Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Syukur dan sabar

"Di saat kita menangis, kerana tidak mampu membeli sepasang kasut,
ketahuilah, ada orang lain yang sedang menangis, kerana tidak dapat memakai sepasang kasut"



Syukur dan Sabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada pelayar blog cikgukaunseling.com. Apa khabar anda pada hari ini?

Alhamdulillah, kita masih bernafas pada pagi ini. Udara yang bersih di tempat cikgukaunseling.com, begitu juga diharapkan kepada pelayar blog ini.

Entry kali ini, saya memuatnaik sebuah klip video dari youtube untuk renungan bersama. Juga bagi memudahkan tugas cikgukaunseling.com semasa menjalankan sesi kaunseling individu.

Untuk menonton klip video ini, sila klik butang 'pause' pada klip video
di atas sidebar posting. Terima kasih.

 Kebahagiaan Ada Dalam Syukur dan Sabar
 
Semoga, kita menjadi hambaNya yang sabar dan syukur.

Kebahagiaan Ada Dalam Syukur dan Sabar 

Baca selanjutnya...

Kemana engkau akan mencari kebahagiaan hidup? Apakah dengan mendatangi tempat-tempat hiburan malam dapat memberikan kesejukan hati? Ataukah kebahagiaan itu diperolehi Dengan meneguk minuman beralkohol serta berbelanja sepuas-puasnya di Mall-Mall?  Atau dengan mengambil pil yang memabukkan dan merosakkan diri, estacy itu? Benarkah segala kegelisahan akan hilang dan kegundahan akan berganti dengan rasa tenang? 
Pasti jawabannya tidak.
Semua itu tidak lain akan mendatangkan kegundahan baru. Semakin engkau bawa diri dan hanyut dalam bentuk seperti itu, maka engkau akan semakin remuk, perlahan tapi pasti tanpa engkau sadari. 

Masihkah engkau mengukur kebahagiaan itu dengan limpahan benda, kedudukan yang tinggi, dan nama yang sering disebut-sebut dan di puji? Memang engkau tampak mampu berjalan dengan tenang secara lahiriah, namun batinmu begitu tersiksa, terasa kosong, hampa, terasa tak bermakna.

Sadarilah saudaraku,Sesungguhnya ketenangan dan kebahagiaan yang engkau cari ada dalam kerelaan dan kesyukuran diri. Sebuah kesyukuran yang wujud dalam bentuk amal-amal sholehmu dan kelapangan hatimu atas setiap ketentuan yang menghampiri disetiap detik kehidupanmu. 

Berbahagialah engkau, jika setiap kenikmatan yang menghampirimu menjadikanmu semakin jatuh dalam sujud kesyukuran. Berbahagialah engkau, ketika musibah tiada henti menerpamu, namun engkau tetap tegar dan tak berkeluh kesah atasnya.

Tiada usaha kecuali semua dicoba bungkus dengan kain kesabaran. Dan tiada engkau melihat kedua-duanya kecuali merupakan sebuah bentuk kebaikan. Sungguh ajaib jika engkau mampu berlaku demikian. Dan hanya bagi seorang mukmin sajalah semua itu lebih mudah dilakukan. 



Related Posts:

  • Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010 Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010 Peristiwa ini sudah berlalu lama tetapi ia dimuatnaik di sini sebagai perkongsian kisah kejayaan insan-insan cemerlang, yang datang dari luar bandar dan juga Orang Kelai… Read More
  • Petua 4 pelajar OKU Cemerlang Petua 4 pelajar OKU Cemerlang Mohd.Rifaat Hussin menerima ucapan tahniah dari Pengetua SMK St.John, En.Lim Hean Hua. sumber gambar ini dari Web Blog SMK St. John's I… Read More
  • Faedah Kemudahan dan Keistimewaan Pendaftaran OKU Faedah Kemudahan dan Keistimewaan Pendaftaran OKU 1.  Pengecualian Cukai Jalan. Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan (road tax) bagi orang kurang upaya fizikal yang meng… Read More
  • Tips pelajar cemerlang 2: Gadis Separa Buta Peroleh Kejayaan Calon separa buta peroleh kejayaan membanggakan SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahte… Read More
  • Syukur dan sabar "Di saat kita menangis, kerana tidak mampu membeli sepasang kasut, ketahuilah, ada orang lain yang sedang menangis, kerana tidak dapat memakai sepasang kasut" Syukur dan Sabar Assalamualaikum dan selamat sejahter… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .