Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Hari Guru Daerah Maran 2012 Kerjaya guru terus dimartabat

Hari Guru Daerah Maran 2012, Kerjaya guru terus dimartabat


Ismail Abdul Muttalib diiringi Baharum Samat (dua dari kiri) bersalaman dengan para guru pada majlis perasmian Hari Guru Daerah Maran di SMK Jengka 2, Maran, Pahang, kelmarin.

MARAN 20 Mei - Profesion perguruan akan terus dimartabat menerusi pelbagai bentuk insentif dan proses penambahbaikan perkhidmatan pendidikan sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan guru.

Setiausaha Kelab Penyokong Wakil Rakyat Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, usaha memartabat profesion perguruan adalah proses berterusan yang menjadi agenda utama kerajaan sejajar dengan peranan guru sebagai penjana utama transformasi negara.

''Ini membuktikan kerajaan sangat menghargai keringat guru yang menabur bakti tanpa rasa jemu bagi melahirkan generasi baru yang berpendidikan, rasional dan bersyukur.

''Dedikasi seseorang guru sangat dituntut supaya semua proses transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan dengan cemerlang. Ini akan dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara pada masa depan yang gemilang," katanya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru 2012 peringkat Daerah Maran yang turut dihadiri Pegawai Pelajaran Daerah, Baharum Samat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 di sini semalam.


Beliau menegaskan, bidang pendidikan sememangnya diletakkan pada kedudukan istimewa dalam pentadbiran negara menerusi penyediaan peruntukan yang besar dalam bajet tahunan kerajaan.

Justeru ujarnya, sistem pendidikan negara adalah yang terbaik di Asia seperti dalam aspek prasarana, kebajikan guru, kemudahan pendidikan dan sebagainya.

Tegasnya, kejayaan dan kecemerlangan pendidikan negara tercapai hasil komitmen tinggi para pendidik yang fokus terhadap aspek pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah.

Beliau turut mengingatkan para guru menjadi model yang boleh dicontohi bukannya terikut dengan amalan segelintir daripada mereka yang menentang arus walaupun pelbagai nikmat telah diperoleh.

''Di samping itu, peranan ibu bapa sangat dituntut kerana pengaruh mereka juga penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak," katanya.

Tambah Ismail, ibu bapa perlu menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat seperti memberi sumbangan secara langsung kepada sekolah.

Ujar beliau, sumbangan itu boleh disalurkan melalui pelbagai kegiatan sukarela yang natijahnya dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. (Utusan Malaysia)

Related Posts:

  • Contoh cara mengira TOV Mentor Mentee Contoh cara mengira TOV Mentor Mentee Lima (5) subjek2 SPM utk pengiraan TOV adalah brbeza2 brgantung kpd BIDANG prg yg diikuti spt berikut ... :  ENGINEERING (English, Mod Math, Add Math, Chem, Physics) ACCO… Read More
  • Memori Indah di TJ Memori Indah di TJ TJ Terima kasih atas memori indah kerjasama dan bantu membantu TJ walaupun seketika ada yang tak pernah bersua banyak cerita yang belum sempat di manuskrip Namun nilai persahabatan nilai kejiranan amat … Read More
  • KURSUS LADAP JANUARI 2013 DI SMK GAMBANG KURSUS LADAP JANUARI 2013 DI SMK GAMBANG Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah pada Sabtu, 26.1.2013, ramai guru dan staf sokongan SMK Lepar Hilir telah ahdir ke Kursus Ladap di SMK Gambang.   … Read More
  • Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugasGuru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas TEMERLOH 24 Jan. - Seorang guru masih mampu meneruskan tugasnya mendidik anak bangsa walaupun menghidap penyakit berkaitan saraf iaitu Prolapse Intervertebral… Read More
  • Penubuhan IPTS baru status universiti dibekukan Penubuhan IPTS baru status universiti dibekukan Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pembekuan ke atas penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) baru berstatus universiti. Moratorium yang turut m… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .