Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

TAWARAN MUNSYI DEWAN IV

MUNSYI DEWAN 


PENGENALAN

Munsyi Dewan ialah penceramah bahasa Melayu yang dilantik khas dan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengendalikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.  Program ini bermula pada tahun 1995.  Tujuan pembinaan Munysi Dewan adalah untuk mewujudkan pakar rujuk bahasa Melayu untuk membantu DBP dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.

PERANAN
  • Menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah, pengguna bahasa lain di daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan;
  • Menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu;
  • Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
  • Membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti bahasa.
KEISTIMEWAAN


Munsyi Dewan akan menikmati keistimewaan seperti yang berikut :
  • Bayaran kepakaran;
  • Elaun perkilometeran;
  • Elaun makan minum;
  • Tambang kapal terbang atau yang setara dengannya.
  • Pertimbangan untuk menghadiri mana-mana majlis bahasa anjuran DBP secara percuma atau mengikut bayaran seperti staf DBP; dan
  • Kemudahan membeli buku dengan potongan harga sebanyak 20% di Kedai Buku DBP, Cawangan dan Wilayah.


TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA
  • Menyampaikan maklumat bahasa Melayu seperti yang telah diputuskan oleh DBP.
  • Membantu DBP memberikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu.
  • Sentiasa menjaga nama baik DBP kerana Munsyi Dewan ditauliahkan oleh DBP.
  • Pertimbangan untuk menghadiri mana-mana majlis bahasa anjuran DBP secara percuma atau mengikut bayaran seperti staf DBP; dan
  • Kemudahan membeli buku dengan potongan harga sebanyak 20% di Kedai Buku DBP, Cawangan dan Wilayah.


PELAWAAN KUMPULAN MUNSYI DEWAN FASA VI (TERKINI)
Dewan Bahasa dan Pustaka akan membina kumpulan Munsyi Dewan Fasa VI dalam usaha memperkasakan  bahasa kebangsaan. Tawaran terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia  yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepakaran dan kemahiran  dalam bidang-bidang berikut :

-          Tatabahasa Bahasa Melayu
-          Penulisan dokumen rasmi
-          
Surat/Memo/Minit Mesyuarat/Laporan/Kertas Projek
-          Penulisan teks ucapan
-          Penterjemahan
-          Pengendalian mesyuarat
-          Pengacara majlis 



Borang  permohonan  yang  telah  lengkap  diisi, hendaklah  dihantar    ke alamat berikut :
Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Tingkat 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR. 

Nombor telefon :   03 - 21482486
Nombor faks       :   03 - 21414109

Tarikh tutup permohonan pada 5 November 2010.
Borang permohonan yang lewat diterima oleh pihak urus setia, tidak akan dipertimbangkan.

Related Posts:

  • Adab temuduga Adab Temuduga Kerja Sumber gambar (klik sini) Kepada para pelajar yang bakal tamat persekolahan dan mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian, tentulah anda terfikir untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan k… Read More
  • Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera, Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysi… Read More
  • Biasiswa Yang di Pertuan Agong !-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Cambria Math"; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-fo… Read More
  • Temuduga Diploma Kejururawatan KPTM Januari 2011 Temuduga Terbuka  Diploma Kejururawatan Syarat Kemasukan:  Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat LIMA (5) KEPUJIAN termasuk: i) Bahasa Melayu ii) Matematik Rampaian Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi iv) DUA (… Read More
  • Permohonan Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera, Saya ada mendapat beberapa pertanyaan samada melalui  email dan hand phone daripada bekas pelajar yang ber… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .