Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Peperiksaan Punca Tekanan

Peperiksaan punca tekanan?

Artikel Peperiksaan Punca Tekanan Ini Dipetik daripada Akhbar Kosmo Online, Ahad, 27 Jun 2010.



BENTONG – Kerajaan bimbang dengan trend terkini semakin ramai penduduk negara ini termasuk kanak-kanak dan remaja dikesan mengalami penyakit berkaitan psikiatri.

Lebih membimbangkan ialah salah satu punca kepada fenomena tersebut ada kaitan dengan tekanan yang dihadapi golongan tersebut ketika menghadapi peperiksaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persaingan era global serta gaya hidup yang mencabar turut menyebabkan masyarakat di negara ini terdedah kepada masalah tersebut.

Beliau menegaskan, kebimbangan itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan sejak lima tahun lalu yang mendapati 11.2 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah itu.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Malaysia memberi perhatian serius dalam mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja dari segi pengambilan makanan bahkan kesihatan minda.

“Senario bilangan mereka yang menghadapi tekanan berkaitan psikiatri ini mengalami peningkatan dari tahun ke tahun.

“Malah, berdasarkan data sedia ada, sebanyak 20.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dan 15 tahun mengalami masalah serupa.

“Kita bimbang statistik ini akan meningkat,” katanya selepas majlis perasmian Fiesta Jom Sihat di Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan (SMTTAA) di sini semalam.

Related Posts:

  • Berkhatan Kurangkan Risiko AIDS/HIV Berkhatan Kurangkan Risiko AIDS/HIV Bersunat Kempen Kesedaran HIV/AIDS Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus… Read More
  • Gadis Dijangkiti HIV Setelah Perbuatan Sumbang Mahram Bapa TiriGadis Dijangkiti HIV Setelah Di... Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Gadis ini dijangkiti HIV positif seawal usianya 15 tahun setelah diperlakukan perbuatan "Sumbang Mahram' oleh bapa tirinya. Semoga ada sinar kehi… Read More
  • Misi PPdA SMK Jengka Pusat 2VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH. Menjadikan Unit PPDa SK Muhibbahraya sebagai sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk merealisasikan matlamat Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012. MISI PENDID… Read More
  • Akibat Pengambilan Najis dadahAkibat Pengambilan Najis dadah 1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) . 2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya . 3. Risiko jangkitan H… Read More
  • Maaf Blog dan Sesi Kaunseling Tidak Sempat Dijawab Maaf Blog dan Sesi Kaunseling Tidak Sempat Dijawab Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sepanjang Ramadhan dan Awal Syawal lalu, blog ini lama tidak dikemaskini dengan berita pendidikan terbaru.  Saya ucapkan … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .