Lulusan Bioteknologi Kini Laku Di Pasaran
SOALAN
Saya berminat dalam bidang bioteknologi. Apakah karier yang boleh saya ceburi nanti jika mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan.
JAWAPAN
Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan di universiti dan pengurusan kerajaan.
Dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional, pertubuhan antarabangsa, pengurusan hartanah intelektual dan menubuhkan syarikat sendiri.
Pasaran kerja untuk graduan bioteknologi kini amat luas malah ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk menghabiskan pengajian mereka.
Menurut satu laporan dari St. Louis Post-Dispatch pada 1 Januari tahun ini, enam tahun lalu, majikan-majikan tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan dari kursus juruteknik makmal bioteknologi.
Tetapi kini mereka sendiri sibuk menghubungi pelajar berkenaan dan memerlukan beratus-ratus orang dalam bidang tersebut.
Pasaran global yang berasaskan bioteknologi juga berkembang luas. Pada tahun 2000 barangan berkenaan di pasaran dunia bernilai RM221.16 billion dengan 27 peratus dari bidang kuasa, makanan (20 peratus), kimia (17 peratus), perkhidmatan kesihatan (15 peratus), pertanian (14 peratus) dan besi (7 peratus).
Bioteknologi membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan sokongan.
READMORE..
Antaranya ialah instrumentasi iaitu pembangunan peralatan baru, reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan protein.
Sementara dalam pembangunan produk pula ia menghasilkan terapeutik manusia dan vaksin seperti vaksin Hepatitis B.
Ia menghasilkan benih baru untuk pertanian seperti kacang soya, produk-produk teknologi tinggi dan bawahan seperti klon kultur tisu pisang dan lain-lain.
Manakala disiplin daripada bidang bioteknologi ialah molekular biologi iaitu keupayaan memanipulasi kod genetik.
Selain itu ialah kimia protein iaitu memahami tugas-tugas protein dan penapaian iaitu menggunakan sel untuk menghasilkan produk pengkomersialan.
Antara yang paling menonjol dalam bidang bioteknologi sekarang ialah penjujukan genom dan beras.
Beras mempunyai genom paling kecil dalam pertanian bijirin dunia.
Pemahaman lokasi dan struktur satu gen dalam genom beras boleh membantu kita mencari gen yang sama dalam hasil pertanian yang lain.
Sumber; klik sini.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
Halatuju
,
kaunseling kerjaya
,
kerjaya
,
Kerjaya Aliran Sains
,
Minat Kerjaya
,
selepas PMR
,
selepas SPM
,
selepas STPM
» Kerjaya Bagi Lulusan Bioteknologi
Kerjaya Bagi Lulusan Bioteknologi
Related Posts:
PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL PENERAJU BUKA RUANG UNTUK BAKAT BESAR TAPI TERCICIR KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Ketika ini puluhan ribu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Ma… Read More
Informasi Program 1Belia 1Kemahiran Lepasan PMR Boleh Memohon Informasi Program 1Belia 1Kemahiran Lepasan PMR Boleh Memohon Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar lepasan PMR, yang memperolehi pencapaian sederhana, dan tidak berminat meneruskan pengajian… Read More
Ceramah ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP Pahang Selepas PMRCeramah ke Kolej Vokasional Kuantan dan Kolej IKIP Pahang Selepas PMR Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 11 Oktober 2013, Hari Jumaat telah diadakan Program Taklimat Kemasukan ke Kolej Vokasional Kuantan dan Ko… Read More
Permohonan Ke NATC ATPIS Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan Januari 2014Permohonan Ke NATC ATPIS Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan Januari 2014 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para lepasan SPM 2012, lepasan PMR, Calon SPM 2013 yang ada kelulusan PMR Dan lepasan SKM yang h… Read More
Kolej Vokasional ERT SetapakKolej Vokasional ERT Setapak Kolej Vokasional SMV-ERT Setapak Kolej Vokasional ERT Setapak Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 KL 1) Telefon: 03-4149 5578 2) Faks: 03-4149 4899 3) Email: whe0001@gmail.… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment