Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM



Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah, kita bertemu kembali di sesi persekolahan ini. Pagi yang cerah, cuaca yang nyaman. Semoga para pelajar kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang lebih baik.

Kepada para pelajar Tingkatan 5 SMKJP2 dan pelajar lain yang melayari blog ini, diucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 201. Semoga anda dapat menjawabnya dengan tenang dan cemerlang.

Bak kata Tuan Pengetua SMKJP2, Encik Yahya Bin Awang, pada perhimpunan pagi tadi, "Kejayaan cemerlang akan terhasil apabila pelajar biasa yang berusaha secara luar biasa".

Usaha yang luar biasa oleh pelajar biasa = kejayaan luar biasa
Usaha yang biasa oleh pelajar biasa = kejayaan biasa.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan PMR tidak lama lagi, semoga anda telah bersedia. Pelbagai pecutan akhir yang disediakan oleh pihak sekolah termasuk kelas tambahan yang diadakan oleh guru yang berdedikasi pada musim cuti yang lalu.Persediaan fizikal, mantel, rohani dan emosi amat perlu dijalin bersama agar pecutan anda berjaya ke garisan dengan jayanya. 

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan mengiringi anda.

Related Posts:

  • Terima Kasih Jururawat Malaysia Terima Kasih Jururawat Malaysia Selamat Hari Jururawat (Selasa,12 Mei 2009). Begitu juga buat para doktor yang bertungkus-lumus sampai takde masa nak rehat dan nak makan sebab nak utamakan keselamatan pesakit. Hari dok… Read More
  • Usah Menangis Ia bukan Milikmu Usah Menangis, Ia Bukan Milikmu http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/  sumber gambar dari internet. Assalamualaikum buat pelayar Muslim teratak ini. Alhamdulillah hari ini dapat lagi kita bertemu di… Read More
  • Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan, Zainun pendidik sejati,  Kaki lumpuh bukan halangan   Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup, walaupun setelah kita mati Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedikit petikan dari artikel sepenuhnya di… Read More
  • Guest House at Kelantan Sri Pauh Guest House, Kelantan Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera. Entry kali ini,cikgukaunseling dedikasikan kepada Puan Hajah Mariam, salah seorang followers blog ini, yang suatu ketika dahulu sangat … Read More
  • All The Best MUET & MTeST All The Best MUET & MTeST Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak Jurnal Kehidupan ini, dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, Hari Sabtu yang nyaman. Walaupun cuaca di tempat myraudhatulukhuwah ini … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .