SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS) AMBILAN JUN 2016
SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS) AMBILAN JUN 2016 mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016
Sila semak di http://www.moe.gov.my/
HADIAH SARJANA TERENGGANU YAYASAN TERENGGANU 2016
SYARAT PENGANUGERAHAN HADIAH SARJANA TERENGGANU YAYASAN TERENGGANU 2016
Adalah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Yayasan Terengganu sebagaimana lazimnya menganugerahkan hadiah kepada pelajar Terengganu lulusan IJAZAH SARJANA MUDA Kepujian KELAS PERTAMA di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang di panggil Hadiah Sarjana Terengganu. Hadiah tersebut di Anugerahkan kepada pelajar yang telah tamat pengajian Tahun 2016.
Syarat-syarat pencalonan bagi Anugerah Sarjana Terengganu Tahun 2016 ialah :-
1. ANAK TERENGGANU
1.1 Ibu/bapa penjaga pelajar lahir di NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, atau
1.2 Ibu/bapa pelajar telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari sepuluh tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. (Sila lampirkan bersama surat bermastautin).
2. Kelulusan Ijazah kepujian Kelas Pertama dengan memperolehi keputusan PNGK sekurang-kurangnya 3.75 dan ke atas. (Pihak Yayasan Terengganu hanya menerima Salinan Transkrip yang Disahkan oleh Pihak Universiti / Pusat Pengajian yang tuan / puan ikuti sahaja)
3. Pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja yang layak dipertimbangkan untuk penganugerahan.
4. Tanpa mengira badan penaja.
Sehubungan itu, tuan/puan boleh mendapatkan borang di sini. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di hantar terus ke Yayasan Terengganu sebelum 1 Disember 2016 sebagaimana alamat berikut:-
YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN,
JALAN SULTAN ISMAI,
20200 KUALA TERENGGANU.
Kempen Tabung Lot Iftar Ramadhan 1427 H Cakna Pelajar Asnaf KMPh 2016
Assalamualaikum
TABUNG LOT IFTAR MAHABBAH RAMADHAN 1437h CAKNA PELAJAR ASNAF KMPh 2016
SUMBANGAN IKHLAS UTK ANAK YATIM/OKU/KURANG BERKEMAMPUAN - PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2016
Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pensyarah dan staf KMPh khususnya dan masyarakat amnya yang prihatin untuk sama-sama membantu menderma.
Kepada alumni KMPh, program ini untuk kolej anak-anak juga, yang dulunya banyak memori telah terkenang dalam minda kita. Jom ajak kawan-kawan lain utk berikan sumbangan juga. Bole je kita beli phone mahal2, apa salahnya kita ikhlaskan hati dengan hanya mewakafkan RM50.
Jom kita berikan sumbangan. Semoga dengan sedikit pemberian yang kita berikan akan mendapat limpahan kasih sayang daripada Allah SWT.
Selain itu, program ini juga memberi pendekatan berkaitan aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah. Di samping itu, pensyarah dan staf juga dapat beramah mesra dengan pelajar-pelajar anak yatim KMPh dan berbuka puasa bersama mereka.
Anggaran pelajar :
300 orang
Kos Berbuka Puasa / Sumbangan:
RM500 x 26 hari Ramadhan = RM 13 000
Bilangan Lot ditawarkan :
260 lot
Nilai 1 lot : RM 50
Objektif Program:
1⃣Menghayati erti kasih sayang & kekeluargaan
2⃣ Mensyukuri nikmat pemberian Allah & bersifat qanaah
3⃣ Mengenali & menghargai golongan yang kurang bernasib baik
4⃣ Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.
5⃣ Memberi ruang & peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan
6⃣ Membuat kebajikan dengan berbuka puasa bersama di samping mengagihkan sumbangan kepada anak2 yatim.
YB Dato/tuan/puan/encik/cik yang berminat untuk menyumbangkan sumbangan lot bagi tujuan tersebut sila hubungi nama-nama di bawah;
UST ISMAIL BIN JUSOH
UST UBAIDILLAH BIN ABDUL LATIF
PN SONITA BINTI SUDIN
PN ASMA’ BINTI AHMAD
Semoga dengan sumbangan2 ini dapat kita memeriahkan lagi Majlis Iftar Mahabbah bersama dengan pelajar-pelajar KMPh yang kurang berkemampuan atau dirinya atau ibubapanya OKU dan juga pelajar anak yatim.
Program ini memerlukan lagi sebanyak 240 lot belum terjual. JOM - segera kita bantu pelajar-pelajar KMPh yang memerlukan bantuan. Jom sama-sama kita merealisasikan program ini supaya berjalan dengan lancar.
*Wakil Alumni KMPh seperti di bawah;
Cik Sakinah 014 277 4785
En @ Cikgu Yusuf Sharif 013 900 5823
En Shamsul 019 929 4922
En Afiq Aizat 011-2541 6627
En Saipul 014 514 1940
Dr Farahana 013 9939 025 (batch 2005/2006)
Cik @ Cikgu Farahana 010 514 0830
Sumbangan melalui bank in:
Surau Kolej Matrikulasi Pahang
BANK ISLAM
06019010057704
Sila emailkan maklumat dan butiran bank in anda untuk program lot iftar mahabbah ramadhan KMPh 2016 ke:
lotiftarkmph2016@gmail.com
Selamat datang ke KPMh Sesi 2016 Buat anak2 didik saya di SMK Lepar Hilir
Selamat datang anak2 didik saya di SMK Lepar Hilir dan program2 di Kuantan ke Kolej Matrikulasi Pahang. Semoga Allah bersamamu. InshaAllah. Ingatlah harapan ayahbonda. Melangkah ke matrikulasi bukan tiket untuk bebas dari ayahbonda.
Sedikit gambar pada 7.15 pagi 5 Jun 2016 di Kolej Matrikulasi Pahang Gambang.
By Puan Ummi Tuesday, May 24, 2016
Biasiswa dan Pinjaman Kemahiran, Biasiswa JPA, Halatuju, Halatuju Selepas PT3, JPA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas SPM, TEVT
Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Untuk TVET
PROGRAM DERMASISWA B40 2016
PENGENALAN
Program Dermasiswa B40 merupakan program
baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program ini merupakan
program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015
daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat
Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti.
Golongan B40 adalah terma yang digunapakai Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di
Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.
Objektif
Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40
mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek
tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang
teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang
mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran
kerja.
PENAJAAN
Penajaan
pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. Sebanyak
1,000 tempat diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program berikut:
i.
Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam
Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi
Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40
yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau
Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma.
PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my
mulai 23 MEI 2016 sehingga 30
MEI 2016. Syarat-syarat permohonan
yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a)
Warganegara
Malaysia,
b)
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak
mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan
sebagainya;
c)
Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada tahun 2015;
d)
Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai
hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
e)
Tidak
menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana
f)
Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu
bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan
g)
Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan
(akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).
h)
Kepujian
dalam Bahasa Melayu dan Sejarah; dan
i)
Sekurang-kurangnya gred B dalam mana- mana
empat subjek lain yang diambil.
Boleh baca artikel berkaitan TEVT di klik di sini.
Permohonan JPA PIDN
Program Ijazah Dalam Negara 2016
PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2016
Assalamualaikum dan selamat petang. Kepada anak-anak lepasan Matrikulasi KPM
khususnya dan Lepasan STPM , diharap entry ini boleh dijadikan rujukan anak-anak.
PENGENALAN
Bidang pengajian yang ditaja
adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan
dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Penajaan pelajar
di bawah Program
ini adalah dalam
bentuk
Pinjaman Boleh Ubah.
PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my
mulai 23 Mei 2016. Permohonan
dibuka kepada pelajar tahun pertama yang
telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian.
SYARAT PERMOHONAN
a)
Warganegara
Malaysia,
b)
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak
mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan
sebagainya;
c)
Memiliki
Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d)
Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai
hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
e)
Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari
mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
f)
Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh
permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
g)
Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan
telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian; dan
h)
Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai
Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat
Ijazah Pertama.
Artikel lain di dalam blog ini:
1) Kerjaya Jurutera, klik di sini.
By Puan Ummi Tuesday, May 24, 2016
ABM video, Halatuju, Halatuju Selepas Matrikulasi KPM, IPTA, kaunseling kerjaya, Panduan Temuduga, RESUME, TIP TEMUDUGA, UKM
Apa Itu Video Resume
Video resume merupakan cara baru yang membolehkan seorang job seeker membentangkan tentang dirinya melalui video untuk kemudian dihantar ke syarikat yang dituju. Dengan cara seperti ini, pemohon atau calon tidak perlu lagi membaca curriculum vitae dan lamaran dari pemohon yang berlembar-lembar. Sehingga dengan video resume kita dapat menjimatkan masa dalam proses pengambilan.
Walaupun video resume tergolong hal yang baru, namun di Amerika Syarikat teknologi ini cukup menjadi ledakan. Hal itu dapat dilihat dari maraknya laman-laman web dalam talian carrer information and job listings yang menyediakan perkhidmatan jasa video resume bagi penggunanya. Salah satu laman web pencari kerja yang cukup diminati adalah Vault.
Pada awal Mac lalu syarikat yang berpangkalan di New York ini mengadakan 2007 Vault Employer Video Resume Survey dengan sample 300 orang anggotanya. Dari hasil survey tersebut, kira-kira 31% daripada responden berpendapat bahawa video resume akan berguna untuk menentukan job applicants.
Masih menurut data yang dikeluarkan Vault, video resume dianggap cukup berkesan untuk melihat penampilan, cara bercakap, cara bersikap, karisma, pengalaman bahkan leadership si calon.
Di era persaingan kerja yang semakin ketat seperti ketika ini, pemohon dituntut untuk lebih kreatif dalam menyampaikan permohonan pekerjaan agar mendapat perhatian daripada pihak majikan. Salah satu yang boleh dilakukan untuk tampil beda adalah membuat video resume atau ringkasan CV sebagai alternatif untuk menyertai CV yang dihantar.
Agar video resume tersebut benar-benar membuat anda berbeza, tentu harus dibuat semenarik mungkin. Sehingga, bakal majikan atau penemuduga (jika anda menghantar video resume kepada pihak universiti) menjadi terkesan dengan kompetensi yang anda miliki.
Kali ini, kami akan menulis tips bagaimana membuat video resume atau ringkasan CV yang mengesankan menggunakan PowerPoint. Kemampuan untuk menyimpan atau mengubah fail persembahan menjadi video dalam PowerPoint akan kita manfaatkan untuk membuat video resume yang mengesankan.
Bagaimana membuat video resume yang mengesankan? Berikut tipsnya.
Pastikan video resume sesuai dengan pekerjaan yang dilamar.
Tidak semua lamaran sesuai untuk menyertakan video resume. Pastikan anda membuat video resume yang sesuai dengan pekerjaan yang dilamar. Misalnya untuk kedudukan pereka grafik, sosial media, marketing, dan pekerjaan yang memerlukan kreativiti, nampaknya video resume akan memberikan nilai lebih.
Jangan sekadar copy paste CV anda.
Video resume bertujuan untuk memberi gambaran ringkas tentang diri dan kemampaun anda. Jika sekadar copy paste dari file word CV, maka sebaiknya tidak perlu membuat video. Tidak semua yang tertulis di CV mesti dimasukkan ke dalam video resume. Pilih titik penting yang menggambarkan siapa anda dan apa saja kepakaran yang anda miliki.
Buatlah yang singkat
Video resume itu ibarat treler filem. Ringkas tapi membuat orang yang menontonnya penasaran dan menimbulkan keinginan untuk menonton filemnya secara menyeluruh. Buatlah video resume anda layaknya treler filem diri anda. Buat calon pemberi kerja terkesan dan penasaran untuk kemudian membaca CV lengkap anda secara mendalam.
Jangan takut menunjukkan kreativiti anda
Pada masa ini, PowerPoint dilengkapi dengan pelbagai alat untuk membuat video resume anda tampil mengesankan. Jangan ragu untuk mengeksplor pelbagai ciri-ciri yang disediakan PowerPoint untuk itu. Yang perlu diingat adalah bijak menggunakan segala ciri-ciri tersebut.
Anda boleh menggunakan pelbagai animasi dalam video resume, tapi pilihlah secara bijak. Jangan sampai animasi yang digunakan justru mengganggu orang memahami isi resume anda. Misalnya, mengunakan animasi teks yang terbang dari mana-mana, dll.
Pastikan video resume anda mudah dan layak di-share
Sekarang ini kan zamannya media sosial. Selain dihantar terus kepada calon pemberi kerja, video resume juga boleh anda bahagikan melalui media sosial. Salah satu yang sangat sesuai adalah Linkedin. Media sosial yang memang khusus memuatkan Bhd, juga dilengkapi fasiltas untuk menambah link video resume.
Nah, anda boleh memuat naik video anda ke Youtube kemudian linknya anda pasang di Linkedin. So, pastikan video resume anda mudah dibagi dalam ertikata failnya tidak terlalu besar. Kemudian layak dibahagikan, maksudnya dibuat dengan baik dan benar. Jangan sampai kemudian video resume yang anda sebar justru membawa kesan buruk.
Satu perkara lagi yang ingin saya ingatkan adalah jika anda menggunakan gambar dan audio, pastikan ia tidak melanggar hak cipta. Gunakan public domain gambar dan audio. Banyak website yang menyediakan gambar dan audio yang boleh digunakan secara bebas, tinggal tanya Google aja.
Anda dapat memperoleh file PPT dari pembahasan di atas untuk keperluan presentasi Anda. Filenya dapat diedit untuk menyesuaikan dengan resume Anda sendiri.
Contoh Resume Ke Universiti
Gambar program Unit Kaunseling Kerjaya KMPh bersama Prof Madya Dr Wan Amizah Wan Mahmid, Ketua Program Komunikasi Media UKM
Assalamualaikum dan selamat malam. Anak-anak apa khabar? Saya mendapat banyak pertanyaan berkaitan resume. Antara
Cara Membuat Resume dan Contoh Resume
Apa itu resume? Resume merupakan ringkasan maklumat peribadi, kelayakan, pengalaman dan rujukan. Setiap pekerjaan menginginkan resume untuk melihat kelayakan anda untuk bekerja. Bagaimanakah cara untuk membuat resume? Diakhir penulisan saya sertakan contoh format resume kepada anda.
Sedikit tip Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan terutama buat anak2
RESUME
1. Pastikan resume yang dihasilkan paling maksimum 2 muka surat jangan lebih.
2. Bentukkan resume mudah dan padat (elok guna konsep minimalis).
3. Gunakan font tulisan yang terang, kemas seperti Arial, Century atau Verdana (please do not use fancy font) .
4. Dalam resume, letakkan objektif kerje (penting). Objektif kerja ini berbeza mengikut bidang. (bagi resume mohon kerja).
5. Mana-mana isi yang tidak berkaitan atau tidak penting seperti tinggi, berat tidak perlulah dinyatakan didalam resume.
6. Update segala maklumat bermula lepas SPM sehingga sekarang. (Kerja jual dadih juga boleh disi dibawah kategori usahawan).
7. Susun dan cetak salinan sijil akademik, kokurikulum, kursus mengikut tahun.
8. Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.
9. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan betul tanpa penyelewengan.
10. Wajib ada satu email formal dan no telefon yang tidak akan ditukar-tukar (walaupun anda clash
11. Pastikan no telefon yang diberikan itu boleh dihubungi 24jam dimana sahaja anda berada.
12. Sekiranya dapat miss call tu, maka segera lah buat panggilan balas. Jangan biarkan pemanggil menunggu/mencari kita (jangan kedekut kredit sangat).
13. cetak resume atas kertas keras >80gsm (looks professional).
INTERVIEW
1. Selidik latar belakang universiti seperti jumlah fakulti dan jabatan.
2. Periksa lokasi tempat interview disesuatu tempat (kalau boleh sehari sebelum cari lokasi tempat interview, jadi esoknya tidak kelam kabut mencari)
3. Sedia sejam sebelum interview. Mungkin nampak skema datang awal tetapi kalau dalam keadaan bersedia ianya akan lebih mudah.
4. Keep calm, be yourself (seriusly jangan nak propa sangat masa interview)
5. Masa bercakap, buat eye contact (it shows that you are confident)
6. Masa masuk beri salam dan masa keluar cakap terima kasih.
The rest is doa, tawakal dan tunggu maklumbalas. Ini yang mampu aku kongsikan selama aku memohon pekerjaan (masih lagi mencari yang terbaik). Kebanyakan tips adalah adaptasi melalui perkongsian di FB dan pencarian di Google.
Kepada lepasan Matrikulasi KPM, STPM, STAM.dan setaraf yang mendapat panggilan temuduga, samada temuduga ke IPTA mahupun MedSI, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak dipanggil temuduga, usahlah berdukacita.
Berdoalah terus kepada Ilahi, dengan gigih dan kesabaran, InsyaAllah masa anda tiba juga.
Apa yang perlu ada dalam resume?
1. Gambar pasport
2. Nama penuh
Cth:
ABDUL KARIM BIN ABDUL RAHIM
3. Alamat tetap, no telefon dan alamat emel
Cth:
No 38, Lorong Pelindung Jaya 38,
Beserah 26100, Kuantan, Pahang
No Telefon: 01X-XXXXXXX
e-mel: xxxxxxxxx@yahoo.com
4. Objektif anda bekerja
Cth:
Untuk menjadikan pekerja yang progresif dan inovatif dalam suasana pekerjaan dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang ada.
5. Maklumat peribadi
Cth:
No IC : _________ Tarikh Lahir : _________
Warganegara : _________ Tempat Lahir : _________
Bangsa : _________ Agama : _________
Status : Bujang/Berkahwin Jantina : _________
6. Latar belakang pendidikan
20XX-20XX Sekolah Menengah ___________(Nama sekolah)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Gred: ______________________
20XX-20XX Universiti _____________ (nama universiti)
Diploma _____________
CGPA: _____________
7. Pengalaman kerja
Cth:
Tahun Nama syarikat - Jawatan
Jun 20XX – Julai 20XX Syarikat XXX – Jurutera
8. Kemahiran @ skil (bahasa)
Cth:
· Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
· Mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Perancis
9. Kemahiran @skil (perisian) atau (bakat)
Cth:
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office.
10. Aktiviti
Cth:
Tahun Jawatan yg disandang, Nama persatuan dan Nama sekolah
2008 Pengerusi, Kelab Kembara Sekolah Menengah _________
11. Anugerah
Cth:
Anugerah Dekan Universiti......... (20XX)
12. Rujukan
Biasanya rujukan ada 2
Cth:
Nama Pensyarah/Bos/Penyelia Nama Pensyarah/Bos/Penyelia
Jawatan Jawatan
Alamat Alamat
Tel. No (Off.): _________ Tel. No (Off.): _________
Tel. No (H/P): _________ Tel. No (H/P): _________
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .