Jelajah Kolej Vokasional 1 Malaysia dilancar
Pelajar aliran Kolej Vokasional akan mengikuti kursus selama lapan
semester (empat tahun), meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus
akademik serta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Empat
setaraf diploma daripada Kementerian Sumber Manusia.
Jelajah Kolej Vokasional 1 Malaysia dilancar
KUALA TERENGGANU - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini giat mempromosi Program
Jelajah Kolej Vokasional 1Malaysia kepada umum bagi kemasukan pelajar
sesi pertama bermula tahun depan.
Urusetia program jelajah tersebut, Mohd Yunus Yusof berkata usaha itu
diharap mampu membuka dan mengikis tanggapan segelintir minda rakyat
yang menganggap aliran vokasional sebagai pendidikan kelas kedua.
"Program jelajah bermula semalam melibatkan sebanyak 21 buah sekolah
dari seluruh Semenanjung dengan penyertaan 164 peserta dari kalangan
guru, staf dan pelajar dari sekolah aliran tersebut di seluruh negara.
"Buat masa ini, ia melibatkan laluan negeri Johor, Pahang, Terengganu,
Perak dan Negeri Sembilan dimana kita memberi tumpuan dan penekanan
kepada daerah pedalaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama rombongan konvoi di sini hari ini.
Rombongan tersebut kemudiannya mengedarkan risalah kepada masyarakat
awam di sekitar Perpustakaan Awam Terengganu, Pusat Dagangan Terengganu,
Pasaraya Giant dan Pasaraya Mydin sebelum bertolak ke destinasi
seterusnya ke Tanah Merah, Kelantan pada hari yang sama.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju semua sekolah aliran vokasional di
negara ini dinaiktaraf kepada kolej vokasional menjelang tahun 2013 bagi
memastikan bekalan tenaga kerja teknikal berkemahiran tinggi di negara
ini mencukupi.
"Kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif agar mencapai
standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja selain pengenalan
beberapa kursus baru antaranya kursus penerbangan bagi menarik minat
pelajar," katanya.
Pelajar aliran Kolej Vokasional akan mengikuti kursus selama lapan
semester (empat tahun), meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus
akademik serta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Empat
setaraf diploma daripada Kementerian Sumber Manusia.
Pada masa ini, terdapat 78 sekolah vokasional seluruh negara akan dinaik taraf secara berperingkat.- Bernama
SUMBER; SINAR HARIAN
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
Halatuju
,
Institusi Kemahiran
,
kaunseling kerjaya
,
kerjaya
,
Kerjaya Kemahiran dan Teknikal
,
selepas PMR
,
Vokasional
» Jelajah Kolej Vokasional 1 Malaysia dilancar
Jelajah Kolej Vokasional 1 Malaysia dilancar
Related Posts:
Adab temuduga Adab Temuduga Kerja Sumber gambar (klik sini) Kepada para pelajar yang bakal tamat persekolahan dan mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian, tentulah anda terfikir untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan k… Read More
Biasiswa Yang di Pertuan Agong !-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Cambria Math"; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-fo… Read More
Terima Kasih Jururawat Malaysia Terima Kasih Jururawat Malaysia Selamat Hari Jururawat (Selasa,12 Mei 2009). Begitu juga buat para doktor yang bertungkus-lumus sampai takde masa nak rehat dan nak makan sebab nak utamakan keselamatan pesakit. Hari dok… Read More
Jawatan kosong Sime Darby Holdings Berhad May 2013 Jawatan kosong Sime Darby Holdings Berhad May 2013 &… Read More
Temuduga Diploma Kejururawatan KPTM Januari 2011 Temuduga Terbuka Diploma Kejururawatan Syarat Kemasukan: Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat LIMA (5) KEPUJIAN termasuk: i) Bahasa Melayu ii) Matematik Rampaian Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi iv) DUA (… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment