Cara Mendaftar dan Mohon Kad OKU
Untuk Info Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya sila klik di sini.
Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
Sebab utama adalah seperti berikut:-
-
Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan;
-
Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya;
-
Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan OKU;
-
Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan;
-
Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan;
-
Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:-
-
OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal;
-
Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau klinik pakar swasta;
-
Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar;
-
Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya |
- Pengenalan
- Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
- Objektif Pendaftaran OKU
- Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
- Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
- Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
- Definisi OKU
- Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:-
- 'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
- Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:-
- Kategori OKU
Bil. Kategori Penjelasan 1. Kurang Upaya Pendengaran Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat (4) tahap yang bolh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu:- Minumum (Mild) - (15 - <30 anak-kanak="anak-kanak" br="br" db="db" nbsp="nbsp">- (20 - <30 db="db" dewasa="dewasa" nbsp="nbsp" rang="rang" span="span">30>30>
- Sederhana (Moderate) - (30 - <60 db="db" span="span">60>
- Teruk (Severe) - (60 - <90 db="db" span="span">90>
- Sengat Teruk (Profound) - (>90 dB)
2. Kurang Upaya Penglihatan Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Terdapat dua (2) tahap OKU Penglihatan, iaitu :- Buta (Blind)
- Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.
- Terhad (Low Vision / Partially Sighted)
- Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.
3.
Kurang Upaya Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain.Contoh ketidakupayaan fizikal:- Limb defects (congential/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan
- Spinal Cord Injury - Hanya sekiranya tiada
- Stroke - pengembalian fungsi
- Traumatic Brain Injury - selepas enam (6) bulan
- Kerdil (Achondroplasia) iaitu ≤ 142cm bagi lelaki dan ≤ 138cm bagi wanita
- Celebral Palsy
Nota : Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.4.
Kurang Upaya PertuturanTidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunkasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima (5) tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.5. Masalah Pembelajaran Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biogikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, lembap dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Austisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia. 6. Kurang Upaya Mental Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yangg serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders. 7. Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) Mempunyai lebih daripada satu (1) jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam (6). - Kad OKU
- KAD
OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang
kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mekeka
berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi
kepada 7 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti
berikut :-
- Penglihatan - Biru
- Pendengaran - Ungu
- Fizikal - Hijau
- Pertuturan - Coklat
- Masalah Pembelajaran - Kuning
- Mental - Putih
- Pelbagai - Merah
- KAD
OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang
kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mekeka
berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi
kepada 7 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti
berikut :-
- Borang-borang pendaftaran OKU
Jenis Borang Muat Turun Borang Borang Pendaftaran Kanak-kanak Kurang Upaya - Permohonan Pendaftaran
- Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian;
- Menggunakan borang tersebut di atas; dan
- Menyertakan 3 keping gambat ukuran kad pengenalan dan dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan.
- Syarat-syarat pendaftaran
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.
- Penukaran Kad Penukaran
- Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :
- Kad OKU hilang;
- Kad OKU rosak;
- Mencapai umur 18 tahun; dan
- Perubahan kategori ketidakupayaan
- Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :
0 Comments:
Post a Comment