Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Teknik belajar secara Pembayangan


Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana.
 Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap. Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu.

Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. Soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur.
Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Related Posts:

  • Pelajar Cemerlang Walaupun SusahPelajar Cemerlang Walaupun Susah Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel di bawah adalah sebagaimana yang tersiar di sisipan megabait Utusan Malaysia hari ini. Semoga para pelajar menjadikan kisah kesusahan hidup Ath… Read More
  • Ulang kaji pelajaran lebih dua jam berbaloi Ulang kaji pelajaran lebih dua jam berbaloi Sumber, Utusan malaysia, 24/3/2011. KLANG 23 Mac – Hasrat dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Bandaraya (SMKSB) di sini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakauna… Read More
  • Contoh Nota MindaContoh Nota Minda: Selaut Budi Dalam Ingatan Selaut Budi Dalam Ingatan ini dipetik dari Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2007, mukasurat 23. Artikel ini berkaitan Allahyarham Dr Sh… Read More
  • Belajar Untuk Peperiksaan Belajar Untuk Peperiksaan (i) (Dedikasi untuk mereka yang mengenali diri ini dan khasnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM) Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperoleh keputusan yang … Read More
  • PETA MINDA ITU PENTINGPETA MINDA ITU PENTING  Sumber gambar di atas dari google. PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajara… Read More

1 Comments:

ahmad humairi said...

saya akan selalu merujuk ke sini untuk menambah ilmu....ummu hebat!

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .