 (ext 261) atau e-mel untuk enquiries@restucollege.edu.my untuk pendaftaran.

Kemudahan

Kolej Restu beroperasi di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak di Pusat Bandar Shah Alam serta dilengkapi dengan kemudahan bilik kuliah, studio, auditorium, perpustakaan, makmal komputer, galeri seni, surau, kafeteria dan asrama.

Lokasi premis Kolej Restu terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti pengangkutan awam (Bus Rapid, Seranas), Masjid Negeri Shah Alam, Perpustakaan awam Raja Tun Uda Shah Alam, Muzium Shah Alam, Galeri Seni, Taman Rekreasi, Pasaraya, bank dan lain-lain.

Program Diploma Seni Mushaf

PERMOHONAN KE UiTM LEPASAN SPM AMBILAN DISEMBER

PERMOHONAN KE UiTM AMBILAN DISEMBER
PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA UiTM BAGI LEPASAN SPM / SETARAF 



PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN PENGAMBILAN SESI 2 2012/2103 AKAN DIBUKA BERMULA 2 JULAI 2012 SEHINGGA 26 OGOS 2012

Tawaran Meneruskan Pengajian Program Diploma Sesi Disember 2012 
untuk LEPASAN SPM, SETARAF SEDANG DIBUKA.

Kepada lepasan SPM, Sila rujuk Program Yang Ditawarkan,
Pra Diploma, Diploma dan Asasi Ambilan Semester 2, 2012/2013
Sila gunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas SAHAJA untuk menghantar permohonan atas talian.
Syarat Kelayakan

Syarat Am Universiti Bagi Lepaasan SPM:

Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
Syarat Kelayakan , Klik di sini.

CARA MEMOHON;

 Panduan Sebelum Membuat Permohonan
1.
Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]
Nombor Unik ID atau No. Slip UiTM bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan.
2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
3. Sila kenalpasti Kategori Anda

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .