Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Iklan jawatan guru j-QAF Ahad ini

Iklan jawatan guru j-QAF Ahad ini


Sumber gambar kredit sksyp2.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik kepada mereka yang berminat menjadi guru JQAF. Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini. 


SEDIKIT INFORMASI APA ITU j-QAF

KPLI-SR j-QAF ialah singkatan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain)

Ia diwujudkan bagi melahirkan Guru j-QAF yang terlatih bagi pelaksanaan program j-QAF di Sekolah Rendah seluruh negara

Calon-calon yang berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF akan ditempatkan di mana-mana IPG seluruh negara selama 18 bulan bagi mengikuti program latihan ini serta akan diberi elaun bulanan 

Secara ringkasnya, anda akan mengikuti program KPLI-SR j-QAF ini selama 1 tahun setengah di mana-mana IPG dan akan diberi elaun bulanan dalam linkungan RM1300 lebih.

Setelah tamat program ini, anda akan terus diserap menjawat jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41.

Pendekkan cerita, anda akan menjadi seorang Guru di Sekolah Rendah (mengajar Murid Tahun 1-6) dalam matapelajaran Pendidikan Islam khusus kepada topik berkaitan dengan Jawi, Bahasa Arab, Al-Quran serta Fardhu Ain.

Boleh ke post ini, Permohonan Guru j-QAF Diploma Perguruan Lepas Ijazah di sini


GURUN: Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Januari depan.

Ini adalah pendekatan jangka pendek yang diputuskan kerajaan  tuk mengatasi kekosongan tersebut. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF.

"....kerana isu ini sering dibangkitkan di Parlimen, pendekatan ini adalah yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di NAZA Automotif di sini, hari ini.

Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan.

Mohd Puad yang juga pengerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Kekurangan Guru-Guru J-QAF berkata keputusan itu seiring dengan kehendak kementerian kerana ia berkaitan pendidikan moral pelajar.

Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka mengajar. Ini bermakna sambil mengajar mereka belajar, katanya.
Beliau berkata syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan umur tidak melebihi 37 tahun.

Seminar Keibubapaan itu dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad bersama Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya, dihadiri lebih 1,000 orang pengetua, guru besar dan ibu bapa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail yang juga pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya turut membentangkan kertas kerja bertajuk 'Liberalisasi: Cabaran Masa Kini." - BERNAMA



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .