Pelajar Tingkatan 3 Pandu Laju Seorang Pensyarah Maut
Kemalangan Maut : Pelajar Tingkatan 3 Langgar Pensyarah dan Anak @ Kangar Perlis
Al Fatihah Untuk Allahyarham Mohd. Azmir Aziz, (gambar kecil di bawah),
32.
Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba Allah yang beriman dan bertaqwa
serta dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Amin.
Allahyarham seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Pahang, Kuantan.
Kemalangan maut ini berlaku 2 September lalu.
Maaf berita ini hanya dapat dimuat naik di sini pada petang ni atas sebab tertentu.
Salam takziah untuk kelaurga allahyarham.
AMINAH melihat keadaan kedai runcitnya yang rosak teruk selepas dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Kangar semalam.
Maut angkara pemandu cuai
KANGAR - Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun yang memandu
kenderaan ibunya untuk bersiar-siar bersama rakannya mengundang padah
apabila dia melanggar dua beranak yang menunggang motosikal sebelum
merempuh sebuah kedai runcit di Jalan Abi Tok Hashim di sini kelmarin.
Kejadian pukul 3.30 petang itu mengakibatkan penunggang motosikal tersebut, Mohd. Azmir Aziz, (
gambar),
32, meninggal dunia 10 jam kemudian manakala anaknya, Mohd. Adam Haris
Wajdi, 7, cedera parah. Pemandu kereta jenis Honda Civic itu dan
rakannya pula cedera ringan.