Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai menghargai follower blog saya, saya dengan gembiranya menyertai contest ini. Lagipun syarat-syaratnya tidaklah sesusah mana. Jika anda berminat sertai contest ini, silakanlah ya, ramai-ramai kita sertai contest ini.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MUDAH JE , ops kalau nak tau, silalah ke blog beliau ya.



SELAMAT HARI GURU



Guru itu

insan yang banyak berjasa

mengajar menulis baca jua mengira

mendidik muridnya

agar menjadi insan berguna

untuk nusa dan bangsa.



Guru itu

di perkebunan ilmu

dialah ibu

dialah ayah

insan yang wajar dihormati

dan dikasihi

bukan digeruni

dan diumpat caci.



Guru itu

mungkin saja ada khilafnya

bisa saja pernah melukakan hati muridnya

namun  percayalah

marahnya bukan kebencian

tegurannya bukan untuk memalukan

..................................



jauh di sudut hati sang guru

dia amat risaukan

pelajaran

kebajikan

kehidupan

percintaan

dan

perjalanan

anak muridnya



sang guru itu

mengeluarkan duit poketnya sendiri

demi membantu anak muridnya ini

yang sering kali

tidak diketahui

oleh sang muridnya sendiri



lalu,

terasa malu sendiri

diri ini

kepada guruku yang banyak berbudi.



Terima Kasih, Cikgu

Related Posts:

  • Merangkak ke Kelas; Daripada OKU untuk OKU Daripada OKU untuk OKU;  Merangkak ke kelas Memetik kata-kata ibu kepada pelajar OKU ini, “Saya bukan mahu layanan kelas pertama tetapi mereka sepatutnya prihatin serta berperikemanusiaan dan janganlah meminggirkan ka… Read More
  • Ingin Menjadi Doktor?  Ingin Menjadi Doktor? Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terdapat pelajar yang berjumpa saya, bercita-cita mahu menjadi doktor.  "Cikgu, saya nak jadi doktor. Nanti jadi doktor, saya akan rawat cik… Read More
  • Luka Di Kulit... Luka Di Kulit, Boleh Nampak.... Luka di kaki ini,boleh kita nampak.  Luka di hati insan, hanya Allah yang tahu.   Duhai adik-adik remaja, usahlah digundah pada kasihnya manusia. Usah menangis lagi.&nbs… Read More
  • Perginya Seorang Guru Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Makcik Yam Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun agak terlewat, hampir 3 minggu lebih, namun saya berasa ingin jua mempublish berita ini, sebagai tanda ingatan ukhuwah seorang saudar… Read More
  • Contest Aku Berpuisi, Muhasabah Ramadhan, Syukur Merdeka, Ingin Sertai, Contest Aku Berpuisi, Pengenalan Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya b… Read More

4 Comments:

nurkass said...

salam kak ummu..
wahhh..best lah ayat kak ummu..
menyentuh perasaan..
gud luck kak ummu..

werdah said...

assalamu'alaikum ummu

benar kan.. jika tak berguru bagaimana nak belajar sesuatu perkara.. baru-baru ni dapat berhubung dengan bekas guru masa bersekolah rendah.. beliau masih ingat anak muridnya ini.

admin said...

waalaikumussalam Nurkass
akak mencuba je Nurr.
sokongan kepada tema follower

admin said...

waalaikumussalam makcik
wah, bagusnya cikgu makcik tu
agaknya makcik dulu, pelajarnya yang baik.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .