PERMOHONAN GURU LEPASAN SPM AMBILAN 2019
🎓PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2019🎓
🎯Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.
🎯Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:
📌Warganegara Malaysia.
📌Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019.
📌Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
📌Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
📌Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
📌Lulus Bahasa Inggeris.
📌Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
PENGAMBILAN GURU DINI DAN GURU TAHFIZ SECARA INTERIM DI SEKOLAH-MENENGAH KPM AMBILAN TAHUN 2019
PENGAMBILAN GURU AGAMA DAN TAHFIZ DI SEKOLAH KPM 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).Calon-calon hendaklah:
Calon-calon hendaklah:
2.1. Warganegara Malaysia;
2.2. Sihat tubuh badan;
2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019;
2.4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
2.4.1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50 atau yang setara dengannya;
2.4.2. Bagi Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia;
2.4.3. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para 2.4.2.;
2.4.4. Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda dari IPTS tempatan dan instituti luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
2.4.5. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
Permohonan dibuka mulai 11 Mac 2019 (jam 1.00 tengah hari) sehingga 17 Mac 2019.
Sumber:
🎓PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2019🎓
🎯Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.
🎯Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:
📌Warganegara Malaysia.
📌Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019.
📌Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
📌Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
📌Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
📌Lulus Bahasa Inggeris.
📌Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
🎯Tip temuduga:
WHI MENARA GADING: MEMILIH @ DIPILIH
Bagi sesiapa yang tidak berpeluang untuk menonton siaran langsung rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada tengah hari tadi iaitu bual bicara bersama panel mengenai Topik MENARA GADING: MEMILIH @ DIPILIH , anda boleh menonton siaran ulangan di laman Youtube. Link tertera di bawah. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian daripada ahli panel.
Youtube TV3 MALAYSIA:
https://youtu.be/HB2RQocpEy4
Show slot “ Wanita Hari Ini TV3”.
Topik “ Menara Gading : Memilih @ dipilih”
Tarikh : 6 Mac 2019 (Rabu).
Live : 12tgh - 1pm
Lokasi : Sri Pentas TV3
Panel 1. Prof Madya Dr Zuraidah bt Abd Manaf
Pengarah, Pusat Sitasi JPT KPM
Panel 2: Pn Norhisham bt Abdul Razak
Kaunselor, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang.
#halatuju
Gambar ketika Pn Norhisham bertugas di Kolej Matrikulasi Pahang Gambang,Kuantan sedang menyampaikan ceramah halatuju di SMK Lepar Hilir pada tahun 2013.
http://cgkaunseling.blogspot.com/2013/07/ceramah-kerjaya-taklimat-kemasukan-ke.html?m=0
Tahniah puan. Sekarang muncul di kaca TV pula.☺️
BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AWAM 2019
BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019
BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).
Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Biasiswa ini adalah khusus kepada pelajar universiti awam SAHAJA.
Objektif Program
- Melahirkan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi memenuhi keperluan di sekolah menengah seluruh negara; dan
- Memberi motivasi kepada calon guru yang berprestasi tinggi untuk mengekalkan kecemerlangan ke arah menjadi tenaga pengajar yang inovatif dan berkepakaran.
Bidang Pengajian Tawaran Biasiswa Perguruan 2019
- Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
- Sejarah
- Geografi
- Sains Rumah Tangga / Ekonomi Rumah Tangga
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Seni Visual
- Pendidikan Khas
- Kimpalan & Fabrikasi Logam
Tempat Pengajian
Semua Universiti Awam di seluruh negara
Syarat Permohonan
Syarat Umum
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun permohonan);
- Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan oleh KPM;
- Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
- Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
- Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Syarat Asas Akademik
- Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam;
- Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda; dan
- Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Catatan: Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan pertama perlu LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga sebelum ditawarkan biasiswa ini.
KAEDAH PERMOHONAN:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di alamat https://epenawaran.moe.gov.my
Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2019 dan ditutup pada 31 Mac 2019.
PANDUAN PERMOHONAN, Sila Klik di pautan ini.
Peringatan: Calon tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar seperti surat sokongan, panggilan telefon atau lain-lain medium perhubungan daripada pihak istana, ahli politik dan lain-lain pihak yang berpengaruh untuk memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap urusan permohonan biasiswa ISMP dan pegawai awam yang terlibat dalam urusan permohonan termasuk menguruskan, mempertimbangkan dan memperakukan permohonan, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pihak lain.
Kaedah Pemilihan
- Syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM;
- Ujian Kelayakan Calon Guru; dan
- Penilaian oleh panel temu duga.
Sumber;
BIASISWA PENUH KERAJAAN TURKI (DEGREE, MASTER,PHD)
Buat pemudi-pemudi.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Turki menawarkan biasiswa penuh untuk semua peringkat pengajian tinggi (Degree, Master, & PhD) di universiti-universiti terkemuka Turki bagi sesi kemasukan 2019/2020.
Rakyat Malaysia yang berminat diseru untuk memohon mulai 15 Januari hingga 20 Februari 2019. Permohonan adalah percuma dan biasiswa ini menampung sepenuhnya pengajian anda di Turki.
Sistem permohonan masih belum dibuka, dan anda yang berminat amatlah digalakkan supaya melakukan persiapan dari sekarang untuk melancarkan proses permohonan mulai 15 Januari 2019
Perhatian! permohonan HANYA boleh dihantar melalui sistem atas talian https://tbbs.turkiyeburslari.gov.tr/.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang rasmi (https://www.turkiyeburslari.gov.tr/en/english-home/) atau emelkan persoalan ke info@turkiyeburslari.gov.tr
Anda juga boleh berusaha menghubungi para pelajar Malaysia yang pernah dan sedang menuntut di Turki dengan biasiswa kerajaan Turki ini untuk mengukuhkan persediaan permohonan anda.
Antara inisiatif yang boleh diambil adalah seperti menghubungi Persatuan Pelajar Malaysia di Turki di mana laman FB rasmi mereka ialah Malaysian Student Association in Turkey (MASAT).
Ramai pelajar Malaysia yang berbakat besar bernaung di bawah persatuan MASAT ini, pastinya ada antara mereka yang bersedia untuk berkongsi pengalaman dan panduan dengan anda.
Saya doakan semoga tahun ini ramai pelajar Malaysia menerima biasiswa kerajaan Turki dan berpeluang untuk menimba ilmu di bumi pertengahan antara Kuasa Timur dan Kuasa Barat ini.
Semoga berjaya,
Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
🌹Info Kaunseling Kerjaya SMK Arau,Perlis🌹
Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia 2018: Mohon bantuan netizens likes Video Arau Buddyz Team
SIMPOSIUM HEM 2018 TERENGGANU
Assalamualaikum dan selamat malam. Saya dengan ini memohon bantuan rakan-rakan guru sekalian untuk meng klik likes kepada video kami yang tak seberapa ini, https://youtu.be/6SQCrJl4tI4 kerana kami menyertai Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018.
Segala bantuan pihak tuan puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Sekian, wassalam.
https://youtu.be/6SQCrJl4tI4
Terima kasih, semua.
CSR KE LOMBOK OLEH PEKA KPM
TEAM CSR PEKA Pasca Trauma Gempa akan menggerakkan team bersama team sukarelawan Universitas Hamzanwadi untuk membantu mangsa gempa bumi Lombok
Sebarkan untuk bantuan sumbangan kepada seluruh rakan rakan kita di Malaysia buat saudara kita di Lombok
LAWATAN SAMBL BELAJAR RUMAH PUTRA KE MUZIUM LEMBAH BUJANG KEDAH
Alhamdulillah
😊saya menyaksikan terbit mentari di ufuk timur.Allahu Akbar.
😍Terasa betapa beharganya nikmat pancaindera penglihatan.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yg kamu dustakan?
Pagi ini kami beraktiviti riadah dan tadabbur alam di Homestay di Pantai Murni,Yan.Kem ini telah lama Puan Siti Hajar Penasihat Rumah PUTRA rancangkan bagi menghargai atlet-atlet rumah sukan PUTRA kami yang bertungkus lumus mendapatkan Johan untuk sukan sekolah kami awal tahun dahulu.
Bagi kami,menunaikan janji untuk anak murid kami adalah penting untuk menjayakan program ini.Agar mereka lebih bermotivasi dalam pembelajaran di sekolah nanti.
Oleh itu,kami membawa anak-anak atlet kami ke Program Lawatan Sambil Belajar ke Yan, Kedah.
Alhamdulillah semalam telah membawa mereka melalui Muzium Lembah Bujang dan melihat Tapak Sejarah Arkeologi Sungai Batu,Lembah Bujang,Kedah.
😬
✅PERPER
PERMOHONAN KE KKTM OGOS 2018
Cepat cepat peluang kedua kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi lagi di Institusi Latihan Kemahiran Awam
😬Permohonan ke ILP dan KKTM.Rebutlah peluang ini ya anak-anak.
🍄Contoh artikel saya dalam web blog saya;
PERMOHONAN KE ILP OGOS 2018 DIBUKA SEKARANG
✅Cepat cepat peluang kedua kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi lagi di Institusi Latihan Kemahiran Awam
😬Permohonan ke ILP dan KKTM.Rebutlah peluang ini ya anak-anak.
Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 kini telah dibuka.
Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 kini telah dibuka. Kepada semua calon SPM 2018 yang berkenaan. Sila ambil tindakan segera atau berjumpalah kaunselor anda untuk bimbingan halatuju seterusnya...
By Puan Ummi Saturday, June 16, 2018
Halatuju, Halatuju Selepas Matrikulasi KPM, Halatuju Selepas STPM, IPTA, IPTS, kaunseling kerjaya, Panduan Temuduga, selepas SPM, TIP TEMUDUGA
TIP TEMUDUGA UNIVERSITI AWAM SIRI 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kepada anak-anak lepasan KMPh yang telah berjaya dipanggil menghadiri temuduga ke Universiti Awam.
Di sini, saya cuba kongsikan beberapa tips temuduga. Dalam banyak cara, temuduga universiti benar-benar tidak berbeza daripada temuduga pekerjaan yang biasa di mana ianya:
- Ia bukan seperti kaedah sains sebenar yang tepat.
- Semua penemuduga membuat pertimbangan berdasarkan APA YANG MEREKA LIHAT DAN APA YANG MEREKA DENGAR. Bagi mereka, kelayakan akademik telah dipertimbangkan dan anda telah sebaik sahaja anda dipilih untuk ditemuduga.
- TANGGAPAN PERTAMA adalah sangat penting. Anda perlu bersedia tentang perkara ini dalam fikiran apabila anda bersedia untuk temuduga universiti anda untuk memastikan anda melakukan apa yang anda boleh untuk mencipta imej atau impression yang betul di mata penemuduga.
Secara umumnya, di dalam satu-satu temuduga , lebih kurang sebanyak 90% daripada komunikasi dinyatakan secara bukan lisan, jadi anda perlu amat peka tentang kesan bahasa badan anda dan bagaimana untuk menggunakannya untuk member kelebihan kepada anda.
Selain daripada itu, kajian-kajian tentang kursus, program dan institusi yang anda pohon adalah juga penting daripada segi pengetahuan untuk lebih yakin menjawab soalan-soalan berkaitan ketika temuduga.
Di galakkan juga membaca panduan-panduan untuk menghadapi temuduga daripada internet atau buku-buku dalam pasaran.
ADI, di sini saya cuba disenaraikan beberapa tip untuk bersedia dalam menjalani sesi temuduga dan panduan tentang perkara-perkara yang SEPATUTNYA dibuat dan yang TIDAK BOLEH dibuat ketika temuduga.
BUAT
KETIKA DATANG DAN PERSEDIAAN DI BILIK MENUNGGU
- Sampai awal. Di cadangkan lebih kurang ½ jam lebih awal kerana kadang-kadang anda perlu mengisi borang-borang khas selain daripada menunggu giliran. Ia juga memberikan anda masa untuk menenangkan diri anda.
- Pastikan anda telah buang air kecil,air besar atau tidak dalam keadaan dahaga atau lapar. Kesan-kesan biologi ini juga akan mengganggu anda terutamanya ketika anda masih gugup atau berdebar ketika dalam bilik temuduga selepas itu.
- Pakai pakaian yang SESUAI DAN SELESA. Sila semak atau buat kajian tentang kod pakaian universiti atau kolej berkenaan secara umum tetapi anda mesti memakai pakaian yang FORMAL. Saya akan ulas tentang pakaian formal dalam entri yang lain.
CARA ANDA BERPAKAIAN AMAT MEMPENGARUHI TANGGAPAN PERTAMA(FIRST IMPRESSION) PARA PENEMUDUGA.
Contoh pakaian-pakaian formal untuk temuduga bagi sektor kerajaan
- Semua dokumen seperti sijil dan sebagainya mesti disusun dengan teratur dalam album atau folder yang sesuai.
- Menggunakan briefcase yang bersaiz sederhana dan ringkas akan membuatkan anda nampak lebih professional , teratur dan yakin. Pastikan anda tahu kedudukan setiap dokumen di dalambriefcase anda.
- Mesti bawa pen kerana agak tidak elok jika anda meminta pinjam pen yang menunjukkan anda tidak bersedia.
KETIKA MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
- Ketuk pintu dan tunggu panggilan/diarahkan masuk. Sekiranya ada kakitangan yang membukakan pintu, ucapkan terima kasih.
KETIKA MELANGKAH MASUK DAN SEBELUM DUDUK
- Sebaik sahaja masuk, dengan segera tengok kedudukan para penemuduga, pandang kearah mereka dan berikan salam atau ucapan selamat dengan suara yang mereka boleh dengar.
- Biasanya mereka akan mempersilakan anda untuk pergi ke kerusi untuk anda duduk. Minta izin untuk duduk jika mereka tidak berkata-apa sambil berdiri memandang mereka.
KETIKA SEDANG DUDUK DAN DI TEMUDUGA
- Setelah anda duduk, dengan perlahan dan teratur anda keluarkan folder dokumen/sijil anda dan dengan sopan anda bangun semula dan serahkannya kepada para penemuduga.Kadang-kadang mereka terus minta daripada anda tetapi anda mesti melakukannya dengan tenang, teratur dan sopan.
- BAHASA - jika penemuduga memulakan sesi dengan bahasa Inggeris, seboleh-bolehnya anda dikehendaki menjawab atau berkomunikasi dengan bahasa yang sama.Yang penting anda boleh menjawab atau menerangkan sesuatu dengan tenang dan yakin kerana ia akan menutupi kelemahan anda dari segi tatabahasa dan sebagai. Sekiranya, tiada sebarang bahasa yang disarankan, saya cadangkan anda berkomunikasi dengan mana-mana bahasa yang anda selesa untuk mengelakkan penggunaan bahasa rojak. Untuk membuatkan anda lebih bersedia, latihan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga adalah amat-amat digalakkan untuk melancarkan pertuturan anda ketika temuduga sebenar.
- Elakkan slang yang keterlaluan jika menggunakan Bahasa Inggeris jika tujuannya untuk menunjukkan anda lebih baik kerana ia mungkin menimbulkan pandangan yang agak pelik atau lucu dikalangan penemuduga melainkan ia memang semulajadi.
TIP-TIP UMUM YANG PENTING
- KEDUDUKAN(POSITIONING) duduk anda. Berhati-hati dengan kedudukan anda, pastikan anda duduk tegak (condong ke hadapan sedikit membantu untuk mewujudkan satu gambaran kesungguhan).
- SENYUM-ia adalah cara yang paling mudah untuk membuat kesan yang positif.
- Tunjukan ketegasan dan keyakinan anda dengan bahasa(pergerakan) tangan yang sesuai.
- Pastikan hubungan mata yang baik sepanjang temuduga. Ini menunjukkan anda berminat apa yang ditanya atau yang diperkatakan oleh penemuduga.
- Mengekalkan ungkapan/gerakan minima berminat - mengangguk dan membuat isyarat yang positif, sebagaimana yang sesuai. Jika sesuai atau ada kesempatan, anda boleh menyatakan persetujuan anda secara lisan.
JANGAN
- NAMPAK GELISAH di tempat duduk anda, bermain dengan rambut anda atau barang kemas. Jangan “meletup”/membunyikan jari-jari anda.
- NAMPAK pemalas di kerusi anda dan melihat ke bawah atau ke atas tanpa memberikan perhatian
- Melipat tangan anda di dada anda - ia akan membuat anda kelihatan dijaga dan tidak mesra
- Memberi tumpuan kepada hanya seorang anggota panel temuduga - pastikan anda menangani semua penemuramah
- Terlalu yakin sehingga menjengkelkan penemuduga. Kekal tenang, yakin dan sentiasa nampak dan berkomunikasi secara sopan sepanjang sesi.
KETIKA MENINGGALKAN PARA PENEMUDUGA
- Senyum dan ucapkan terima kasih. Bangun dengan tertib dan boleh bersalaman jika keadaan sesuai. Jangan lupa minta secara sopan folder dokumen anda dan masukkan perlahan-lahan ke dalam briefcasedan melangkah keluar dengan sopan.
Saya juga sedar bahawa situasi temuduga boleh menjadi agak menekan tetapi disebabkan kesilapan bahasa-bahasa badan dengan mudah ia boleh mengorbankan tumpuan dan ketenangan anda untuk menjawab soalan-soalan dengan baik.
Seboleh mungkin, cuba untuk elakkan ini berlaku kerana setiap soalan baru ditanya, anda boleh menggunakan panduan ini dengan segera untuk menangani semula bahasa badan anda - duduk sedikit lurus, memberi senyuman, untuk megekalkan hubungan mata dan hanya kemudian untuk menjawab setiap soalan seterusnya.
- Ambil masa yang secukupnya untuk anda bertenang sebelum menjawab. Kadang-kadang penemuduga tidak menilai APA yang anda jawab tetapi BAGAIMANA anda menjawab.
- Kebiasaannya setiap penemuduga ada tugas masing-masing yang khusus yang akan memerhati, menilai dan member setiap prestasi anda semasa ditemuduga. BAHASA BADAN ialah satu daripadanya.
Seperti perkara-perkara atau kemahiran-kemahiran lain penggunaan bahasa badan yang baik adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan dengan mengamalkannya, ia akan membuat ia lebih mudah.
Selain daripada itu, persediaan yang baik terlebih dahulu dan keyakinan tentang bagaimana ada dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya harus memberi anda lebih sedikit ruang untuk memberi tumpuan kepada juga mewujudkan tanggapan yang yang meyakinkan bukan lisan semasa temu duga anda.
SELAMAT BERSEDIA DAN BERJAYA!
Contoh Interview Video Resume UKM
Di era persaingan kerja yang semakin ketat seperti ketika ini, pemohon dituntut untuk lebih kreatif dalam menyampaikan permohonan pekerjaan agar mendapat perhatian daripada pihak majikan. Salah satu yang boleh dilakukan untuk tampil beda adalah membuat video resume atau ringkasan CV sebagai alternatif untuk menyertai CV yang dihantar.
Agar video resume tersebut benar-benar membuat anda berbeza, tentu harus dibuat semenarik mungkin. Sehingga, bakal majikan atau penemuduga (jika anda menghantar video resume kepada pihak universiti) menjadi terkesan dengan kompetensi yang anda miliki.
Anak-Anak KMPh. Dateline hantar video resume UKM semakin hampir. Ada yang kena hantar tarikh akhir pada 25/05/2016.
Contoh video resume UKM:
Muhamad Yusmadi bin Md Yusuf
https://youtu.be/EEB7Rn1H9r4
Raja Nur Ezzah binti Raja Iskandar
http://www.google.com/url?q=http://m.youtube.com/watch%3Fv%3DGEViyCRh2Vs&sa=U&ved=0ahUKEwim_fmHh-bMAhXBJpQKHYfqCqsQtwIICzAA&usg=AFQjCNGikAcz5LKM3Q06QghNwoE8oxRYFQ
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .