Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Kursus Sijil Pengajar Vokasional ( VTO)
 Ambilan 2013 Kini Telah Dibuka 


Pengambilan Pelajar Baru untuk Ambilan Januari & Mei 2013 bagi Kursus Sijil Pengajar Vokasional ( VTO) Kini Telah Dibuka 

Untuk makluman permohonan pengambilan pelajar ini dibuka mulai 3 September 2012 (Isnin) hingga 2 Oktober 2012 (Selasa).
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre
for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor.

CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 199.

CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.

KURSUS VTO

SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)

OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu :


“ Memiliki sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK “

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
  • Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
  • Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 bulan di CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
  • Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
KELAYAKAN MASUK :

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun
2. a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
    b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :
        i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau
        ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau
        iii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

Sila klik pada iklan di bawah untuk paparan yang lebih jelas.


CARA MEMOHON:

Untuk memohon sila klik BORANG ONLINE DI SINI

Hubungi

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1
Seksyen 19, 40900 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

+603-55438200
+603-55438398

Sambungan  Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru

8226/ 8225/ 8227/8295

Maklumat Lanjut sila layari http://www.ciast.gov.my

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .