Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM
Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Anak-anak didik saya ada bertanya kerjaya bidang jahitan. KhusuS buat pelajar Calon PMR 2013 dan Calon SPM 2013, semoga entry ini membantu anak-anak membuat penilaian yang tepat berkaitan minat kerjaya anda.
Kerjaya Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan,
pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan
pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti. Salah
satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu
adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut
perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis
fesyen direka bentuk dan dicipta.
Saya tahu, ramai rakan di luar sana yang boleh menyatakan beberapa lagi jenis kerjaya berkaitan bidang jahitan. Semoga dengan post saya kali ini, para graduan yang baru keluar dari mana-mana institut latihan kemahiran boleh memilih arah tuju kerjaya mereka. Ingin saya rumuskan di sini tentang beberapa jenis kerjaya dalam bidang jahitan:
- Jurujahit
- Jurupotong
- Pengurus syarikat
- Tenaga pengajar
- Pembekal
- Pereka Fesyen
- Pensyarah
- Pengilustrasi fesyen
- Penyelaras warna
- Pelukis grafik atau batik
- Penyelia Jurupakaian Gred N17 Di Sektor Kerajaan
- Menceburi bidang keusahawanan fesyen dan pakaian
- Sektor Awam (RM) :
- Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++
- Sijil Kemahiran Malaysia
- Diploma Kemahiran Malaysia
- Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf
Contoh Institusi
- Kolej Komuniti.
- Kolej Komuniti Selayang, klik di sini
- Lain-lain institusi pengajian tinggi/ latihan kemahiran awam/swasta berkaitan
- Universiti Teknologi MARA
- Kolej Kemahiran Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- IKIP SkilLs Pahang
- IKBN
- KKTM
Senarai Tugas
- Menentukan objektif rekaan dengan merujuk pelanggan, menjalankan penyelidikan dan menganalisis keperluan pelanggan;
- Mencipta dan melaksanakan kesan artistik untuk pengiklanan dan dalam paparan atau promosi lain.
- Merekabentuk produk industri dan komersial termasuk jenis, gaya pakaian dan aksesori terkini serta mempertimbangkan keperluan teknikal dan keperluan lain;
- Menyelia penghasilan sampel produk atau ilustrasi rekaan,mengarahkan pekerja lain membuat model,corak produk, mengarahkan artis membentang atau menyusun atur kerja seni untuk percetakan;
- Merekabentuk dan mewarnakan pemandangan latar pentas;
KEMAHIRAN YANG PERLU ADA
Syarat Kelayakkan:
Kerjaya di sektor kerajaan:
KERJAYA Penyelia Jurupakaian Gred N17 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
Gaji minimum RM927.03
Gaji maksimum RM3,089.68
Syarat Lantikan:
- Penilaian Menengah
Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada
peringkat peperiksaan tersebut, mempunyai pengalaman dan kebolehan yang
terkemuka mutunya dalam bidang berkaitan yang ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada
peringkat peperiksaan tersebut, mempunyai pengalaman dalam bidang
berkaitan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada
peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia
Tahap 2 dalam bidang jahitan dan pembuatan pakaian atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM983.43 ] atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada
peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia
Tahap 3 dalam bidang jahitan dan pembuatan pakaian atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM1,039.83 ]
Bertanggungjawab menyediakan semua urusan pakaian keperluan rancangan TV, penjadualan tugas kakitangan unit pakaian, berurusan mendapatkan penajaan pakaian serta memastikan kesesuaian dari segi fesyen dan warna, menentukan kebersihan pakaian di bawah kawalan serta mengendalikan urusan cucian selepas rakaman rancangan.
Untuk memohon jawatan ini sila ke website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia http://www.spa.gov.my
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2011 KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
11/1/2011
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)
memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan
vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan
industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan
aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke
jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.
DASAR BARU
Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM
yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama
adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam
pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang
yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil
kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang
tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.
4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu
syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan
Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam
perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut
diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang
telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti
berikut:
(a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
(b) Ahli Muzik Gred B17;
(c) Ahli Fotografi Gred B17;
(d) Jurusolek Gred B17;
(e) Pengajar Kraf Gred E17;
(f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
(g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
(h) Pembantu Perikanan Gred G17;
(i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
(j) Pelukis Pelan Gred J17;
(k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
(l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
(m) Juruaudio Visual Gred N17.
Untuk Keterangan lanjut (sila Klik disini) Sumber; http://cuepacs.blogspot.com/2011/01/pekeliling-perkhidmatan-bilangan-1.html
CONTOH PELUANG KERJAYA BIDANG JAHITAN DI SEKTOR KERAJAAN (SUDAH DITUTUP):
KOLEJ KOMUNITI REMBAU
Kolej Komuniti Hulu Langat menawarkan 4 kekosongan untuk jawatan kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) berikut:
1. Pensyarah Jahitan dan Senireka Fesyen - 1 kekosongan
2. Pensyarah Kulinari - 1 kekosongan
Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia;
2. PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam;
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda bagi bidang yang berkaitan;
4. Sihat tubuh badan.
Temuduga Terbuka akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 29 Mei 2012
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Perpustakaan, Kolej Komuniti Hulu Langat
Cara Memohon:
1. Calon yang berminat boleh membawa bersama resume/Curriculum Vitae (CV) beserta sijil-sijil berkaitan.
2. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
Jalan Prima Saujana 2/G,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang.
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 8737 0037
Faks : 03 8737 0027
sumber iklan jawatatan : http://kkhl.edu.my
IKBN:
REKAAN FESYEN DAN PAKAIAN
Rekaan Fesyen & Pakaian.
Kursus Rekaan Fesyen & Pakaian merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Textile & Apparel. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan system keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
Pelatih akan dinilai berdasarkan keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, prosedur keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja amali. Melalui latihan berasaskan keterampilan pelatih yang Berjaya akan memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Persijilan
- Pelatih-pelatih yang terampil (lulus) akan dianugerahkan dengan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4.
Tempoh Pengajian
- Tahap 4 – 1 tahun + 3 Bulan (OJT)
Kelayakan Masuk
- Berusia di antara 20-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan Tahap 3 Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat Pakaian Lelaki
- Belum berkahwin / bujang.
Prospek Kerjaya
- Usahawan dalam bidang berkaitan
- Pegawai Penilai / Pegawai Pengesah Dalaman Pusat Bertauliah Swasta / Kerajaan
- Tenaga Pengajar Pusat Bertauliah Swasta/Kerajaan
SUMBER; http://www.ikbnkl.gov.my
http://www.ikbnkl.gov.my
KKTM REMBAU
Diploma Rekabentuk Fesyen
KKTM Rembau(Official) syarat kemasukan untuk semua kurusu di sisni :
1) LULUS SPM / SPMV dengan kepujian dalam subjek-subjek berikut :
1. Bahasa Melayu
2. Matematik atau Matematik Tambahan DAN
Credit BM,Seni Lukis/Lukisan Kejuruteraan dan mana2 1 subjek lain
2) Lulus BI
KKTM REMBAU
Batu 8, Kundur Hilir, Pedas,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan
Tel : 06-6970470.
Faks : 06-6970590.
Laman Web : http://www.kktmr.edu.my/v1/
UITM
FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA
Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program
Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal dan Sastera | |||||
|
|||||
Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana
program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.
|
|||||
Pelajar-pelajar akan ditempatkan di salah satu Bidang Pengkhususan berikut semasa berada di semester DUA (2): | |||||
|
LEPASAN SPM DAN PENGALAMAN KERJA
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat EMPAT (4)kepujian termasuk mana-mana mata pelajaran berikut: | |
|
|
DAN | |
|
|
DAN | |
Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya DUA (2) tahun dalam bidang yang berkaitan | |
SERTA | |
Lulus ujian / temu duga yang dikendalikan oleh pihak Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka : | |
|
PELUANG BIDANG KERJAYA JAHITAN DAN FESYEN DI SEKTOR SWASTA
Petikan daripada Utusan Malaysia, di bawah:
IKIP SKILLS Prospek kerjaya dorong ikuti kursus rekaan
KUANTAN 4 April - Kursus rekaan fesyen terus menarik minat para lepasan sekolah berikutan prospek kerjaya yang cerah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Seorang pelajar kursus rekaan fesyen di IKIP Advanced Skills Centre (IASC) di sini, Syahirah Sulaiman, 19, berkata, dia memilih bidang itu kerana minat yang terlalu mendalam.
Katanya, selain berminat menjadi seorang pereka fesyen terkemuka suatu hari nanti, dia juga bercita-cita memiliki sebuah butik pakaian.
"Saya akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai impian ini dan akan menggunakan segala ilmu yang diperoleh dalam kerjaya nanti," katanya.
Seorang lagi pelajar, Nur Fatihah Mohamed Taib, 20, pula berkata, pereka fesyen adalah cita-citanya sejak di bangku sekolah rendah.
"Selepas habis sekolah menengah saya sempat mengambil kursus selama enam bulan di GiatMara sebelum menyambung pengajian di sini.
"Kini saya berada di tahap dua dan akan meneruskan pembelajaran sehingga ke tahap empat bagi merealisasikan cita-cita saya," katanya.
Sementara itu, Nurul Khairunnisha Zumara, 20, dari Kuala Lumpur berkata, selain ingin menjadi pereka fesyen yang disegani dia juga mahu menjadi seorang pensyarah dalam bidang tersebut.
"Saya ingin berkongsi idea dan menyampaikan ilmu kepada sesiapa yang berminat dalam bidang ini.
"Selain itu saya juga ingin membantu ibu mengembangkan perniagaannya memandangkan ibu memiliki sebuah butik menjual pakaian di Kuala Lumpur," katanya lagi.
Jahitan beri pulangan lumayan
Wednesday, February 10, 2010
latihan praktikal dan teori diberikan kepada pelatih-pelatih di Akademi Jahitan Mellia, Kota Kinabalu.
|
KOTA KINABALU 9 Feb. - Bidang jahitan mempunyai potensi besar untuk menjadi sumber pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Perkara itu bukan satu fantasi tetapi sudah dibuktikan oleh ramai pengusaha termasuk Sithi Farriah Abdullah, 48.
Anak kelahiran Papar itu sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan pendapatan tetap setiap bulan demi menjayakan cita-cita membina kejayaan dalam bidang jahitan.
Selepas 15 tahun berlalu, ibu kepada tujuh anak itu bukan sahaja berjaya memiliki kedai jahitan di bawah jenama My Tailor tetapi membuka dua akademi latihan menjahit di Tawau dan Kota Kinabalu.
Menurutnya, menubuhkan akademi tersebut adalah cita-citanya sejak sekian lama iaitu untuk membantu remaja dari keluarga miskin mengasah bakat dalam bidang jahitan.
Bercerita mengenai salah satu akademi latihan yang dikenali sebagai Pusat Akademi Jahitan Mellia, Sithi berkata, pusat yang ditubuhkan pada 2001 itu kini mempunyai seramai 100 pelatih.
"Pelatih di sini diberi latihan selama dua tahun melibatkan tiga tahap iaitu tahap pertama dan kedua selama enam bulan, manakala tahap ketiga selama 12 bulan.
"Pelajar yang berjaya menamatkan ketiga-tiga tahap ini layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau yang juga pengetua akademi berkenaan menambah, antara subjek yang akan diajar termasuk menjahit pakaian wanita dan lelaki, mereka fesyen dan baju pengantin serta teknik sulaman manik dan labuci.
Selain itu, pelatih akan didedahkan dengan kursus penyelia kelas jahitan dan menjahit tudung, sarung bantal, cadar dan alas meja.
Menurutnya, sistem pendaftaran pelatih dilakukan secara terbuka sepanjang tahun.
"Keutamaan akan diberikan kepada pemohon berusia 17 tahun ke atas dan mempunyai minat tinggi dalam bidang jahitan.
"Sistem latihan yang dilaksanakan adalah 70 peratus praktikal dan 30 peratus teori manakala jadual dan peperiksaan mengikut standard persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)," katanya.
Sithi berkata, asrama turut disediakan demi keselesaan dan keselamatan pelatih.
Menurutnya, setelah hampir sembilan tahun beroperasi, sebanyak 1,000 pelatih sudah dilahirkan dan hampir 80 peratus daripada pelatih tersebut berjaya dalam bidang jahitan.
Katanya, ada antara bekas pelatih sudah mempunyai kedai jahit sendiri, mengambil tempahan dan kembali berkerja di pusat itu sebagai tenaga pengajar.
Walaupun mengakui berhadapan dengan banyak saingan, Sithi yakin semua cabaran itu boleh diatasi dengan semangat dan strategi yang betul.
Ujarnya, sebagai pengasas beliau sentiasa memastikan kurikulum di pusat itu sentiasa terkini dan diterima oleh generasi baru. - Utusan
1 Comments:
Terima kasih atas perkongsian info...
Post a Comment