Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Fenomena Gerhana Matahari Anulus 2012

Fenomena Gerhana Matahari Anulus 2012

Gambar Atas:
FENOMENA gerhana matahari cincin (Anulus) yang julung kalinya berlaku jelas kelihatan di Yokohama, Tokyo, pagi ini. Jepun adalah antara negara yang dapat melihat fenomena itu secara penuh atau dipanggil fasa Anulus. Gambar bawah, orang ramai menyaksikan gerhana anulus matahari di taman tepi laut di Yokohama, berhampiran Tokyo. - Foto AP



Gerhana matahari pada Isnin lalu, 21 Mei 2012, tergolong peristiwa jarang ditemui.  Ketika tompok bulan keluar dari matahari, keadaan ini akan menghasilkan "cincin api" di langit. Menurut Space.com, bulan menutup sekitar 94 peratus bahagian matahari sehingga memberikan pemandangan jarang ditemui.

Lingkaran cincin saat puncak gerhana matahari terlihat selebar 3 peratus dari diameter matahari. Cahaya ini cukup untuk menenggelamkan keindahan Korona matahari dan kromosfer matahari merah rubi. Gumpalan gas hidrogen terlihat melompat dari matahari.


Info lanjut gerhana matahari, klik di http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/05/gerhana-matahari-cincin-annulus-20-mei.html

Kita boleh melihat beberapa variasi gerhana matahari annular atau cincin. "Cincin api" ini boleh dilihat berbeza bergantung keadaan. Jarak bumi ke matahari dan bulan ke bumi mempengaruhi keadaan ini.

Bumi berputar mengelilingi matahari dalam lingkaran sempurna dengan jarak 149,5 juta km. Bulan berputar mengelilingi bumi dalam lingkaran sempurna yang sama dalam lingkungan 384.320km. Gerhana matahari total tidak mungkin terjadi kerana bulan terlalu kecil terlihat dari bumi untuk bisa menutupi matahari secara penuh.

Bulan tampak 9 peratus lebih kecil daripada matahari. Keadaan ini menyebabkan keadaan cincin tebal hampir 5 peratus dari dia lebar matahari dan menyebabkan fasa cincin yang berlangsung sekitar 12 minit.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .