Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Gambar Sebelum Kejadian Tanah Runtuh

Gambar Sebelum Kejadian Tanah Runtuh
 

Gambar sebelum kejadian tanah runtuh berlaku...Sumber; klik sini.

Al Fatihah untuk semua mangsa yang telah meningal dunia dan yang terselamat.


Salam takziah kepada keluarga mangsa dan mereka-mereka

(Pengurus, pentadbiran, guru-gurunya, wardennya, ibu-ayah angkatnya dan sukarelawan Rumah kebajikan ini. Semoga Allah merahmati jasa kalian.)


‘Aiman sayang mok’


HULU LANGAT 23 Mei – “Aiman sayang mok.” Ungkapan itu tidak mungkin dilupakan Hasnah Ismail, 56, setelah ia dilafazkan cucunya, Mohd. Aiman Abdullah, 10, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di sini sewaktu kali terakhir mereka bertemu Mac lalu.

Dalam deraian air mata, dia memberitahu, pertemuan itu berlaku ketika dijemput hadir ke rumah kebajikan tersebut bagi meraikan satu majlis yang diadakan di situ.

“Pada majlis itu, Aiman asyik bertanya saya mahu makan dan minum apa. Dibawakannya saya makanan dan minuman lalu disuap dengan penuh manja.

“Apabila saya melihatnya murung, saya bertanya sama ada dia mahu pulang ke rumah di Pantai Dalam. Katanya mahu kerana rindu lalu saya kata akan bawanya pulang pada Aidilfitri nanti. Sayangnya semua itu tidak berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasnah yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan bergerak menggunakan kerusi roda memberitahu cukup rapat dengan Aiman kerana dibawa ibunya, Siti Noor Zaleha Shapii, 36, tinggal bersama sejak dilahirkan.

“Sewaktu mula-mula mahu dihantar ke sini, Aiman amat seronok. Ketika itu dia tanya pada saya kenapa waktu lambat berlalu? Tetapi kini semuanya tinggal kenangan,” katanya.

Hasnah juga memberitahu mengenai kad yang dibuat khas oleh cucunya itu yang antara lain berbunyi, ‘‘Saya sayang nenek. Saya cinta nenek. Saya doakan nenek dan atuk sihat. Nenek, doakan supaya saya pandai, berjaya dunia dan akhirat.”

“Sungguh saya tidak sangka kunjungan saya ke Hulu Langat untuk melawatnya pada 20 Mac lalu merupakan kali terakhir saya dapat berjumpa dengannya,’’ ujar beliau.

“Cucu saya dulu agak nakal tapi sejak dia belajar di sana, Mohd. Aiman sudah banyak berubah. Dia kelihatan gembira dan memberitahu saya bahawa dia sudah pandai sembahyang dan membaca al-Quran,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohd. Aiman, Siti Noor Zaleha, 26, berkata, dia yang tinggal dan bekerja di Kuantan bergegas pulang apabila mendengar berita itu.
Siti Noor Zaleha, 26, menunjukkan gambar Mohd. Aiman dan rakan-rakannya di Madrasah At Taqwa, Hulu Langat, selangor.

“Ketika mayat Mohd. Aiman ditemui, keadaannya memang menyayat hati kerana hidung sudah leper akibat tertimbus tanah dan matanya lebam,” jelasnya.

Related Posts:

  • Gambar Sebelum Kejadian Tanah Runtuh Gambar Sebelum Kejadian Tanah Runtuh   Gambar sebelum kejadian tanah runtuh berlaku...Sumber; klik sini. Al Fatihah untuk semua mangsa yang telah meningal dunia dan yang terselamat. Salam takziah kepada keluarg… Read More
  • Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1) Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)         &nb… Read More
  • Senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh Senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Senarai nama ber… Read More
  • Merangkak ke Kelas; Daripada OKU untuk OKU Daripada OKU untuk OKU;  Merangkak ke kelas Memetik kata-kata ibu kepada pelajar OKU ini, “Saya bukan mahu layanan kelas pertama tetapi mereka sepatutnya prihatin serta berperikemanusiaan dan janganlah meminggirkan ka… Read More
  • Kelab TaHaKelab TaHa Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak  ini. Bila disebut Tabung Haji, apakah yang terbayang di minda anda? Sebenarnya bermula d… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .