Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Galaxy Note 3 Inovasi Terkini

Galaxy Note 3 Inovasi Terkini

Inovasi Galaxy Note 3

 

Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga permulaan RM2,399.

Produk ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan itu dalam industri selain memacu Samsung dalam usahanya sebagai peneraju inovasi teknologi boleh dipakai.

Samsung Galaxy Note 3 menjadi bukti gergasi elektronik Korea Selatan itu dengan meletakkan satu standard baru dalam inovasi peranti mudah alih pengguna.


Galaxy Note 3 diperkenalkan dengan ciri-ciri premium pada pelindung baterinya, skrin HD penuh super AMOLED berukuran 5.7 inci, kamera 13 megapiksel, RAM 3GB - terbesar dalam industri, kapasiti storan 32GB, slot microSD dan teknologi terkini LTE.

Produk baru daripada barisan Galaxy Note itu turut memiliki Samsung KNOX iaitu sistem perlindungan sekuriti dan privasi yang dipertingkat khusus bagi memenuhi keperluan enterpris dalam menyediakan ruang simpanan bagi maklumat sensitif perniagaan.

Jam pintar Galaxy Gear pula diperkenalkan sebagai aksesori terbaik telefon pintar khusus untuk Galaxy Note 3 dengan keupayaan memberi notis pendek bagi panggilan, e-mel dan teks yang masuk ke telefon pintar terbaru itu.

Selain itu, kemudahan itu juga berupaya digunakan untuk menjawab panggilan menerusi pembesar suara dan mikrofon pada jam, menggunakan arahan suara untuk mendapatkan maklumat daripada internet dan muat turun aplikasi.

 

Related Posts:

  • Cara Tutup Akaun Cara tutup akaunAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia.SoalanSAYA hendak tanya bagaimana untuk menutup akaun e-mel yang sudah tidak digunakan lagi? Saya menggunakan e-mel Yahoo! dan … Read More
  • Kenapa cache perlu kosong?Kenapa cache perlu kosong? Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai pengguna internet, adakah kita perasan akan "History" yang ada pada menu di sesetengah komputer kita? Dunia Cikgu Kaunseling pernah juga diajukan … Read More
  • Apa Itu Blog, Cikgu?Apa Itu Blog, Cikgu? Soalan di atas adalah antara soalan yang dilontarkan oleh beberapa orang pelajar di sekolah baru saya apabila saya mempromosikan blog saya ketika proses konsultasi di sekolah dan juga ketika terjah … Read More
  • Susahnya Bila Line Internet takdeSusahnya Bila Line Internet takde... Bila line ternet takder, nak kemaskini blog ini terpaksalah dilakukan di rumah. namun itu bermakna saya terpaksa korbankan masa bersama keluarga pula. Sedangkan pada waktu kerjalah biasan… Read More
  • Apabila Portal Kena GodamPortal kerajaan digodam penjahat Dragon Force  SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan. KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jaba… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .