Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Yeow Ting Fong Pelajar cemerlang OKU daftar di USM

Yeow Ting Fong Pelajar cemerlang OKU daftar di USM

 Yeow Ting Fong, 20, ditemani oleh ahli keluarganya semasa membuat pendaftaran pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sidang akademik 2012/2013 hari ini. -Foto Bernama



Sambutan Mahasiswa Baru ke USM
 bersama pihak media dan Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman. Foto- Website USM.

Tahniah diucapkan kepada Yeow Ting Fong Pelajar cemerlang OKU daftar di USM pada 1 September lalu. Selamat bergelar mahasiswa di Universiti Sains Malaysia. Saya tumpang gembira dengan kejayaan anda.

Tahniah juga kepada bekas pelajar SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2  serta saudara mara saya yang terpilih mendaftar ke IPTA seluruh negara.

Kita ikuti sedikit petikan berita berkaitan Yeow Ting Fong:

Dikejutkan dengan khabar  menghidap cerebral palsy ketika sudah berumur 16 tahun bukan penghalang bagi Yeow Ting Fong, 20, melanjutkan pengajian ke salah sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka negara, Universiti Sains Malaysia (USM).

Lebih manis, kejayaan yang diperoleh bukanlah dengan menggunakan alasan sebagai orang kelainan upaya (OKU) untuk diterima, sebaliknya menggunakan saluran perdana dan bersaing dengan belasan ribu calon pemohon normal yang lain.

Ting Fong berkata, beliau terharu dan merasa gembira kerana berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4285 pelajar yang mendaftarkan diri sebagai pelajar sepenuh masa ijazah sarjana muda USM bagi sidang akademik 2012/2013.

Kata anak muda yang dilahirkan di Belanda itu, kejayaan beliau didorong oleh semangat yang tinggi apabila melihat golongan OKU lain yang sering memenuhi dada akhbar dengan cerita-cerita kejayaan dan kecemerlangan.

``OKU pada hari ini bukan lagi dianggap sebagai golongan tidak berdaya yang hanya mengharapkan ihsan, sebaliknya OKU juga kini berperanan dalam pelbagai bidang, termasuk cemerlang dalam akademik dan sebagainya,’’ ujarnya.

Pelajar cemerlang OKU daftar di USM

 

Penerima anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 peringkat kebangsaan bagi kategori calon istimewa turut mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
  
Beliau ialah Yeow Ting Fong, 20, yang merupakan antara 4,285 pelajar baru USM yang mendaftar. Penghidap spastik ini akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Ekonomi.
  
Beliau memproleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dalam STPM.
  
"Jika mereka boleh berjaya saya juga boleh. Kejayaan ini juga adalah dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa serta guru dan rakan-rakan saya," kata bekas penuntut Sekolah Menengah Tun Tuah, Bachang, Melaka kepada pemberita apabila ditanya mengenai kejayaannya memasuki USM.
   
Seorang lagi pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang mendaftar di sini ialah Moh Tsu Horng, 20.

Pelajar aliran Sains Tulen ini memperoleh 3A 2B pada peringkat A-level.

Beliau cacat kaki kanan dan menggunakan kaki palsu sejak lahir.

  
"Saya berharap dapat merealisasikan impian saya menjadi jurutera genetik selepas tamat pengajian dalam bidang Sains Gunaan kelak," kata anak jati Pulau Pinang ini.
  
Sementara itu Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata pelajar OKU yang memasuki univerisiti berkenaan adalah mengikut saluran perdana dan menjalani ujian saringan sama seperti pelajar lain.
  
"Terdapat juga 70 pelajar mengikuti saluran alternatif untuk masuk ke universiti ini. Mereka terdiri daripada pelajar bahagian sukan, budaya dan warga emas," katanya.
  
Beliau berkata jumlah pelajar yang mendaftar di USM tahun ini meningkat 10 peratus berbanding tahun lepas.
 
"Sebanyak 2,812 pelajar mendaftar di kampus induk di sini, 739 di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal.
  
"Manakala 734 orang pelajar Sains Perubatan, Sains Kesihatan dan Sains Pergigian mendaftar di Kampus Kesihatan Kubang Kerian. Ini termasuk 68 pelajar yang akan mengikuti Program Antarabangsa Perubatan USM-KLE di India," katanya.
  
Omar berkata kesemua pelajar baru akan turut mengikuti Program Siswa Lestari selama satu minggu yang akan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti universiti sebelum memulakan kuliah 10 September ini. - Bernama. 1 SEPTEMBER 2012.

PELAJAR CEREBRAL PALSY CEMERLANG SERTAI USM

PULAU PINANG, 1 Sept 2012 – Dikejutkan dengan khabar malang menghidap cerebral palsy ketika sudah berumur 16 tahun bukan penghalang bagi Yeow Ting Fong, 20, melanjutkan pengajian ke salah sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka negara, Universiti Sains Malaysia (USM).
Lebih manis, kejayaan yang diperoleh bukanlah dengan menggunakan alasan sebagai orang kelainan upaya (OKU) untuk diterima, sebaliknya menggunakan saluran perdana dan bersaing dengan belasan ribu calon pemohon normal yang lain.
Ting Fong berkata, beliau terharu dan merasa gembira kerana berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4285 pelajar yang mendaftarkan diri sebagai pelajar sepenuh masa ijazah sarjana muda USM bagi sidang akademik 2012/2013.
Kata anak muda yang dilahirkan di Belanda itu, kejayaan beliau didorong oleh semangat yang tinggi apabila melihat golongan OKU lain yang sering memenuhi dada akhbar dengan cerita-cerita kejayaan dan kecemerlangan.
``OKU pada hari ini bukan lagi dianggap sebagai golongan tidak berdaya yang hanya mengharapkan ihsan, sebaliknya OKU juga kini berperanan dalam pelbagai bidang, termasuk cemerlang dalam akademik dan sebagainya,’’ ujarnya.
Tambah Ting Fong yang bakal mengikuti kurusus Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, beliau turut melakar kejayaan berganda apabila dinobat sebagai pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) peringkat kebangsaan untuk kategori  pelajar istimewa.

``Masalah yang saya alami menjadi penguat semangat untuk terus mengejar kejayaan dan menggembirakan kedua ibu bapa saya,’’ kata anak tunggal kepada pasangan Yeow Soo Jeow, 62 dan Mo Mgo Lim, 56 yang kini menetap di Melaka.

Menurut Soo Jeow (bapa), perasaan bimbang dan sedih tidak dapat dibendung  untuk melepaskan Ting Fong untuk menjadi sebahagian warga USM, apatah lagi dengan keadaan anaknya yang memerlukan lebih perhatian berbanding orang lain.

``Baru-baru ini beliau (Ting Fong) baru sahaja menjalani pembedahan pada bahagian kaki atas masalah kesihatan, hal itu juga menyebabkan kami agak risau dengan keadaannya. Namun namun apabila melihat semangat yang ditunjukkan Ting Fong,  kami terpaksa akur,’’ ujar beliau.


Sementara itu, pasangan kembar dari dari Thailand, Surapot dan Surapat Klanarong, 19, pula menyifatkan keterujaan mereka untuk menyambung pengajian di bumi Malaysia dikejutkan dengan sambutan luar biasa bersama pihak media dan Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman.

Surapot berkata, sejak kecil dan bersekolah sebagai pasangan kembar di Thailand, mereka tidak pernah sekalipun berpeluang berjumpa pihak media dan diberikan keistimewaan seperti yang berlaku di USM pada hari ini.

``Kami gembira berpeluang melanjutkan pengajian ke USM dan cadangan kedua ibu bapa yang beria-ia menyuruh kami belajar di sini memang tepat dan mengujakan.

``Mereka (ibu bapa) ialah pensyarah di University Thaksin, Thailand yang turut menjalin usahasama akademik dengan USM. Justeru, mereka tahu keupayaan USM dan berusaha supaya kami dapat diterima belajar di universiti ternama ini,’’ ujar Surapot.

Selain Ting Fong dan pasangan kembar tersebut, turut hadir pada sidang media itu adalah pelajar OKU berkaki palsu, Moh Tsu Horng, 20 dan beberapa pelajar antarabangsa, termasuk dari China, Arab Saudi, Lebanon dan sebagainya.

Omar berkata, USM menerima kira-kira 4285 pelajar meliputi ketiga-tiga kampus termasuk di Induk (2812), Kampus Kejuruteraan (739) dan Kampus Kesihatan (734).

Katanya, ia juga merangkumi jumlah pelajar mengikut beberapa saluran permohonan seperti saluran perdana, alternatif (budaya, sukan, warga emas), pendidikan, USM-KLE (India), Diploma Kejururawatan  dan luar negara.

``Kesemua pelajar yang telah mendaftar akan mengiktu program orientasi dalam tempoh seminggu ini dan akan mula menjalani kuliah pada 10 September depan,’’ ujarnya.

Tambah beliau, Usm juga pada tahun ini mempunyai beberapa keistimewaan dengan ada pelajar lumpuh yang akan mendaftar sebagai pelajar di Kampus Kejuruteraan, yang mana USM telah bersedia dengan kelengkapan dan infrastruktur bagi golongan tersebut.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

 sumber; Website Rasmi USM.

Pelajar cemerlang OKU mendaftar di USM

01/09/2012 2:24pm

GEORGE TOWN — Penerima anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 peringkat kebangsaan bagi kategori calon istimewa turut mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Beliau ialah Yeow Ting Fong, 20, yang merupakan antara 4,285 pelajar baru USM yang mendaftar. Penghidap spastik ini akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Ekonomi.

Beliau memproleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dalam STPM.

"Jika mereka boleh berjaya saya juga boleh. Kejayaan ini juga adalah dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa serta guru dan rakan-rakan saya,” kata bekas penuntut Sekolah Menengah Tun Tuah, Bachang, Melaka kepada pemberita apabila ditanya mengenai kejayaannya memasuki USM.— BERNAMA

Two Disabled Among 4,285 New Students Enrolling At USM

GEORGE TOWN, Sept 1 (Bernama) -- Two disabled persons were among 4,285 new students enrolling at Universiti Sains Malaysia (USM) for its 2012/2013 academic year intake Saturday.

Yeow Ting Fong, 20, a spastic who overcame his disability to score a cumulative grade point average of 3.92 in the Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), was offered a Bachelor of Economics course.

"I attribute my success thus far to the unwavering support and guidance of my parents, teachers and friends," the former student of Sekolah Menengah Tun Tuah, Bachang, Melaka told reporters.

A recipient of the National Excellent STPM 2011 Student Award in the special candidates category, he said he would continue to take on the challenges as a student in campus.

Another disabled student, Moh Tsu Horng, 20, was grateful to be able to further his studies in the field he loved at his university of choice.

-- BERNAMA
 


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .