Sudah banyak didebatkan yang bajet negara sebelum ini lebih terarah kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.Tampung program rakyat
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada 2012 dianggarkan RM229 bilion dan ini bermakna perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.
Ini termasuk rumah mampu milik, pengangkutan awam yang lebih baik, keselamatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan, peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas.
Katanya, sementara sesetengah pihak lebih cenderung melabelkan Bajet 2013 sebagai ‘belanjawan pilihan raya’ berikutan programnya lebih berpusat kepada rakyat dan masa/tempoh untuk pilihan raya umum dijangka antara sekarang dan Jun tahun depan, seseorang itu tidak seharusnya lupa bahawa memperbaiki kehidupan rakyat menjadi seruan lantang Najib sejak memegang jawatan April 2009.
Aspirasi rakyat
Bajet itu, kata mereka, seiring dengan prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang akan mengambil kira aspirasi rakyat untuk kehidupan lebih baik dan bersandarkan kepada asas ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Dalam Bajet 2012 tahun lalu, Najib, yang juga Menteri Kewangan memilih tema “Dasar Transformasi Nasional: Membela Rakyat dan Menyejahterakan Negara.”
Dalam kata lain, falsafah Bajet 2013 melangkaui pilihan raya umum.
Sebaliknya, ia bersedia ke arah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat seperti meringankan kos kehidupan, memperbaiki penjagaan kesihatan, memajukan modal insan dan mengembangkan infrastruktur asas di kawasan kurang membangun, terutama di Sabah dan Sarawak.
Tangani kebimbangan pembayar cukai
Sehubungan itu, katanya, Najib, sebagai game-changer dalam transformasi politik dan ekonomi negara, akan memastikan Bajet 2013 akan menangani kebimbangan pembayar cukai kelas pertengahan bandar, yang pendapatan bulanan antara RM5,000 dan RM10,000.
Sudah banyak didebatkan yang bajet negara sebelum ini lebih terarah kepada kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas pertengahan kerap kali diketepikan.
“Kesejahteraan komuniti/masyarakat secara keseluruhannya termasuk penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan akan turut diberi perhatian bagi menggerakkan negara ke hadapan serta menyediakan penampan terhadap sebarang situasi luaran yang tidak menentu terutamanya pergolakan yang tercetus dari Eropah, tahun depan,” katanya.
Transformasi berjaya
Ini bermakna kesinambungan dasar perlu bagi merancakkan ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini, terutama dalam sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.
Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) mengikut Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan.
Ini jelas dengan kerancakan pelaburan sektor persendirian selain pengembangan pasaran modal tempatan menerusi kejayaan tawaran awam permulaan (IPO) berprofil tinggi seperti Felda Global Ventures Holdings Bhd dan IHH Healthcare Bhd, permodalan pasaran Bursa Malaysia yang lebih baik dan meningkatnya tarikan kewangan Islam dalam pasaran kewangan global.
Berikutan kejayaan pasaran modal tempatan dan peranan penting Malaysia dalam penerbitan bon-bon sukuk, kerajaan dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.
Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.
Ditanya bagaimana ia akan dilaksanakan walaupun Bajet itu adalah ‘belanjawan dengan pengembangan yang sedikit’, mereka menjelaskan yang ia akan dilakukan menerusi pengurusan kewangan lebih baik, termasuk mengurangkan pembaziran dan menyalurkan subsidi kepada kumpulan sasaran yang betul dan sesuai.
Ditanya sama ada persoalan mengenai duti eksais yang rendah untuk kenderaan bermotor akan ditangani dalam Bajet 2013, mereka berkata yang ucapan Najib seharusnya menjurus kepada menyemak semula industri automobil negara, di mana mata pencarian lebih 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri ini berhadapan risiko selain meneliti kebangkitan syarikat kereta nasional. - BERNAMA
sumber; BERITA HARIAN
Rumah mahal intipati Bajet 2013
PETALING JAYA 5 Sept. - Isu harga rumah yang melambung tinggi di Lembah Klang merupakan antara intipati yang bakal dibentangkan dalam Bajet 2013 pada 28 September ini.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, isu tersebut mendapat perhatian kerajaan kerana ia adalah cadangan utama rakyat untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kerajaan cukup sedar tentang kegelisahan dan kebimbangan seluruh rakyat tentang kenaikan harga rumah yang drastik dan tidak munasabah terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kita sedang menilai dan akan menangani dengan cara terbaik masalah itu termasuk menambah baik Skim Rumah Pertamaku," katanya ketika ditemui selepas melancarkan portal kemudahan dagangan mytradelink di sini hari ini.
Beliau turut membayangkan kemungkinan kerajaan akan menilai semula harga rumah kos rendah serta membabitkan penyertaan lebih banyak institusi perbankan dalam pembiayaan kediaman berkenaan.
Bagaimanapun, Donald enggan mengulas lanjut dan meminta rakyat sabar menanti Bajet 2013 yang kini dalam peringkat akhir disediakan.
"Bajet 2013 boleh dianggap sebagai bajet terbaik bagi menghadapi krisis ekonomi dunia dan transformasi Malaysia untuk mencapai negara berpendapatan tinggi pada 2020.
"Memang rakyat mahu tahu pelbagai perkara dalam bajet ini termasuk penurunan cukai pendapatan individu dan insentif-insentif lain. Jadi kena tunggulah 28 September ini," ujarnya.
Mengenai spekulasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua oleh kerajaan pada pengumuman Bajet 2013, sambil tersenyum beliau berkata, ia bergantung pada kedudukan dan kekukuhan kewangan negara.
"Kita tahu ramai yang menyambut baik apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian BR1M kali kedua, tetapi sudah tentu ia tertakluk pada keupayaan kewangan negara," katanya. (UTUSAN MALAYSIA)
Rakyat tunggu ‘hadiah’ Bajet 2013
KUALA LUMPUR – Jika bajet yang dibentangkan pada tahun lalu sarat dengan berita gembira dan durian runtuh untuk rakyat, kini sentimen itu pastinya berulang lagi pada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen hari ini.Sudah tentu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung tertunggu-tunggu satu lagi pembentangan bajet yang prihatin kepada rakyat.
Antara perkara yang diharapkan ialah hadiah untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang pendapatan ketika menghadapi kenaikan kos sara hidup termasuk keperluan harian yang semakin melambung.
Turut mendapat perhatian ialah bagaimana bajet kali ini mahu menangani kenaikan harga tanah dan rumah secara mendadak khususnya di bandar-bandar utama.
Menurut pemerhati pasaran, Bajet 2013 mungkin membantu golongan pertengahan yang memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 untuk memiliki rumah kediaman melalui Skim Rumah Pertamaku.
Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan tahun lalu dan ia disasarkan untuk membantu golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
0 Comments:
Post a Comment