JPA TIDAK CADANG MANSUH SISTEM 'POOL'
Berita Harian
2010/03/11
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak bercadang memansuhkan sistem ‘pool’, sebaliknya kajian komprehensif terhadapnya akan menumpukan kepada usaha memperbaiki kaedah kaunseling penjawat awam bermasalah.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, juga menjelaskan tidak semua penjawat awam yang dimasukkan ke dalam ‘pool’ dihukum kerana berhadapan masalah dalam perkhidmatan.
“Sistem ini masih relevan kerana ada penjawat awam yang perlu ‘direhatkan’ sementara kerana masalah kesihatan, gangguan mental, tempoh peralihan menunggu untuk dipindahkan ke tempat kerja baru, selain tindakan tatatertib atau dihadapkan ke mahkamah. “Jika mereka ini dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa, dikhuatiri sukar memberi tumpuan sepenuhnya, sekali gus memberi kesan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.
“Sebab itu tumpuan diberikan kepada aspek kaunseling kerana menerusinya punca masalah dapat dikesan, selain meredakan tekanan yang dihadapi penjawat awam terbabit,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, mengarahkan sistem ‘pool’ yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum bagi penjawat awam dikaji semula secara komprehensif.
Najib mahu JPA memberi perhatian kepada pendidikan berterusan, peningkatan kemahiran, perancangan penggantian dan kemajuan kerjaya penjawat awam ketika dalam ‘pool’.
Ismail berkata, ketika ini di JPA saja ada kira-kira 40 penjawat awam dengan pelbagai masalah diberikan jawatan tanpa portfolio dalam sistem ‘pool’ itu.
Kredit to; Blog perkhidmatanawam
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
civil servant
» JPA TIDAK CADANG MANSUH SISTEM 'POOL'
JPA TIDAK CADANG MANSUH SISTEM 'POOL'
Related Posts:
Cuepecs minta penjelasan penggabungan kementerian Cuepecs minta penjelasan penggabungan kementerian PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepecs) akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dan Penga… Read More
Paparan prestasi pelajar atas talianPaparan prestasi pelajar atas talian Paparan prestasi pelajar atas talian Putrajaya: Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem paparan prestasi persekolahan pelajar secara atas talian bagi memudahkan ibu … Read More
Muat Turun Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Muat Turun Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Bahan untuk muat turun oleh guru-guru berkaitan di bawah HEM. Unit Kaunseling juga adalah salah satu unit di bawah HEM. Bil Keterangan Skim Pinjaman Buku Teks … Read More
Cabaran warga pendidik luar bandar Cabaran warga pendidik luar bandar Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/cabaran-warga-pendidik-luar-bandar-14241?cp … Read More
TEMA HARI GURU 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA TEMA HARI GURU 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA Dimaklumkan bahawa tema yang telah diperserujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah: “GURU MALAYSIA : … Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment