SAYA trauma dengan sikap ayah yang panas baran. Trauma itu berlanjutan sehingga kini walaupun saya mencecah umur 25 tahun.
Ini menyebabkan masalah komunikasi antara kami. Saya hanya menjawab sepatah kalau ditanya. Perbualan saya dengan bapa tidak pernah lebih daripada itu.
Ini mungkin disebabkan saya menyimpan dendam yang amat sangat padanya. Bolehkah saya menyaman orang tua saya atas trauma yang dialami dan kegagalan menjadi bapa berguna?
MUHD IMAN
Masalah adik Iman ibarat luka di jari boleh diubati tetapi luka di hati, parut sampai mati. Dang Setia lihat kegagalan bapa adik mengawal sikap panas baran menyebabkan adik terluka sehingga kini.
Luka adik pendam tanpa merawatinya sudah pun menjadi nanah. Buktinya adik menyimpan emosi dendam lalu menyebabkan adik terfikir untuk menyamannya kerana trauma.
Secara rasionalnya, menyaman bagi menyelesaikan isu itu bukan pilihan terbaik kerana Dang Setia bimbang kelak adik lebih terluka.
Adalah lebih baik pendekatan harmoni diambil. Mulai dengan meluahkan segala yang terpendam menerusi perbincangan dari hati ke hati.
Usahakan untuk menjernihkan hubungan berbanding menambah kekeruhan. Hubungan kekeluargaan ibarat air mengalir yang tidak akan putus meskipun berkali-kali adik cuba putuskan.
Meskipun ia sukar, memaafkan adalah penawar terbaik kepada rasa dendam dan trauma adik. Ini kerana maaf adalah ‘reversible effect’ (kesan berlawanan) kepada dua penyakit adik. Ia mendatangkan kekuatan berlawanan kepada trauma dan menghadirkan kecintaan bertentangan dengan dendam.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang kuat bukan yang banyak mengalahkan orang dengan kekuatannya. Orang yang kuat hanyalah yang mampu menahan dirinya di saat marah (sifat maaf).” (HR Al-Bukhari)
Mendatangkan kecintaan apabila dimulai dengan kemaafan. Buktinya, Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia. Dan sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan besar.” (al-Fushshilat: 34-35)
Dang Setia berharap adik akan menjadikan nasihat ini permulaan kepada usaha membina realiti hubungan bapa dan anak yang adik harapkan.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Trauma Ayah Panas Baran
Related Posts:
Penting; Calon SPM, STPM,STAM 2010 Penting; Calon SPM, STPM,STAM 2010 Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2011… Read More
Bakul Istimewa Bakul Istimewa; Kraftangan Ibu Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muha… Read More
Bekas pelajar yang pernah dirotan...Bekas pelajar yang pernah dirotan. ..Sentuhan Rasa... Sumber gambar kartun ini, klik sini. Saya tertarik dengan diskusi di antara DJ radio Ikim.fm bersama pendengarnya pada pagi 15 April 2010. Saya tidak mengikut… Read More
Taknak Ponteng Lagi Taknak Ponteng Lagi; Pelajar takut kembali ponteng Entry ini myraudhatulukhuwah petik dari MyMetro, Bimbingan bersama Dr Sapora Sipon, sumber, klik sini. Entry ini, berkaitan About This Blog, klik sini. Jom kita ikuti p… Read More
Merangkak ke Kelas; Daripada OKU untuk OKU Daripada OKU untuk OKU; Merangkak ke kelas Memetik kata-kata ibu kepada pelajar OKU ini, “Saya bukan mahu layanan kelas pertama tetapi mereka sepatutnya prihatin serta berperikemanusiaan dan janganlah meminggirkan ka… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment