Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Imej UFO dirakam secara langsung

Imej UFO dirakam secara langsung


Imej UFO dirakam secara langsung


FORT WORTH, Texas - Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) dirakamkan oleh seorang jurugambar sebuah stesen televisyen secara kebetulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penonton dapat melihat satu objek berwarna putih bergerak semasa menonton program siaran langsung mengenai perkembangan lalu lintas di Forth Worth di stesen televisyen KXAS pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan baru-baru ini.

Di bahagian kanan atas video itu kelihatan cahaya terang dari langit yang kemudian lenyap daripada pemandangan. Tayangan gerak perlahan menunjukkan cahaya samar berwarna putih berada di sebelah kanan gambar.

Terdapat beberapa penonton yang membuat spekulasi bahawa ia mungkin terjadi disebabkan pantulan cahaya daripada menara televisyen.

Namun, terdapat juga beberapa orang yang menyatakan mereka telah melihat objek itu.

"Saya sedang duduk di luar rumah jiran saya dan saya melihat satu cahaya di langit bergerak di atas pokok.

"Jiran saya, Bill juga melihat imej itu," kata seorang saksi yang menghantar mesej di laman web stesen berkenaan.

Menurut seorang lagi saksi, imej itu kelihatan seperti tahi bintang yang sudah tiba di atmosfera Bumi. - Agensi

Related Posts:

  • PNB sokong usaha kerajaan galakkan kewangan Islam PNB sokong usaha kerajaan galakkan kewangan Islam Permodalan Nasional Berhad melalui  MNRB Holdings Bhd ada menawarkan Biasiswa dalam pelbagai jurusaan khususnya dalam bidang kewangan. Jasi bagi para pelajar cal… Read More
  • Tips Blogging Cara Masukkan Link Di Posting  Tips Blogging Cara Masukkan Link Di Posting Cara Masukkan Link Di Posting; Bagaimana  cara memasukkan link pada postingan blog blogger? Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar? Kali ini myraudhatuluk… Read More
  • Apple ungguli segmen telefon mudah alih di AS Apple ungguli segmen telefon mudah alih di AS An iPhone 5 user poses with his smartphone.  A research firm said Apple is now the biggest seller of phones in the US. TAM NODA S… Read More
  • Open Your EyesOpen Your Eyes With Lyrics Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar teman-teman followers blog ini? Semoga sihat-sihat semuanya. begitu jua doa saya mengiringi Encik Piewahid, salah seorang follower blog saya ini. B… Read More
  • SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT GLC MALAYSIASENARAI SYARIKAT-SYARIKAT GLC MALAYSIA Kereta Proton Emas merupakan antara produk baharu GLC yang diperkenalkan kepada orang ramai di Hari Terbuka GLC di Kuala Lumpur. - Gambar Hiasan  Hari ini adalah hari tera… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .