Keliru Memilih Cinta Antara 2 Gadis
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini saya petik daripada Ruangan Bersama Dang Setia Metro Ahad. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama.
Para pelayar dijemput melayari artikel lama di blog ini :
1) Solat Sunat Istikharah Meneladani Rasululluah, klik di sini.
2) Solat Istikharah Jawapan Kekeliruan, Klik di sini
3) Usah Menangis Ia Bukan Milikmu Klik di sini
Antara 2 Gadis
SAYA jejaka berumur 20-an dan sudah bertunang, namun saya serba salah. Sebelum bertunang, saya mengenali gadis A satu tempat kerja dengan saya. Kami sangat akrab hingga pernah meluah hasrat ingin mengahwininya tetapi dia tidak bersedia lagi berumah tangga.
Kesan daripada itu saya kecewa. Sebelum mengenali gadis A, saya pernah berkawan dengan N yang kini tunang saya tetapi hubungan kami pada mulanya tidak kekal lama. Ini kerana selama tempoh saya berkawan dengan N, dia sering menyakitkan hati saya dengan kata-kata kesat.
Untuk pengetahuan Dang Setia, N mempunyai perawakan seperti ustazah dan dia antara gadis idaman saya selama ini. Namun saya mendapat tahu dia ada hubungan dengan seorang ustaz, lalu saya membawa diri kerana begitu kecewa.
Namun N menghubungi saya dan mengatakan pintu hatinya sudah terbuka semula untuk saya, mungkin setelah dia putus hubungan dengan ustaz itu, baru mencari saya semula dalam masa singkat.
Saya terima N memandangkan saya masih ada hati padanya dan akhirnya kami mengikat tali pertunangan. Tetapi, sepanjang tempoh pertunangan, A telah hubungi saya dan meluahkan bahawa dia cinta dan sayang pada saya dan mahu berkahwin dengan saya.
Saya mengenali gadis A sebagai pasangan yang serasi disebabkan sifat lemah lembut serta penyayang membuat saya tertarik padanya berbanding tunang saya. N pula begitu kasar sekali dengan saya, malah dia beberapa kali menengking dan menyakiti hati saya. Saya tidak pasti ingin memiliki A atau kekal bersama tunang saya. Saya harap Dang Setia sudi memberi pandangan dan nasihat untuk saya ini.
Sam
Teluk Intan, Perak.
Antara 2 Gadis
Sebaik saudara meluahkan mengenai kekeliruan dalam menyunting wanita sesuai menjadi suri dalam hidup saudara, Dang Setia berasa ciri utama digariskan Islam mungkin menjadi panduan terbaik.
Islam menekankan aspek ketinggian akhlak serta agama dalam diri seseorang wanita, sekali gus menjadi pilihan tepat sebagai ‘orang kanan’ kepada suami dalam memimpin hala tuju rumah tangga yang bahagia.
Untuk itu, saudara perlu membuat perbandingan terbaik pada sudut keperibadian di antara dua gadis yang menjadi pilihan. Yang mana lebih dekat dengan hati saudara serta calon isteri yang sentiasa menyejukkan hati berbanding rupa serta fizikal.
Pendek kata, perempuan itu seharusnya pandai menjaga hati serta menghormati suami. Itu antara kriteria penting dalam memilih pasangan.
Bukan mengambil kira faktor simpati mahupun ‘tangkap muat’ saja kerana hidup berumah tangga adalah urusan cukup serius dan seeloknya hubungan itu bertahan sehingga akhir hayat.
Selain itu, lakukan ikhtiar dengan mengerjakan solat Istikharah dalam menetapkan hati dan membantu memberi jawapan pasti kepada pilihan isteri sesuai.
Apabila sudah pasti gadis mana menjadi pilihan, jangan pula ‘bermain tarik tali’ dan perlu berterus-terang agar tidak terus memberi harapan kepada gadis tidak terpilih.
0 Comments:
Post a Comment