Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Prestariang Systems Peroleh Projek RM20 Juta Daripada Kementerian Pelajaran



Prestariang Systems Peroleh Projek RM20 Juta Daripada Kementerian Pelajaran

 

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Unit Prestariang Bhd, Prestariang Systems Sdn Bhd, telah memperoleh projek tiga tahun bernilai RM20 juta daripada Kementerian Pelajaran.

Projek itu ialah untuk membekalkan perisian berlesen dan perkhidmatan tambah nilai berkaitan, terdiri daripada perisian dan perkhidmatan autodesk kepada semua institusi pengajian tinggi, termasuk universiti, politeknik dan kolej komuniti.

"Perjanjian ini adalah lanjutan daripada kontrak sebelumnya bertarikh 30 Sept tahun ini," kata syarikat dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Prestariang Systems telah memeterai program dengan IPTA, dikenali sebagai Program Pentauliahan Profesional (3P).

Program 3P telah dimulakan pada 2006 untuk merapatkan jurang antara graduan teknologi maklumat dengan harapan industri terhadap prestasi mereka.

"Pembekalan perkhidmatan dan perisian autodesk ialah sebahagian daripada projek yang sedang dilaksanakan oleh Prestariang dan akan terus menyumbang secara positif kepada aliran pendapatan syarikat," tambahnya.

-- BERNAMA

Related Posts:

  • Virus di Android Anasir jahat menular dalam Android Virus di Android Anasir jahat menular dalam Android TAHUN depan berkemungkinan tahun mencabar untuk dunia maya terutama segmen mudah alih seperti telefon pintar yang lengkap dengan Internet apabila serangan virus bakal d… Read More
  • Pertandingan Educational Blogging Anjuran UPSI Pertandingan Educational Blogging Anjuran UPSI Tahniah, Pemenang Educational Blog 2011 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk melihat senarai pemenang, sila klik http://ict.upsi.edu.my/index.php/keputusan-peme… Read More
  • Pemenang Termuda Pertandingan Educational Blog Berusia 15 Tahun Pemenang Termuda Pertandingan Educational Blog Berusia 15 Tahun National Educational Blogging Summit  2011,   Guru SMKJP2 Pemenang Pertandingan National Educational Blogging, Senarai pemenang Pert… Read More
  • Bahan Persembahan Power Point Bidang Kerjaya Bahan Persembahan Power Point Bidang Kerjaya  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel di bawah ini untuk kemudahan para guru khususnya Guru Bimbingan dan Kaunseling. Terima kasih kepada Puan Zaidah Binti Ham… Read More
  • KETAGIH TEKNOLOGI MAYAKETAGIH TEKNOLOGI MAYA Senario di atas sebahagian daripada masalah generasi muda terutama kanak-kanak dan remaja, hari ini. Kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah kelebihan positif buat remaja menca… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .