Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Program Sijil Bahasa Arab di MARSAH Johor

Permohonan Program Sijil Bahasa Arab 

di MARSAH Johor

Tawaran mengikut pengajian di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bagi program Sijil Asas Kemahiran Bahasa Arab dan Sijil Lanjutan Kemahiran Bahasa Arab.


Saudara dan saudari dipelawa mengikuti program ini sebagai persediaan ke IPTA/IPTS menyambung pelajaran di dalam atau di luar negara. Permohonan dibuka sekarang sehingga 14 Disember 2012. 

Mungkin bagi bekas pelajar atau pelajar Ma'had Johor, Marsah adalah tidak asing lagi bagi kita.

Bukan pelajar Ma'had Johor yang terdiri dari lepasan Sekolah Menengah Agama dan Lepasan Ma'had luar dari Johor juga, boleh memohon MARSAH dengan syarat tertentu. Kursus Bahasa Arab ini adalah persediaan bagi mereka yang akan melanjutkan pengajian seterusnya.

ALAMAT KOLEJ:
 

Kolej Pengajian Islam Johor(MARSAH), 
Jalan Gertak Merah, 
80000 Johor Bahru, 
Johor Darul Tak'zim. Malaysia.
Tel: 07-2232700/2263440(Pejabat) 
Fax: 07-2269 485 

CARA MEMOHON;

Sila daftar di BORANG PERMOHONAN ONLINE DI SINI.

SEDIKIT INFORMASI MARSAH:

Sejarah Penubuhan MARSAH

Sistem pendidikan Islam di negeri Johor Darul Ta’zim bermula sejak tahun 1923 lagi. Ianya terus berkembang hingga sekarang melalui sekolah agama kerajaan negeri Johor. Kemudian satu sistem pendidikan agama di peringkat rendah yang lebih sistematik telah diperkenalkan melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Seterusnya pendidikan agama di peringkat menengah juga dibangun dan dikembangkan. Boleh dikatakan sistem pendidikan agama di negeri Johor baik di peringkat rendah mahu pun di peringkat menengah telah pun mantap dan berjaya mengeluarkan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Bagi menampung permintaan pelajar lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, MARSAH telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada sistem pendidikan agama Islam di negeri Johor.

Sejarah awal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab telah wujud pada tahun 1997 apabila Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan kedudukan Maahad Johor sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai IPT.

Pada 17 Jun 1997 satu memorendem persefahaman dalam bidang akademik dan kebudayaan di antara Majlis Agama Islam Johor dan Universiti Al-Azhar telah ditandatangani bagi membolehkan pusat pengajian ini ditubuhkan untuk mengendalikan program dan kursus-kursus KuliahAl-Dirasat Al-Islamiah Wa Al-Arabiah Universiti Al-Azhar di MARSAH.

Pada 4 November 1997 MARSAH telah memulakan kursus pengajian Syariah Islamiah dengan bilangan pelajar seramai 42 orang bertempat di bangunan Maahad Johor. Pada 5 Julai 2000 MARSAH mendapat pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar bagi pengajian Diploma Syariah Islamiah dan Usuluddin.

Falsafah
Paduan ilmu yang berasaskan Al-Qur’an dan Al-Sunnah ialah dasar utama bagi perkembangan fikiran, kemajuan masyarakat dan ummah.

Matlamat
Melahirkan ilmuan muslim mukmin yang berketrampilan dalam pelbagai bidang ilmu Islam yang memiliki jiwa kehambaan dalam melaksanakan
tugasnya sebagai Khalifah Allah untuk memakmurkan dunia menurut apa yang diredhaiNya.

Moto
“ Jadilah kamu orang – orang yang mengikuti ajaran Allah”
Surah Aali Imran ayat :79

Visi
Menjadikan institut ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Misi
Melahirkan ilmuan muslim mukmin dan mengembangkan dakwah Islamiah untuk kebahagiaan ummah.

Objektif
~ Meninggikan tahap pencapaian pendidikan dan pelajaran agama di negeri Johor dalam usaha membudayakan penghayatan ilmu melalui Al-Qur’an dan Al-Sunnah.
~ Mengeluarkan pelajar yang berketerampilan dan berkemampuan dalam bidang ilmiah selaras dengan kehendak pembangunan masyarakat yang seimbang dengan nilai-nilai iman dan akhlaq mulia.
~ Mengeluarkan ahli cerdik pandai Islam yang berkemampuan dalam menangani permasalahan ummah dan cabaran-cabaran masa kini.
~ Menjalin hubungan kebudayaan dan ilmiah dengan institusi-institusi pengajian Islam dan bahasa arab dalam usaha memelihara warisan penilaian Islam demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
~ Menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu Islam dan menyebarluaskannya.
~ Memberi khidmat perundingan dan khidmat masyarakat dalam berbagai bidang perundangan Islam bagi menghayati Islam sebagai al-din.
~ Mempelopori pelbagai kaedah bagi meningkatkan penyebaran kefahaman mengenai Islam dengan menerbitkan berbagai bahan ilmiah di samping menjadi sumber rujukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kefahaman Islam.

MARSAH JUGA ADALAH SINAMBUNGAN SEJARAH PENDIDIKAN AGAMA DI JOHOR:

Latar Belakang Sejarah Pendidikan

  • 1918 Sejarah pendidikan bermula dengan nama Sekolah Al-Quran. Tumpuan hanya kepada pembelajaran Al-Quran.
  • 1920 Nama Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Kitab dengan penambahan matapelajaran Al-Quran, Tauhid, Ibadat dan Tasauf.
  • 1923 Nama Sekolah Kitab ditukar kepada Sekolah Agama Petang dengan penambahan matapelajaran Muamalat, Munakahat, Faraid, Jenayah, Akhlak, Tarikh, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
  • 1923 Kelas ' Darjah Khas ' diwujudkan sebagai satu - satunya lanjutan Sekolah Agama Petang.
  • 1960 Maahad Johor ditubuhkan sebagai pusat pengajian IV Thanawi di negeri Johor.
  • 1965 Nama Sekolah Agama Petang ditukarkan kepada Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  • 1988 Penubuhan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  • 1994 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA)
  • 1997 Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab iaitu MARSAH
  • 1998 Pelarasan umur 7 tahun bagi kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor
  • 1999 Pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB )
  • 2001 Penubuhan Tadika Agama Johor (TAJ)
 Sumber: http://ppajohor.johordt.gov.my/sejarah.htm

Related Posts:

  • Iklan jawatan guru j-QAF Ahad ini Iklan jawatan guru j-QAF Ahad ini Sumber gambar kredit sksyp2.blogspot.com Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik kepada mereka yang berminat menjadi guru JQAF. Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi… Read More
  • 7,723 Sekolah Rendah Bakal Terima Guru J Qaf 7,723 Sekolah Rendah Bakal Terima Guru J Qaf Gurun: Kementerian Pelajaran memberi jaminan semua 7,723 sekolah rendah seluruh negara bakal menerima guru khas yang akan mengajar subjek Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ai… Read More
  • Diploma Seni Mushaf Restu College Permohonan Diploma Seni Mushaf Restu College Pendaftaran Program Diploma Seni Mushaf  untuk Sesi 2012-2014 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, yang mengambil … Read More
  • Semakan Keputusan Ke Tingkatan 1 2013 SMKA, KAA, SABK, SRK, KRK Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 2013 SMKA, KAA, SABK, SRK, KRK SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH KAWALAN DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI AMBILAN JANUARI 2013  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita… Read More
  • Senarai SMK Agama di Malaysia dan Syarat Kemasukan Senarai SMK Agama di Malaysia dan Syarat Kemasukan Logo SMKA Ma'had Muar Johor   Objektif SMK Agama di Malaysia SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya: Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokuriku… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .