Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Seandainya Jatuh Cinta

Seandainya jatuh cinta...

 Untuk anak-anak remaja yang sedang dilamun cinta, atau baru jatuh cinta, atau sedang mencari-cari cinta,

  Berhati-hatilah dengan panahan asmara yang lahir dari virus cinta.

  Untuk anak gadis, peliharalah kehormatan dirimu, walau kamu berada.
  Samada ibu ayahmu nampak kelibat kamu, atau tidak,
  Samada gurumu sedang berada di hadapanmu, atau tidak
  Samada ketika kamu berseorangan , berduaan bahkan di keramaian.
  Tolonglah sayang...
  Tolonglah sayang...
  Pelihara malumu, pelihara dirimu
  ...dan jangan sesekali hampiri zina.

 Untuk sang teruna harapan bangsa
 Ketika hatimu mulai diketuk panahan mabuk asmara
 Ketika taufan kerinduan mengganas di tangkai hatimu
 Ketika lenamu tidak nyenyak,
 Mandimu tak basah,
 ...ketika cinta sudah berbalas
 ...usah sekali kau lupakan Tuhan
....usah sekali hampiri zina
 ...usah sekali kau biarkan bunga layu di jambangan
 ...setelah kau hisap madunya, sepah dibuang
.....usah sekali berlaku demikian
 Kerna Tuhan Yang Maha Esa
 Sentiasa melihat perbuatanmu.

Untuk anak-anak remaja,
Jika hatimu sudah mula diketuk insan lain,
Berhati-hatilah meniti arus kehidupan
Remaja hanya sekali
Usah dicemari

 Berdoalah dan terus berdoa. Agar hatimu teguh dengan pendirian.
bahawa kamu masih punya tanggaungjawab untuk dilakukan. iaitu belajar dan menuntut ilmu.
 
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…

Related Posts:

  • Usah Kecewa, Cinta Tak berbalas  Buat Insan yang Sedang Kecewa Cinta Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan… Read More
  • Kamu Menyintainya Dalam Diam Kamu Menyintainya Dalam Diam   Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui.. Saat sececah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.. Izinkanlah hat… Read More
  • Keliru Memilih Cinta Antara 2 Gadis Keliru Memilih Cinta Antara 2 Gadis Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel  ini saya petik daripada Ruangan Bersama Dang Setia Metro Ahad. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan … Read More
  • Selepas perut membesar, teman lelaki terus menghilang Selepas perut membesar, teman lelaki terus menghilang   Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan … Read More
  • Saya Orang Lelaki ke-13 Dalam Hidupnya Saya orang ke-13   SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun nega… Read More

3 Comments:

ckLah @xiiinam said...

Sungguh haih...

Antara cabaran ckLah mengajar di sekolah perempuan. Semuanya jadi alpa kalau sudah disinggahi virus cinta. Dan yang biasanya tersungkur, anak-anak Melayu kita...

Afida Anuar said...

Thanks Kak Ma..sudi berkongsi ni,indah sekali bait2 kata. seolah luruh hati membaca.

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Ma

terlalu baik untuk tatapan anak2 muda kita

Wassalam

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .