Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT OLEH YPJ

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT OLEH YPJ


Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 



YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) MENYEDIAKAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI UNTUK AHLI KETUA ISI RUMAH KELUARGA MISKIN DAN MISKIN TEGAR YANG BERDAFTAR DI E-KASIH.


Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT  Oleh
YAYASAN PELAJARAN JOHOR

YPJ menyediakan bantuan pendaftaran ke IPT kepada pelajar-pelajar negeri Johor yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Ditawarkan kepada pelajar yang mula mendaftar di tahun pertama sahaja. Terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA sahaja. Kursus hendaklah diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN).



Syarat-syarat dan Borang Permohonan skim bantuan ini, sila muat turun maklumat berikut:-
  1. Syarat-syarat Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT
  2. Borang Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT
  3. Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga
Sila Hubungi:

Yayasan Pelajaran Johor

Alamat:
No. 12A, Bangunan YPJ,
Jalan Nuri, Larkin Jaya,
Kg Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim

E-mail: ypjedujh@tm.net.my
Telefon: 07- 2344355
Faks: 07- 2344434
http://www.ypj.gov.my

Latar Belakang


Kerajaan negeri Johor dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman/biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri. Usaha mewujudkan Yayasan Pelajaran Johor dengan objektif tersebut pada ketika ini dirasakan amat perlu memandangkan jumlah penuntut-penuntut negeri Johor yang berkeupayaan sedemikian kian bertambah hingga memerlukan dibentuk sebuah badan khusus untuk mengelolakan bantuan berupa pinjaman dan biasiswa bagi mereka.
Pembiayaan bantuan yang berupa pinjaman dan biasiswa bagi penuntut negeri Johor mempunyai sejarah yang panjang. Pada tahun 50an dan 60an dimana jumlah penuntut yang melanjutkan pendidikan di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi adalah kecil, kerajaan negeri meletakkan tanggungjawab mengelolakan pinjaman/biasiswa di bawah pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Antara biasiswa-biasiswa kerajaan yang pernah dikeluarkan pada waktu itu ialah Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Kenangan Dato' Onn, Biasiswa Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.
Apabila jumlah penuntut berlipat kali ganda, Yayasan Pelajaran Johor telah diwujudkan melalui Enakmen No 8 Tahun 1982. Urusan pengeluaran pinjaman/biasiswa masih dikekalkan dibawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Hampir kesemua pembiayaan bantuan tersebut diperolehi melalui hasil konsesi balak dan pinjaman kerajaan negeri. Hanyalah pada tahun 1986 Yayasan Pelajaran Johor digerakkan sebagai satu entiti dan dilepaskan daripada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Awal kegiatan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang dinyatakan, tertumpu kepada perolehan daripada konsesi balak disamping perolehan-perolehan kecil daripada kegiatan ekonomi yang lain.
Bermula daripada kegiatan ekonomi yang sederhana, Yayasan Pelajaran Johor telah berjaya menggerakkan beraneka jenis projek-projek ekonomi yang lebih besar. Diantaranya adalah termasuk hotel-hotel, pusat-pusat pelancongan, rancangan perumahan, ladang-ladang dan pelaburan saham. Hasil pelaburan Yayasan Pelajaran Johor yang sebanyak lebih kurang RM5 juta setahun dalam tahun 1983 kini telah meningkat kepada lebih RM25 juta untuk tahun 1993 dan Yayasan Pelajaran Johor dijangka berupaya memperolehi lebih daripada RM35 juta pada tahun 1994.
Namun demikian, kegiatan-kegiatan ekonomi Yayasan Pelajaran Johor tidak dapat digerakkan dengan lancar memandangkan bagi sebuah agensi kerajaan, kegiatan-kegiatannya serta peranan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya masih tertakluk kuat kepada berbagai-bagai aturan dan peraturan kerajaan maka dengan itu Lembaga Yayasan Pelajaran Johor telah bermesyurat bertarikh 26hb Mei 1992 untuk mengambil keputusan dalam mengkaji semula kegiatan Yayasan Pelajaran Johor agar dapat mencari jalan supaya ianya dapat beroperasi sebagai sebuah badan komersil.
Objektif YPJ:
  • Menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pelajaran dikalangan rakyat negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di  dalam Negeri
  • Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan kewangan atau pelajaran dari badan-badan lain kepada rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.
  • Meluaskan bidang bagi rakyat Negeri dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri di dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi diserata dunia.
Fungsi YPJ:
  • Mengurus pemberian biasiswa, pinjaman dan bantuan pelajaran kepada rakyat Negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di negeri ini melanjutkan pelajaran dari peringkat sekolah menegah hingga ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara;
  • Menguruskan kutipan bayaran balik pinjaman daripada pelajar YPJ yang telah tamat pengajian;
  • Mengadakan kemudahan bagi rakyat negeri Johor mengikut kursus atau latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang kerjaya, perniagaan dan kemahiran.

Misi YPJ
Misi Yayasan Pelajaran Johor adalah untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam urusan Pemberian Pinjaman dan Biasiswa, Bayaran Balik Pinjaman dan Program Kecemerlangan Pelajaran.


Visi YPJ
Yayasan Pelajaran Johor berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam Pemberian Pinjaman dan Biasiswa, Bayaran Balik Pinjaman dan Program Kecemerlangan Pelajaran serta berazam untuk melahirkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan negeri Johor melalui Enakmen No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam bidang pelajaran dan pendidikan bagi pembangunan sosial.
Tujuan penubuhan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang terkandung di dalam Seksyen 5, Enakmen No. 8, tahun 1982 adalah seperti berikut:
i. Untuk dengan aktifnya menaja membaikkan peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya.
ii. Untuk memberi atau menguruskan pemberian oleh badan-badan lain pinjaman-pinjaman atau bantuan kewangan atau pelajaran kepada rakyat.
iii. Untuk meluaskan peluang bidang pelajaran bagi rakyat di dalam mana-mana pelajaran tinggi di serata dunia.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu program pembangunan yang menyeluruh. Dasar Ekonomi baru muncul sebagai satu penyelesaian kepada masalah-masalah sosial yang mempunyai punca dan implikasi ekonomi. Dengan kesedaran bahawa pelajaran dan kemahiran adalah kunci kepada kemajuan masyarakat, strategi-strategi Dasar Ekonomi Baru dipertingkatkan bagi memberi penekanan ke atas bidang pendidikan dan pelajaran.


87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014













2 Comments:

Anonymous said...

kalau saya lahir di negeri johor, tapi menetap di selangor, adakah saya layak untuk memohon?

terima kasih

Yezza said...

Saya lahir di johor, tetapi menetap di selangor. Jadi, adakah saya layak untuk memohon?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .