Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tahniah Kepada Pemenang Educational Blog 2011

Tahniah Kepada Pemenang Educational Blog 2011




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun Blog Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV/AIDS SMKJP2 ada menyertai pertandingan Educational Blog 2011, dan tidak terpilih memenangi sebarang hadiah, saya bersyukur kepada Allah SWT, Kerana salah satu web blog yang saya bangunkan, mendapat perhatian juri.

Mungkin ini adalah salah satu hikmah saya berada di perjawatan pool, suatu jawatan yang memberi saya banyak masa di hadapan komputer. Sungguhpun begitu, saya rindukan saat-saat bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa, termasuk sebagai Guru Pendidikan Pencegahan Anti Dadah  dan SLAD.

Alhamdulilllah, antara kenangan indah sewaktu bertugas sebagai Guru PPDa ialah, pihak sekolah saya mewakili peringkat daerah seterusnya ke peringakat Negeri Johor, dalam Pertandingan Buku Skrap Anti Dadah  pada 2003. Sebagai guru penasihat, saya gembira dengan pencapaian bekas pelajar saya itu.

Alhamdulillahirabbila'lamin. Blog Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV/AIDS ini, akan terus saya bangunkan, selagi diizinkan Allah, dan selagi diperlukan.

Terima kasih kepada para pentadbir  SMKJP2, khususnya Encik Yahya bin Awang, Pengetua SMKJP2 2011 dan Encik Abdul Latif, GPK HEM SMK JP2 yang memberi sokongan atas pembinaan Web Blog PPDa SMKJP2.

Begitu juga kepada Puan Umi Kalsom dan Puan Nazila Fauzai selaku Guru Penasihat PPDa SMKJP2 yang memberi keizinan untuk saya menguruskan blog PPDASMKJP2 ini.

Untuk melihat senarai pemenang, sila klik http://ict.upsi.edu.my/index.php/keputusan-pemenang

Terima kasih kepada penganjur, yang mengadakan Pertandingan Educational Blog 2011. Sekian wassalam.

Related Posts:

  • Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434 Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini cuaca agak baik di sini. Entry 2 dalam 1 kali ini.  Blog untuk ibuku: http://memoirseorangguru.blogspot.com/… Read More
  • SENARAI BLOG GURU BAHASA MELAYU MALAYSIASENARAI BLOG GURU BAHASA MELAYU MALAYSIA Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Senarai ini adalah bagi memudahkan saya dan para pengunjung blog ini mendapatkan ilmu berkitan Bahasa Melayu. Blog-blog di bawah adalah blog yan… Read More
  • Tahniah Kepada Pemenang Educational Blog 2011 Tahniah Kepada Pemenang Educational Blog 2011 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun Blog Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV/AIDS SMKJP2 ada menyertai pertandingan Educational Blog 2011, dan tidak terp… Read More
  • Pembelajaran Atas Talian Teknologi untuk Generasi V Pembelajaran Atas Talian Teknologi untuk Generasi V SUDAH lebih sedekad dunia melang­kah alaf baru menyaksikan sektor pendidikan negara berubah dengan suntikan pembaharuan mekanisme moden dalam sistem pembelajaran. … Read More
  • Pertandingan Educational Blogging Anjuran UPSI Pertandingan Educational Blogging Anjuran UPSI Tahniah, Pemenang Educational Blog 2011 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk melihat senarai pemenang, sila klik http://ict.upsi.edu.my/index.php/keputusan-peme… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .