Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Dedah Hidup Kampus

Dedah hidup kampus

Artikel ini diambil dari akhbar harian Metro untuk rujukan pemilik blog.

KEM Remaja Addin Harian Metro/MSU siri 2 yang diadakan di kampus Management & Science University (MSU) memberi peluang kepada pelajar merasai kehidupan warga menara gading.
Malah, inilah matlamat kem remaja ini bagi memberi semangat kepada peserta supaya satu hari nanti mereka juga boleh bergelar mahasiswa.
Perunding Human Touch Consultant, Ustaz Zawawi Yusoh berkata, suasana kampus mampu memberi perangsang kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Ia satu lonjakan supaya satu hari nanti, mereka juga boleh menjadi warga universiti dan bergelar mahasiswa.

"Bukan mudah untuk mendapat peluang merasai suasana kehidupan masyarakat universiti kerana cara hidup di kampus," katanya.

Justeru, beliau meminta peserta kem remaja ini menggunakan sepenuhnya peluang mengikuti program itu untuk menimba ilmu sebagai bekalan apabila menjadi warga kampus nanti.

Sementara itu, Kem Remaja Addin Harian Metro Siri 2 ini terus mendapat sambutan baik ibu bapa yang sedar betapa pentingnya anak-anak diberi pendidikan informal.

Gabungan motivasi, ceramah, permainan dalam kumpulan, aktiviti luar, senaman, muzik dan kaunseling menjadikan kem remaja ini menarik.

Ibu bapa yang berminat menghantar anak mereka mengikuti program Kem Remaja Addin siri 2 boleh membuat pembayaran menggunakan wang pos atau datang sendiri ke Jabatan Kewangan NSTP, Jalan Riong, Bangsar bermula jam 9 pagi hingga 6 petang (hari bekerja).

Pembayaran perlu dibuat segera bagi mengelak sebarang masalah termasuk kehabisan tempat dan memudahkan proses mengemas kini senarai peserta.

Management & Science University (MSU) adalah penaja utama program terbabit. Semua aktiviti Kem Remaja Addin bakal dilaksanakan dalam kampus baru MSU di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Maklumat lanjut, hubungi Urus Setia Kem Remaja Addin Harian Metro di talian 013-9668986 (Fadly Samsudin), 03-20569687 (Rubaini Che 'Abbas) atau 013-3625292 (Roslan Ibrahim).

Related Posts:

  • Halatuju Selepas SPM Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga Halatuju Selepas SPM  Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga Pelajar Kursus Kulinari  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selain bekerjasama dengan kolej-kolej dan institut-institut pengajian yang di iktiraf… Read More
  • KIST mula melangkah jauh KIST mula melangkah jauh Berjaya... Pelajar KIST Bachok bangga dengan pencapaian kolej mereka. BACHOK 22 Ogos - Ia hanya bermula dengan tujuh pelajar, tetapi dalam tempoh tiga tahun, Kolej Islam Sains dan … Read More
  • Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP Kembara Pendidikan Negeri Pahang  IKIP Tarikh : 22- 23 Jun 2012 Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang Tempat: Dewan Lama Majlis Daerah Rompin. Aktiviti Menarik Menanti And… Read More
  • What is RanacoWhat is Ranaco What is RanacoRanaco is one of Maritime Academy is located at Kemaman, Terengganu. Ranaco is another alternative to ALAM for those interested become a seafarer or working in offshore or engineering … Read More
  • Temuduga Diploma Kejururawatan KPTM Januari 2011 Temuduga Terbuka  Diploma Kejururawatan Syarat Kemasukan:  Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat LIMA (5) KEPUJIAN termasuk: i) Bahasa Melayu ii) Matematik Rampaian Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi iv) DUA (… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .