Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Ramadhan, Kami Tunggu Kehadiranmu,

Ramadhan, Kami Tunggu Kehadiranmu

Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Ramadhan merupakan bulan anugerah Allah SWT kepada manusia. Menjelang 1 Ramadhan yang bakal kita tempuhi tidak lama lagi, selaku umat Islam pastinya kedatangan bulan yang mulia ini merupakan bulan yang sangat dinanti-nantikan dengan penuh kegembiraan.

Bulan Ramadhan, ia bukannya berkenaan ibadah puasa semata-mata. Namun, ia berkaitan segala ibadah kurniaan Allah buat santapan rohani manusia.



Sepanjang Bulan Ramadan, samada selama  29 hari atau 30 hari, Ramadan cukup berbeza daripada bulan-bulan yang lain, daripada aspek pengisian waktu, sama ada waktu siangnya mahupun malamnya.

Contoh amalan soleh yang boleh kita lakukan pada bulan Ramadan ialah memperbanyakkan membaca Al Quran.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Bacalah al-Quran, kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, amalan berdoa juga eloklah diamalkan. Dalam hal ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum tiba bulan Ramadan, Baginda sering berdoa.

Di antara doa Baginda itu ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dari Annas Radiallahuanhu maksudnya :

"Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan".







Sabda Baginda yang bermaksud:

“Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Selalu berdoa kepada Allah juga merupakan suatu amalan soleh. Allah berfirman:



Maksudnya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Surah Al Baqarah, Ayat 186



Sebagaimana yang kita maklumi bulan Ramadan mempunyai beberapa kelebihan-kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri. Seperti mana hadis Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, dari Abi Hurairah Radiallahuanhu Baginda bersabda maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu".



Di bulan Ramadan ini juga, segala pintu-pintu Syurga terbuka luas, semua pintu Neraka tertutup rapat, hal ini dijelaskan dalam hadis Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :




"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Ketika bulan Ramadan tiba, maka semua pintu-pintu Syurga dibuka, kesemua pintu Neraka akan tertutup, semua syaitan akan dibelenggu".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Sudah jelas kepada kita betapa pentingnya ibadat puasa itu dilakukan, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan penuh keikhlasan, tawaduk dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan zikir, beristighfar, memperbanyakkan membaca Al-Qur'an, melakukan sembahyang-sembahyang sunat dan sebagainya.

Semoga dengan tibanya Ramadan pada tahun ini kita akan dapat melaksanakan setiap amal ibadat di sepanjang bulan yang mulia ini dengan lebih sempurna lagi, lalu mendapat keredhaan Allah. Amin Ya Rabbal'alamin.

2 Comments:

ANNE SALWA said...

btl tu dibulan ramadhan dibuka semua pintu syurga...ditutup pintu neraka,dihentikan siksaan keatas mayat muslimin yg berdosa,direhatkan mayat2 dari azab kubur,bertasbih sekelian makhluk kpd penciptaNYA..,dibelenggu semua iblis dan syaitan dari menganggu umat Muhammad,tp ada manusia yg menjadi setan...x percaya nanti tgk lah berita dlm TV

ummu said...

Begitulah istimewanya Umat Muhammad
diberikan keistimewaan bula ramadhan
diikat syaitan
tetapi manusia jua yang tak bersyukur

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .