ASSALAMUALAIKUM. SALAM UKHUWAH
PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK.
PENGALAMAN adalah teman paling berharga dalam hidup, banyak membentuk peribadi, kehendak dan keinginan, cuma bagaimana aspek itu digunakan atau dieksploitasi pemiliknya yang membezakan keadaan.
Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan kita dari kesedihan, kerana kesedihan adalah musuh amat kuat dan penyakit yang mengerikan. Kesedihan boleh mngeruhkan hati dan mengubah keadaan. namun penyakit tersebut boleh hilang dengan penawar yang sangat mujarab, iaitu doa.
Firman Allah SWT, Surah Al Baqarah, ayat 153, mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat".
Mengambil kata-kata saudara Moeha Aziz, seorang OKU yang tabah:
"Kecacatan, kesakitan merupakan antara nikmat Allah SWT yang paling besar kepada setiap manusia. Kekurangan di dalam hidup menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT. Ini adalah kerana kasih sayang Allah sebenar terlalu dekat kepada orang yang teruji yakni orang yang sakit. Nabi Allah Ayub ‘Alaihissalam merupakan seorang nabi yang teruji dengan kesakitan serta kecacatan.Baginda merupakan seorang hartawan yang juga dikurniakan keluarga yang bahagia. Namun pabila tiba ujian Allah, segalanya hilang dengan sekelip mata. Atas kesabaran dan iman baginda yang utuh akhirnya Allah kembalikan segalanya dengan sekelip mata juga. MashaAllah."
Laman ini asalnya untuk mencari bahan atau artikel tentang asal usul sebuah tempat, yang selama ini saya cuma dengar melalui cerita sejarah lisan orang-orang tua. (sejarah).
Selama 2 tahun, laman ini terbengkalai.Namun Alhamdulillah di atas kesempatan, nikmat dan rezeki, jua umur yang ada, alhamdulillah laman ini dapat ditambah untuk manfaat bersama.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Pengalaman adalah guru terbaik
Related Posts:
Cerpen Kasih Munira Nina Cerpen Kasih Munira Nina "Tahniah, Nina. Nina dapat 8A dalam Percubaan PMR," "Alhamdulillah, terima ksih cikgu. Ini pun atas berkat bimbingan cikgu,juga," "Cikgu, kenapa cikgu tak terima ayah saya sebagai friend? Kan … Read More
Masalah Yang Bertimbun Manusia Bertanya dan Jawapan Al quran Masalah Yang Bertimbun Manusia Bertanya dan Jawapan Al quran Sesungguhnya Al Quran Penawar... Assalamualaikum.. salam jumaat,pagi yang cerah...Saya salin kembali.madah yang saya publish di beberapa blog saya selama ini. K… Read More
Bina Bahagia Jangan Benci Lelaki Bina Bahagia Jangan Benci Lelaki Artikel ini telah dipublish di blog saya di http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/ kemudian dimuatnaik di blog cikgukaunseling setelah blog myraudhatukukhuwah saya 'berkubur'. S… Read More
GAMBAR JEREBU DI KUANTAN JUN 2013 GAMBAR JEREBU DI KUANTAN JUN 2013 dan Program Ziarah Ke Rumah Pelajar Yang Baru Kematian Ibu Al fatihah .. Pejabat Felda Lepar Hilir 2, Gambang, Kuantan, Pahang. Alhamdulillah s… Read More
Dunia Wanita Menopaus Bukan Penyakit Dunia Wanita Menopaus Bukan Penyakit Assalamu'alaikum w.b.t & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini. Menopaus atau istilah mudahnya, putus haid, Bukan Penyakit. namun ia adalah… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment