Gemuk Lalu Diketepikan Sahabat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini saya petik daripada Ruangan Bersama Dang Setia Metro Ahad. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama.
Para pelayar dijemput melayari artikel lama di blog ini :
1) Hargai Diri Anda, klik di sini.
2) Watak Sahabat Sejati, klik di sini
3) Siapa Yang Dikatakan Sahabat, klik di sini.
Cadangan saya, cuba Aira aktifkan diri dalam mana-mana kegiatan kokurikulum di sekolah. Menyertai mana-mana persatuan yang menggalakkan aktiviti sihat akan membantu meluaskan skop persahabatan Aira.
Menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin harian anda amat digalakkan. Selain meningkatkan stamina, ia merangsang elemen kegembiraan dalam diri anda.
KITA digalakkan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk cara hidup yang sihat. Ia amat penting dalam penjagaan kesihatan kerana dalam masa yang sama apabila badan mengeluarkan peluh, selain untuk mengawal suhu badan, secara tidak langsung ia juga menjana kesihatan tubuh.
Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan satu situasi yang normal tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia adalah tidak normal.
Antara petua mengelakkan badan berbau ketika berpeluh, gosoklah belakang telapak tangan anda ke ketiak anda setiap kali anda mandi.
Jangan sesekali mengunakan tapak tangan untuk sapu ketiak.
Kalau nak sapu sabun mandi, sapukan sabun kat belakang tapak tangan dan gosok ketiak guna belakang tapak tangan.
Begitu juga kalau nak bubuh bedak kat ketiak, sila gunakan belakang tapak tangan.
Selain itu, boleh menggunakan Sabun Taharah sebagai sabun mandian anda. contoh petua tradisional nak hilangkan bau peluh ialah dengan menggunakan mentimun.
Ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar sampai jadi jus.
- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.
Jika keadaan peluh berlebihan masih tidak selesai, anda perlu berjumpa doktor perubatan terdekat anda. Inilah biasanya yang saya cadangkan kepada klien saya yang menghadapi masalah peluh berlebihan. Untuk informasi perubatan berkaitan Peluh berlihan dan bau, sila ke blog Dr Zubaidi di sini
Diketepikan sahabat sebab gemuk
SAYA sering diketepikan oleh rakan sebaya kerana mempunyai susuk badan berisi dan mudah berpeluh. Malah, apabila keluar hujung minggu, rakan sering mengelak memaklumkan pada saya.Apabila saya cadang ingin keluar bersama, mereka akan memberi alasan sibuk. Mulanya saya percaya dengan alasan diberi tetapi kebelakangan ini kerap terserempak mereka keluar bersama menyebabkan saya percaya disisih.
Saya berasa seperti dipermain-mainkan rakan. Saya menangis dan mengadu pada abang saya tindakan rakan seakan-akan mengetepikan saya. Abang melarang saya daripada bergaul dengan rakan.
Bagaimanapun, saya tidak sanggup berpisah dengan teman saya disebabkan kami sudah bersama sejak sekolah rendah lagi. Saya buntu Dang Setia, apa yang perlu saya lakukan.
Aira
Subang Jaya, Selangor.
Masalah diketepikan oleh sahabat hanya disebabkan faktor penampilan saudari tidak menarik amatlah tidak wajar. Tambahan pula mereka sudah mengenali saudari seawal usia tujuh tahun dan seharusnya mampu melihat ‘kecantikan’ daripada sudut lain.
Benarlah kata orang, rakan senang mudah dicari, rakan susah sukar ditemui dalam erti kata lain teman sejati sanggup menerima seadanya dan berada di sisi tatkala dalam kesusahan sekalipun.
Namun, ketika ini saudari kelihatan masih menyayangi persahabatan bersama mereka. Seelok-eloknya, guna pendekatan lebih mesra dengan berhadapan rakan.
Pada masa sama pujuk diri supaya tidak membuat spekulasi membuta-tuli mengenai situasi berkenaan. Malah jangan mencipta ilusi negatif dengan mengatakan atas faktor kelebihan fizikal menyebabkan rakan menjauhkan diri daripada saudari.
Selain itu, saudari juga harus bijak mengatur bicara dengan menggunakan ayat sesuai agar tidak berlaku salah faham yang mampu mengundang perasaan tidak selesa antara saudari dan rakan.
Akhir sekali, reda dan kekal positif apa juga bentuk maklum balas diberikan rakan dan nyatakan betapa saudari menghargai mereka sebagai sahabat sepanjang mengenali mereka.
Menangani peluh berlebihan
KITA digalakkan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk cara hidup yang sihat. Ia amat penting dalam penjagaan kesihatan kerana dalam masa yang sama apabila badan mengeluarkan peluh, selain untuk mengawal suhu badan, secara tidak langsung ia juga menjana kesihatan tubuh.
Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan satu situasi yang normal tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia adalah tidak normal.
Apatah lagi jika ia keluar ketika berada dalam persekitaran yang sejuk dan tidak menggunakan tenaga.
Dalam hal ini, peluh yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan, kaki dan bawah lengan membuatkan individu tersebut menjauhkan diri untuk bersosial dengan masyarakat.
Masalah peluh yang berlebihan bukan satu perkara normal malah ia boleh dikategorikan sebagai satu penyakit dan istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis.
Menurut Perunding Pakar Bedah Cardiovascular dan Thoracic, iHEAL Medical Centre, Kuala Lumpur, Dr. David Khoo Sin Keat, hiperhidrosis berlaku hampir dua peratus daripada jumlah penduduk dunia.
Katanya, bagi sesiapa yang menghadapi masalah tersebut, mereka perlu memberi lebih perhatian kerana secara tidak langsung ia menunjukkan wujudnya masalah kesihatan pada tubuh anda.
''Fenomena peluh berlebihan ini merupakan satu jenis penyakit kerana ia tidak terjadi kepada semua orang.
''Lazimnya, pesakit tidak sedar mereka menghadapi masalah ini sehinggalah ia mendatangkan masalah kepada mereka sehingga menyukarkan untuk melakukan pekerjaan.
''Dalam hal ini, peluh berlebihan bukan sahaja dikesan pada tapak tangan, kaki dan di bawah lengan malah ia juga dikesan pada bahagian kepala, muka, dada, belakang tubuh dan pangkal paha,'' ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Komuniti Sosial The Sweat Connection di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, hiperhidrosis biasanya berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun, tetapi ia boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.
Malah seramai 0.6 peratus hingga satu peratus terdiri daripada golongan muda.
Pada majlis pelancaran itu juga, Dr. David turut menjelaskan bahawa penyakit tersebut dapat dirawat melalui teknik rawatan yang dikenali sebagai No Sweat Technique.
Katanya, teknik rawatan tersebut merupakan satu teknik yang melibatkan prosedur selama 15 minit dengan tusukan kecil di bawah kedua-dua lengan.
Rawatan tersebut bukan sahaja memberi keputusan yang cepat malah pesakit boleh meninggalkan hospital pada hari yang sama dengan keadaan tangan, kaki atau mana-mana bahagian yang bermasalah lebih selesa tanpa peluh.
Sebagai doktor yang berpengalaman dia memberitahu, sebenarnya sejak tahun 2001 lagi pelbagai kaedah penyembuhan telah pun dilakukan di Malaysia termasuk pembedahan simpatektomi torasik endoskopi (endoscopic transthoracic sympathectomy atau ETS).
Telah melakukan pembedahan ke atas 500 orang pesakitnya, Dr. David turut menyenaraikan beberapa aspek yang mungkin berkaitan dengan punca masalah kesihatan itu seperti tirotoksikosis (hipertiroidism), menopaus, obesiti dan gangguan psikiatri.
Bagi sesiapa yang menghadapi gejala-gejala seperti peluh yang berpanjangan, berpeluh tanpa sebab yang munasabah, berpeluh ketika tidak melakukan sebarang aktiviti lasak, berpeluh ketika mengalami tekanan serta cuaca panas dan tidak berpeluh ketika tidur, anda dinasihatkan agar cepat bertemu dengan doktor.
Dalam masa yang sama sekiranya mereka yang telah disahkan menghidap penyakit ini dan ingin mendapatkan rawatan, iHEAL Medical Centre Kuala Lumpur turut menawarkan perkhidmatan tersebut.
Untuk itu, anda boleh layari laman web http://www.sweatconnection.com atau hubungi terus iHEAL Medical Centre di talian 03-22877398. (Utusan Malaysia)
0 Comments:
Post a Comment