Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Nor Aini Aminah binti Mohd Fuad pelajar terbaik Pahang STPM 2011

Nor Aini Aminah binti Mohd Fuad 
pelajar terbaik Pahang  STPM 2011

Gambar Kredit Kepada BTPN Pahang

Program Motivasi Kecemerlangan STPM Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam Negeri Pahang bagi daerah Kuantan bersama Pelajar Cemerlang STPM 2011 telah diadakan pada Julai 2012 yang lalu.

Program ini adalah anjuran Unit Pengurusan Sekolah Menengah, JPN Pahang telah diadakan dengan jayanya di Dewan Multaqa, SMK Paya Besar Kuantan disertai oleh para pelajar Tingkatan Enam dari SMK Astana, SMK Seri Mahkota, SMK Tanjung Lumpur, SMK Panglima Perang, SMK Cenderawasih, SMK Air Putih dan SMK Paya Besar sebagai tuan rumah.

Nor Aini Aminah binti Mohd Fuad, pelajar terbaik Pahang yang dapat 4A STPM tahun 2011. Nor Aini dari SMK Temerloh dianugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang. Nor Aini seorang tokoh pelajar yang cerdik, serba boleh dan pandai berpidato.

Pelajar Cemerlang STPM 2011, adik Nor Aini Aminah binti Mohd Fuad dijemput untuk menyampaikan sesi ceramah motivasi sebagai perkongsian pengalaman kejayaan yang diraih.

 Sesi soal jawab antara beliau dan pelajar amat penting sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM 2012 nanti. Keputusan cemerlang adik Nor Aini Aminah ini akan dapat mendorong pelajar-pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. 

Terima kasih atas laporan ini oleh Hj Wan Abdul Razak bin Hj Wan Ishak - UPIM sumber dari BTPN Pahang Di sini

Untuk maklumat lanjut sila klik Blog Warisan Pesagi, iaitu Blog Pengarah Pelajaran Negeri Pahang Yang Berbahagia Encik Yahya bin Zainal Abidin   di sini.

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 


 Tentang Biasiswa Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). 

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

 Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

Blog ini ada mencatatkan tentang Biasiswa ini, di sini.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .