Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Syor YB Datuk Halimah (MP-Tenggara)

SYOR YB DATUK HALIMAH (MP-TENGGARA) BERKAITAN PEGAWAI-PEGAWAI POOL DIALU-ALUKAN

Entry ini dipetik dari blog Wiramalaysia.

YB Datuk Halimah Sadique (BN Tenggara) pada 25 Mac 2010 telah menyokong perkara penting yang dibangkitkan oleh YAB PM semasa MAPA 11 iaitu mengenai sistem pool di JPA. PM berpendapat bahawa kajian komprehensif perlu dilakukan supaya keadilan asasi dapat ditegaskan dan penilaian yang berkecuali dibuat ke atas pegawai-pegawai yang berada di pool. Kini terdapat lebih kurang 40 orang pegawai-pegawai kanan di tempatkan di pool dan ada juga yang telah berada di situ selama 2 hingga 3 tahun.

YB Tenggara berpendapat bahawa eloklah kedudukan pegawai-pegawai pool ini dilihat secara individu disamping menggunakan potensi mereka untuk terus menyumbang kepada rakyat dan negara. Beliau memberi tahu Parlimen bahawa adalah tidak wajar melihat pegawai-pegawai di pool secara rambang kerana majoriti pegawai-pegawai ini telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara selama berkhidmat 25 tahun. YB juga mencadangkan pegawai pool yang ada sekarang ini ditempatkan di jabatan-jabatan sesuai demi kepentingan rakyat seperti di Tekun, Mara, Risda, Felcra dan lain-lain agensi dan jabatan kerajaan termasuklah LPKP.

Related Posts:

  • Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011 Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera, Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas&n… Read More
  • Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Tarikh kemasukan Markah Lisan dan Kerja Kursus bermula dari 1 Ogos 2012 (Rabu) hingga 30 Ogos 2012 (Khamis) … Read More
  • Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012 Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012 Bagi Sekolah Sesi Petang berdasarkan Pemberitahuan KPM di website rasmi KPM. Sil… Read More
  • Senarai Tugas GBK SENARAI TUGAS SENARAI TUGAS KAUNSELOR 1. MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH..2. MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING3. SEKOLAH MELALUI … Read More
  • Direktori Pejabat Pelajaran Maran Direktori Pejabat Pelajaran Maran ALAMAT PPD MARAN: Pejabat Pelajaran Daerah Maran Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Maran, 26500 MARAN, Pahang, Malaysia  No Telefon 09-4771751 No Fax 09-4771737 … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .