Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

 Peluang pekerja miskin sambung belajar di UiTM



SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka peluang kepada golongan pekerja Melayu dan bumiputera yang berhasrat menyambung pengajian namun kurang berkemampuan untuk mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan luar kampus pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keistimewaan itu adalah di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM yang kini diperluaskan lagi bagi membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

Menurutnya, sebelum ini, program itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada anak-anak miskin golongan Melayu dan bumiputera serta kurang kredit dalam peperiksaan.

“Kita lihat ada di kalangan pekerja yang mahu menyambung pengajian tetapi tiada wang kerana gaji kecil dan disebabkan halangan itu, UiTM menawarkan pengajian PJJ dan luar kampus tanpa mengena yuran pada semester pertama.

“Jika mereka menepati syarat dan mencapai keputusan cemerlang pada setiap semester, UiTM juga akan mempertimbangkan untuk terus memberikan kemudahan ini secara percuma,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pelajar baru UiTM di sini semalam.

Related Posts:

  • Coretan Gagal ke universiti - Bukan bermakna masa hadapan kabur Saya mendapat panggilan telefon daripada Azxxx, seorang gadis Orang Asli aka Orang Asal yang bercita-cita tinggi. Walaupun kini kami tiada apa-apa ikatan lagi (guru-murid). Sementelah telah bertahun waktu kali pertama kami … Read More
  • Biasiswa diteruskanKUALA LUMPUR 6 Julai - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menyambung program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong khusus untuk penuntut cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran (… Read More
  • Gagal Sekali Bukan Selamanya Sebenarnya,saya mendapat beberapa pnggilan telefon dan SMS daripada insan2 yang pernah dikenali. Keputusan SPM dan STPM sudah pun keluar. Permohonan ke IPTA dan IPTS sudah pun terbuka luas. Ada yang berjaya dan ada yang ga… Read More
  • terlepas peluang lanjut pelajaranRemaja terlepas peluang lanjut pelajaranEntry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan bersama Dang Setia .Semoga me… Read More
  • Semakan Ke ILJTMSemakan Ke ILJTM Kepada lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang ada membuat permohonan ke Institusi Latihan JTM, sila buat Semakan Status Kemasukan Ke ILJTM Sesi Julai 2010  Program Peringkat Diploma ILTJM Program P… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .