Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Soalan Percubaan SPM Bocor Usah panik

Susulan Soalan Percubaan SPM Dikatakan Bocor, 

Usah panik

Pautan kertas percubaan SPM yang tersebar di sebuah laman sosial Facebook. (Sumber Gambar: Sinar Harian)

Shah Alam: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti dihebahkan dalam laman sosial Facebook.

Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong, berkata beliau mengarahkan pegawai kementerian menyiasat dakwaan berkenaan, tetapi menasihatkan orang ramai tidak panik kerana peperiksaan percubaan bukan pengukur kejayaan calon serta tidak mempengaruhi prestasi pada peperiksaan sebenar.

“Kita ada kaedah dan tahap keselamatan tinggi termasuk penggunaan bilik kebal yang tidak mudah diceroboh bagi memastikan kertas soalan peperiksaan tidak bocor,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah Cabaran Toyota Eco Youth, di sini semalam.

Mohon jadi guru

Dalam perkembangan lain, Ka Siong berkata, kementerian menggalakkan lepasan SPM yang cemerlang memohon menjadi guru, manakala guru sedia ada yang berkelulusan diploma pula digalak melanjutkan pengajian, selaras sasaran menaik taraf sistem dan kualiti perguruan di negara ini selain membuka peluang guru ditawarkan gred lebih kompetitif. 



Sementara itu di Melaka, seorang lagi Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata semua 79 sekolah menengah vokasional (SMV) di seluruh negara akan dinaik taraf kepada kolej vokasional menjelang tahun depan dengan 15 sekolah dipilih dalam program rintis bagi melihat keberkesanan kursus selama empat tahun itu.


Katanya, lapan lagi SMV termasuk yang sedang dibina ketika ini akan dinaik taraf serupa penghujung Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) termasuk tiga di Johor iaitu Tanjung Piai, Pagoh dan Pasir Gudang, manakala masing-masing satu di Pasir Puteh, Kelantan; Kuala Berang, Terengganu; Pekan, Pahang; Dengkil, Selangor dan Gurun, Kedah.

“Pendidikan vokasional laluan penting ke arah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, berpengetahuan, inovatif dan mampu menghadapi saingan peringkat global," katanya selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional 2012, semalam. 


SUMBER; BERITA HARIAN 14/09/2012 - 05:53:16 AM
Kertas percubaan SPM bocor di FB

KUALA LUMPUR - Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa  sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

''Selalunya  mereka akan letak soalan itu  sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek, namun  apa yang menimbulkan tanda tanya sekarang mengapa tiada tindakan diambil meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial  berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun  selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah  tiada pada jam 3 petang tadi.

Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun  di laman tersebut.

“Saya harap pihak berkuasa termasuk Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus  tepat seperti soalan sebenar,” katanya.

SUMBER; SINAR HARIAN

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .